Melihat dan mengurus pengguna

Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.

Dalam tetapan Pengurus Kandungan anda, halaman Kebenaran memaparkan senarai pengguna Pengurus Kandungan dan peranan yang ditetapkan kepada mereka. 

Dari sini, anda boleh melihat semua pengguna, menggunakan penapis untuk mencari pengguna tertentu, mengeksport senarai pengguna dan mengalih keluar pengguna yang tidak memerlukan akses lagi.

Melihat senarai pengguna

Untuk melihat senarai semua pengguna yang boleh mengakses Pengurus Kandungan anda:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Klik Kebenaran.

Untuk memperincikan senarai, anda boleh mengklik Pilih penapis  dan menapis pengguna mengikut Kata kunci atau Peranan. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus peranan.

Untuk mengeksport senarai, akses Eksport senarai pengguna.

Nota: Setiap halaman memaparkan hingga 30 pengguna.
Mencari pengguna tertentu

Untuk mencari pengguna Pengurus Kandungan tertentu:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Klik Kebenaran.
  4. Klik Pilih penapis  kemudian Kata kunci.
  5. Masukkan kata kunci, seperti nama atau alamat e-mel kemudian GUNAKAN.  
    • Nota: Carian tidak sensitif huruf. Istilah carian anda tidak boleh mengandungi aksara kad bebas.
Mencari pengguna yang ditetapkan kepada peranan tertentu

 Untuk melihat senarai semua pengguna Pengurus Kandungan yang ditetapkan kepada peranan tertentu:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Klik Kebenaran.
  4. Klik Pilih penapis  kemudian Peranan. Senarai semua peranan yang telah anda buat dalam Pengurus Kandungan anda akan dipaparkan.
  5. Tandai kotak di sebelah peranan yang mahu anda tapis. Anda juga boleh mula memasukkan nama peranan untuk memperincikan senarai.
Menukar peranan pengguna

 Untuk menukar peranan yang ditetapkan kepada pengguna:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Klik Kebenaran.
  4. Cari pengguna yang mahu anda kemas kinikan.
    • Untuk memperincikan senarai, klik Pilih penapis  kemudian Kata kunci dan masukkan nama atau alamat e-mel mereka.
  5. Klik nama peranan yang ditetapkan kepada mereka.
  6. Pilih peranan baharu yang mahu anda tetapkan kepada mereka.
  7. Klik SIMPAN untuk menyimpan perubahan.
Mengeksport senarai pengguna

Untuk mengeksport senarai pengguna Pengurus Kandungan:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Klik Kebenaran.
  4. Tandai kotak di sebelah setiap pengguna yang diingini untuk pengeksportan maklumat.
    • Untuk memilih semua pengguna pada halaman, klik kotak pilihan pada bahagian atas.
    • Untuk memilih semua pengguna Pengurus Kandungan, klik kotak pilihan pada bahagian atas kemudian Pilih semua.
  5. Klik Eksport  kemudian Nilai dipisahkan koma (.csv) . Fail akan dimuat turun secara automatik.

Perihalan medan

Nama medan Perihalan

Nama

Nama paparan pengguna

Alamat e-mel

Alamat e-mel pengguna

Peranan

Nama peranan, mis. Pentadbir

Kebenaran: Ciri

Ciri yang boleh diakses oleh pengguna

Kebenaran: Sekatan

Sekatan yang dikenakan kepada pengguna, mis. tidak dapat melihat hasil

Status

Aktif: Pengguna telah menerima undangan dan boleh mengakses Pengurus Kandungan anda secara aktif.

Diundang: Undangan telah dihantar tetapi pengguna belum menerima undangan itu. Pengguna tidak boleh mengakses Pengurus Kandungan anda sehingga undangan diterima.

Undangan tamat tempoh pada

Masa tamat tempoh undangan (hanya dipaparkan bagi pengguna yang bersatus Diundang)

Mengalih keluar pengguna

Untuk mengalih keluar pengguna daripada Pengurus Kandungan anda:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Klik Kebenaran.
  4. Cari pengguna yang mahu anda alih keluar.
    • Untuk memperincikan senarai, klik Pilih penapis  kemudian Kata kunci dan masukkan nama atau alamat e-mel mereka.
  5. Klik nama peranan.
  6. Pilih Alih Keluar Akses.
  7. Klik SIMPAN untuk menyimpan perubahan.

Mesej akan dipaparkan pada bahagian bawah halaman untuk mengesahkan bahawa pengguna telah berjaya dialih keluar daripada Pengurus Kandungan anda.

 
Ketahui lebih lanjut tentang mengurus peranan.

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13097333700037171095
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false