Jana pasangan kunci Secure Shell (SSH) untuk dropbox Aspera

Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube untuk mengurus kandungan berhak cipta mereka.

YouTube menghendaki anda menyambung kepada dropbox YouTube anda menggunakan sambungan Secure Shell (SSH). SSH ialah protokol rangkaian yang memastikan pemindahan data selamat.

SSH mengesahkan sambungan anda menggunakan kriptografi kunci awam. Anda membuat sepasang kunci: kunci persendirian yang berada pada komputer klien anda dan kunci awam yang digunakan oleh pelayan dropbox anda. Kedua-dua kunci perlu berada pada tempatnya untuk membolehkan komputer anda disambungkan kepada dropbox anda.

Anda perlu memberikan kunci SSH awam anda kepada wakil rakan kongsi anda sebelum mereka boleh membuat dropbox anda. Kunci awam ialah rentetan yang bermula dengan ssh-rsa, berakhir dengan alamat e-mel anda dan mengandungi rentetan panjang yang dijana pada bahagian tengah. Contohnya:

ssh-rsa
AAAAB3NzaC1yc2EAAAADAQABAAABAQCXsM9ycbHV6E6t2L+B4p/uYHn9Q0jmu5gU XMYnFnnf4l39xrznfDo8KCASzRrqUkRnuzrno059CvZVzcljkbwWLzKKoE1EwbzH L3nYahMB4MdYNWhBbHbB+ybq6RNO7hkoKDBIQCfqQDY0FEB6sV3d3F1WYl0bAMjp 15yyZJzMKa/rRnZKWetHlcL1X+gFWmW2hQ93foPD463gb58/25GujjsS/tzjngw7 UJMVkm08U1QEY3z3DE/R++7ovJozTCzH0CTNDN0AH3/oSC3dmG+yDh3ZXFATjWjy PXJSOziNrp9TXgJhlqSmoHcPvpotMVjx21kIZ+T+SusQmnG+hK+L
[email protected]

Nota: Kunci tidak seharusnya mengandungi pemisah baris baharu.

Pastikan alamat e-mel anda disertakan pada bahagian hujung kunci awam yang anda hantar kepada wakil rakan kongsi anda.

Untuk menjana pasangan kunci SSH menggunakan Aspera:

  1. Buka klien Aspera anda.

  2. Dalam menu Tools, pilih Manage Keys. 

  3. Dalam tetingkap SSH Keys, klik + untuk memaparkan tetingkap New SSH Key Pair.

  4. Masukkan nama untuk pasangan kunci ini dalam kotak Identity.

    Kunci akan dipaparkan dalam senarai Kunci SSH anda menggunakan nama Identity ini.

  5. Tetapkan senarai lungsur Type kepada RSA.

  6. Klik OK untuk menjana pasangan kunci.

    Nama kunci SSH baharu anda dipaparkan dalam senarai pada tetingkap SSH Keys, dengan kunci awam dalam kotak teks Public Key.

  7. Klik Copy to Clipboard untuk menyalin kunci awam.

  8. Hantar teks kunci tersebut kepada wakil rakan kongsi anda.

    Anda boleh menampal kunci tersebut daripada papan keratan pada mesej e-mel.

  9. Klik Close dalam tetingkap SSH Keys untuk melengkapkan proses.

Untuk menjana pasangan kunci SSH pada mesin Windows:

  1. Muat turun PuTTYgen.exe dan jalankan program tersebut.

  2. Pilih butang radio RSA dalam bahagian Parameters berdekatan bahagian bawah halaman.

  3. Klik butang Generate.

  4. Gerakkan tetikus dalam ruang kosong seperti yang diarahkan, sehingga PuTTYgen menjana pasangan kunci.

    Apabila PuTTYgen telah menjana kunci, ruang kosong tersebut akan digantikan dengan beberapa kotak teks, termasuk kotak teks yang memaparkan kunci awam.

  5. Dalam kotak teks Key comment, tambahkan alamat e-mel yang mahu anda gunakan untuk menerima pemberitahuan.

    Tambahkan alamat pada bahagian hujung sebarang teks yang telah dipaparkan dalam kotak tersebut. Biarkan kotak teks yang lain kekal sama.

  6. Klik butang Save public key dan simpan kunci awam tersebut dengan nama id-rsa dalam folder C:\Documents and Settings\username\.ssh, username ialah nama pengguna Windows anda.

  7. Klik butang Save private key dan simpan kunci persendirian dengan nama id-rsa.ppk dalam folder yang sama.

  8. Salin kandungan kotak teks Public key for pasting into OpenSSH authorized_keys file kepada papan keratan.

    Pastikan anda menyalin keseluruhan kandungan, bermula dengan ssh-rsa dan berakhir dengan alamat e-mel yang anda masukkan pada langkah 5.

  9. Tutup PuTTYgen.

  10. Tampal kunci awam pada editor teks, alih keluar pemisah baris dan salin semula teks penuh pada papan keratan.

  11. Tampal kunci awam pada e-mel dan hantar e-mel itu kepada wakil rakan kongsi anda.

    Jika anda menjana semula pasangan kunci untuk dropbox yang sedia ada, anda boleh menampal kunci awam tersebut pada kotak Kunci Awam SSH pada halaman Konfigurasi dropbox

Untuk menjana pasangan kunci SSH pada mesin Macintosh atau Linux:

  1. Buka tetingkap terminal.

  2. Masukkan garis perintah yang berikut:

    ssh-keygen -t rsa

  3. Pilih nilai lalai untuk semua pilihan.

    Perintah ini akan menjana dua fail kunci SSH, id_rsa dan id_rsa.pub, dalam direktori home/username/.ssh. username ialah nama pengguna anda.

  4. Hantar fail kunci awam id_rsa.pub kepada wakil rakan kongsi anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11725491305599321635
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false