Pada sesetengah apl dan peranti yang lebih lama (seperti versi lama apl YouTube), anda mungkin melihat mesej "Tindakan ini tidak dibenarkan" semasa cuba membuat saluran.
Jika perkara ini berlaku, ini bermakna apl YouTube anda sudah lapuk. Anda boleh mencuba satu daripada pilihan ini untuk membuat saluran anda:
- Kemas kinikan apl anda kepada versi terkini apl YouTube dan cuba lagi untuk membuat saluran baharu.
- Menggunakan komputer, buat saluran baharu pada YouTube menggunakan penyemak imbas web. Kemudian, log masuk ke saluran tersebut menggunakan apl pada peranti mudah alih anda.