Mengundang pengguna kepada Pengurus Kandungan anda

Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.
Apabila organisasi anda membuat Pengurus Kandungan, seorang pengguna akan bertindak sebagai pentadbir. Pentadbir boleh mengundang pengguna lain untuk mengurus kandungan. 

Pentadbir juga boleh membuat beberapa peranan yang berlainan yang menentukan ciri yang tersedia kepada pengguna tertentu dan sekatan yang harus dikenakan. Ketahui lebih lanjut tentang membuat peranan dan menyediakan Pengurus Kandungan anda.

Setelah dihantar, undangan akan tamat tempoh selepas 30 hari.

Menghantar undangan

Sebelum anda menghantar undangan, pastikan pengguna yang mahu anda undang itu mempunyai Google Account. Hanya alamat e-mel dengan Google Account boleh diundang.

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, klik Tetapan.
  3. Klik Kebenaran. Halaman ini memaparkan senarai pengguna yang diberi akses Pengurus Kandungan dan peranan yang ditetapkan kepada mereka.
  4. Klik UNDANG.
  5. Dalam medan E-mel, masukkan alamat e-mel pengguna yang mahu diundang.
  6. Dalam medan Akses, pilih peranan yang mahu anda tetapkan kepada pengguna yang diundang. Ketahui lebih lanjut tentang peranan.
  7. Klik SELESAI.
  8. Pada halaman Kebenaran, klik SIMPAN untuk menghantar undangan.
    • Perlu diingat bahawa undangan tamat tempoh selepas 30 hari.

Mengesahkan bahawa undangan telah dihantar

Setelah undangan dihantar, mesej pengesahan akan dipaparkan pada bahagian bawah halaman Kebenaran. Anda juga boleh mengesahkan sama ada anda telah menghantar undangan pada halaman Kebenaran:

  1. Klik Pilih penapis .
  2. Pilih Kata kunci.
  3. Masukkan alamat e-mel pengguna yang diundang.
  4. Klik GUNAKAN.
  5. Semak sama ada ikon Diundang  dipaparkan di sebelah alamat e-mel mereka atau tidak.
    • Jika ikon Diundang dipaparkan, ini bermakna anda telah berjaya menghantar undangan. Pengguna itu perlu menerima undangan menggunakan pautan dalam e-mel mereka.
    • Jika ikon Diundang tidak dipaparkan, ini bermakna pengguna itu telah menerima undangan dan kini boleh mengurus kandungan.
    • Jika alamat e-mel mereka tidak tersenarai, ini bermakna undangan tidak berjaya dihantar. Sahkan bahawa anda menggunakan alamat e-mel yang betul dan hantar semula undangan.
Nota: Sambungan pihak ketiga yang tertentu mungkin menjejaskan senarai pengguna atau peranan. Jika anda menghadapi masalah berkenaan dengan kebenaran, matikan sambungan pihak ketiga dan cuba buat perubahan sekali lagi.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2164312072091616398
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false