Membuat sorotan

Apabila anda membuat strim langsung, sorotan boleh membantu anda berkongsi versi strim langsung yang lebih pendek dan telah diedit semasa penstriman.

Menambahkan penanda strim untuk membuat sorotan dengan mudah

Untuk memudahkan proses membuat sorotan, anda boleh memasukkan penanda strim  apabila sesuatu yang menarik berlaku semasa penstriman langsung. Kemudian, semasa anda membuat sorotan dalam Editor YouTube, anda akan melihat penanda strim pada garis masa.

Cara membuat sorotan

Anda boleh membuat sorotan semasa penstriman atau mengedit sorotan selepas penstriman selesai. Jika anda membuat penstriman seorang diri (seperti kebanyakan pemain), anda mungkin akan memasukkan penanda strim sebagai rujukan dan membuat sorotan selepas strim anda tamat. Jika anda bekerja secara berpasukan, anda boleh membuat sorotan dengan mudah semasa penstriman.

  1. Buka YouTube Studio.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Buat kemudian Siarkan secara langsung.
  3. Klik Strim atau Urus dan mulakan strim.
  4. Apabila sesuatu yang menarik berlaku, tambahkan penanda strim, ketik Masukkan penanda strim  daripada bahagian atas sebelah kanan.
  5. Pada bahagian atas, klik Buat sorotan .
  6. Pangkas video: Pilih perkara yang mahu diserlahkan. Anda boleh menyeret bar pemegang pada garis masa atau mengedit cap masa.
  7. Redam atau nyahredam: Ketik Redam .
  8. Masukkan tajuk, tetapkan privasi video dan tambahkan perihalan.
  9. Klik Buat. Video anda akan diterbitkan secara automatik.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1415537382111420939
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false