Sila ikut garis panduan ini untuk memuat naik kandungan (metadata dan fail rujukan) kepada Google.
Buat folder unik untuk setiap kelompok muat naik
Semua fail yang anda siarkan pada dropbox anda mestilah berada dalam folder. Google mengabaikan fail dalam folder akar dropbox, termasuk sebarang fail delivery.complete
.
Untuk mengelakkan kemungkinan konflik penamaan, kami mengesyorkan agar anda membuat folder baharu setiap kali anda menyiarkan kandungan dan agar anda menyertakan cap masa atau ID tokokan pada nama setiap folder. Cap masa atau ID merupakan cara yang baik untuk menjejaki kelompok muat naik.
Gunakan kelompok yang lebih kecil
Buat berbilang kelompok yang lebih kecil dan bukan satu kelompok yang lebih besar. Kami secara umum mengesyorkan anda memuat naik fail untuk satu aset pada satu masa. Jika anda menggunakan dropbox, buat direktori yang berasingan — dan fail delivery.complete
yang berasingan — untuk setiap aset.
Pemprosesan bagi 10 kelompok yang setiap satu mengandungi satu aset tidak mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan pemprosesan bagi satu kelompok yang mengandungi 10 aset. Namun, pemprosesan setiap kelompok yang berasingan adalah lebih pantas dan muat naik yang gagal hanya menjejaskan aset yang bermasalah itu.
Saiz maksimum yang disyorkan untuk satu kelompok muat naik ialah 100 aset. Fail metadata (CSV atau XML) tidak boleh melebihi 10MB.
Sertakan semua fail yang dirujuk
Pastikan nama fail yang dirujuk dalam fail CSV atau XML metadata sepadan dengan fail sebenar yang anda muat naik, termasuk sambungan fail. Muat naik akan gagal jika nama tidak sepadan atau jika fail yang dirujuk tiada.
Alih keluar folder bagi kelompok yang berjaya dimuat naik daripada dropbox anda
Dropbox anda ialah kawasan pemeringkatan sementara untuk memuat naik kandungan. Dropbox bukan untuk penyimpanan jangka panjang. Kami mengalih keluar fail yang telah berada dalam dropbox anda selama lebih daripada 45 hari secara automatik. Kami mengesyorkan anda memadamkan folder dan fail status bagi kelompok yang telah berjaya dimuat naik.
Subdirektori failed_packages
bagi akaun dropbox mengandungi fail yang tidak berjaya dimuat naik. Semak fail tersebut untuk membetulkan masalah yang menghalang fail daripada dimuat naik dengan baik, kemudian alihkan fail kepada folder untuk kelompok muat naik baharu. Kami akan memproses fail tersebut lagi apabila anda menambahkan fail delivery.complete
pada folder.