Tonton YouTube pada Xbox One

Kini anda boleh menonton video YouTube pada Xbox One. Dalam apl YouTube, anda boleh melihat saluran yang anda langgan, mencari video dan menggunakan peranti mudah alih anda sebagai alat kawalan jauh.

Muat turun apl YouTube

Muat turun apl YouTube untuk bermula.
Log masuk atau log keluar dari YouTube

Apabila anda mula-mula membuka apl YouTube, anda boleh log masuk dengan Google Account anda. Apabila anda log masuk, anda boleh mengakses lebih banyak ciri YouTube seperti senarai main dan saluran langganan anda.

Log masuk pada Xbox One anda:

  1. Akses Log Masuk & Tetapan
  2. Pilih LOG MASUK. Anda akan mendapat kod pengaktifan. 

Log masuk pada komputer anda:

  1. Akses youtube.com/activate dan masukkan kod pengaktifan yang dipaparkan pada Xbox One. 
  2. Klik Benarkan Akses untuk melengkapkan proses log masuk.

Ketahui cara menyahpautkan akaun anda daripada Xbox One anda.

Kawalan video

Setelah anda memilih video untuk dimainkan, bar kawalan pemain akan dipaparkan untuk membolehkan anda melakukan tindakan yang berikut:

  • Mandir  - Tekan A untuk meningkatkan kelajuan mandir.

  • Jeda/sambung semula  - Jeda atau sambung semula video.
  • Mundar laju  - Tekan A untuk meningkatkan kelajuan mundar laju.
  • Sari Kata  - Jika video dilengkapi sari kata, pilih ini untuk memaparkan sari kata video.

Gunakan butang B untuk kembali kepada semak imbas video.

Kawalan suara dan gerak isyarat

Anda juga boleh mengawal apl YouTube menggunakan suara atau gerak isyarat.

Suara

Untuk mendayakan kawalan suara, sebut "Xbox Select". Kini, anda boleh menyebut sebarang perkataan atau frasa yang diserlahkan pada skrin untuk membuka item tersebut.

Gerak isyarat

Untuk mendayakan kawalan gerak isyarat, lambaikan tangan anda di hadapan konsol dan ikon akan dipaparkan pada skrin anda. Tolak tapak tangan anda ke hadapan untuk memilih item. Anda juga boleh menggenggam tapak tangan anda untuk "memegang" video dan menggerakkan tangan ke kiri untuk mandir atau ke kanan untuk mundar laju.

Gandingkan peranti mudah alih anda

Gunakan peranti mudah alih anda sebagai alat kawalan jauh. Ketahui cara menggandingkan Xbox One anda melalui m.youtube.com, apl YouTube untuk Android atau apl iOS YouTube.

Kualiti video

YouTube tersedia dalam 4K pada model Xbox One S, Xbox One X, Xbox Series S dan Xbox Series X. Peleraian maksimum untuk konsol Xbox One yang asal ialah 1080p. Main balik HDR disokong pada model Xbox One S, Xbox One X, Xbox Series S dan Xbox Series X.
YouTube tersedia dalam peleraian yang berikut pada peranti Xbox One.
  • Xbox One: hingga 1080p pada kadar 60 bingkai sesaat
  • Xbox One S: hingga 4K pada kadar 60 bingkai sesaat
  • Xbox One X: hingga 4K pada kadar 60 bingkai sesaat

Main balik HDR disokong pada model Xbox One S, Xbox One X, Xbox Series S dan Xbox Series X. 

Mesej ralat Xbox

Jika anda melihat mesej ralat “YouTube tidak tersedia sekarang”, hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh sambungan Internet anda yang perlahan.

Ikut garis panduan penyelesaian masalah kami untuk menyelesaikan masalah ini. 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2117776295296533875
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false