YouTube menandatangani perjanjian dengan pemilik hak cipta muzik tertentu untuk membenarkan penggunaan rakaman bunyi dan gubahan muzik mereka.
Menurut kontrak ini, kami mungkin perlu mengalih keluar video tertentu daripada laman. Kami juga mungkin menyekat video yang khusus di wilayah tertentu atau mencegah video yang khusus daripada dikembalikan selepas pemberitahuan balas.
Kadangkala, hal ini mungkin bermaksud proses rayuan Content ID dan pemberitahuan balas tidak akan tersedia. Akaun anda tidak akan dikenakan penalti pada masa ini.
YouTube akan memaklumi anda sama ada hal ini berlaku pada satu daripada video anda atau tidak. Kami juga akan memberi anda maklumat hubungan pengadu jika boleh agar anda dapat membincangkan hal tersebut secara terus.