Muat turun apl YouTube untuk mendapatkan pengalaman tontonan yang lebih hebat pada telefon pintar, tablet, TV pintar, konsol permainan atau peranti penstriman anda.
Cara Log Masuk ke YouTube pada TV Anda
Semak keperluan peranti
Apl YouTube tersedia pada pelbagai peranti tetapi terdapat beberapa keperluan sistem minimum dan pengehadan khusus untuk peranti:
- iOS: Memerlukan iOS 14 atau versi yang lebih baharu.
- TV pintar dan peranti penstriman: Ketersediaan berbeza-beza mengikut pengilang dan model. Kebanyakan TV pintar yang dikeluarkan selepas tahun 2013 menyokong apl YouTube yang terkini.
- Konsol permainan: Apl YouTube tersedia pada pelbagai konsol permainan, termasuk konsol yang dibuat oleh Nintendo, PlayStation dan Xbox.
Nota: Peranti yang lebih lama, seperti Apple TV generasi ke-3 dan yang lebih awal, mungkin tidak menawarkan apl YouTube yang disokong lagi. Jika anda menggunakan Apple TV generasi ke-3 atau yang lebih lama, anda boleh menggunakan AirPlay pada peranti tersebut untuk menstrim YouTube.
Muat turun apl
- Buka App Store pada peranti mudah alih anda.
- Cari "YouTube".
- Pilih apl rasmi YouTube.
- Ketik Dapatkan.
Nota: Ketahui pengurusan muat turun apl iOS dengan lebih lanjut.
Untuk memuat turun apl pada TV pintar, konsol permainan atau peranti penstriman, cari “YouTube” dalam gedung apl peranti.