Betulkan rujukan bertindan

Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.

Rujukan bertindan berlaku apabila dua fail rujukan mengandungi segman yang membuat tuntutan terhadap audio, visual atau kandungan audiovisual yang sama.

Rakan kongsi yang memuat naik fail rujukan terbaharu akan mempunyai rujukan bertindan yang memerlukan tindakan dalam halaman Masalah mereka dalam Pengurus Kandungan Studio.

Untuk Content ID membetulkan tuntutan kandungan dengan betul berdasarkan rujukan dengan masalah tindakan, penyedia rujukan perlu memilih sama ada untuk:

  • Mengecualikan segmen bertindih daripada rujukan mereka
  • Tegaskan pemilikan segmen mereka jika mereka mempunyai hak eksklusif mereka sendiri terhadap kandungan

Nota

  • Anda mempunyai masa selama 30 hari untuk menyemak dan mengambil tindakan terhadap rujukan bertindan dengan status Tindakan diperlukan.
  • Hanya penyedia rujukan yang boleh mengambil tindakan terhadap rujukan bertindan.
    • Jika penyedia bukan pemilik aset lagi, pemilik lain boleh mengambil tindakan.
    • Jika aset memiliki sekurang-kurangnya dua pemilik, anda mungkin perlu bekerjasama dengan pemilik lain untuk menyelesaikan tindanan.

Ambil tindakan pada segmen bertindan

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Masalah .
  3. Klik bar penapis  dan pilih Jenis masalah kemudian Rujukan bertindan kemudian GUNAKAN.
    • Nota: Anda juga boleh mengakses halaman ini terus daripada Papan pemuka dengan mengklik Rujukan bertindan dalam lajur Masalah.
  4. Klik rujukan bertindan dengan status Tindakan diperlukan. Halaman butiran dibuka untuk memaparkan butiran lanjut tentang segmen bertindan, termasuk maklumat pemilikan.
  5. Klik MAINKAN PADANAN untuk bermain dan membandingkan segmen bertindan.
  6. Pilih tindakan untuk diambil:
    • TIDAK, KECUALIKAN TINDANAN: Kecualikan segmen bertindan daripada rujukan. Langkah ini membenarkan pihak lain menegaskan pemilikan segmen.
    • YA, TEGASKAN PEMILIKAN: Sahkan bahawa anda mempunyai hak eksklusif terhadap segmen bertindan. Langkah ini menggesa pihak lain membetulkan rujukan bertindan.
      • Nota: Jika anda memilih pilihan ini, pemilik rujukan lain akan menerima pemberitahuan pada halaman Masalah mereka. Pemilik boleh mengecualikan segmen bertindan atau membalas penegasan hak eksklusif terhadap segmen.
Untuk menghubungi pemilik lain, klik ikon e-mel di sebelah aset pihak lain. Jika rujukan bertindan diberikan status penegasan dibalas, anda tidak boleh menegaskan hak eksklusif lagi.

Ambil tindakan terhadap beberapa segmen yang bertindan

  1. Daripada halaman Masalah  , klik kotak pilihan di sebelah rujukan bertindan untuk mengambil tindakan yang sama.
  2. Dalam sepanduk pada bahagian atas, pilih tindakan:
    • TEGASKAN RUJUKAN BERTINDAN: Sahkan bahawa anda mempunyai hak eksklusif terhadap rujukan bertindan yang anda pilih. Langkah ini menggesa pihak lain membetulkan rujukan bertindan.
    • KECUALIKAN RUJUKAN BERTINDAN: Kecualikan rujukan bertindan daripada fail rujukan mereka. Langkah ini membenarkan pihak lain menegaskan pemilikan segmen.
Sehingga rujukan bertindan diselesaikan, sebarang tuntutan berdasarkan segmen bertindan akan kekal bersama rakan kongsi yang menyiarkan kandungan itu dahulu. Setelah rujukan bertindan diselesaikan, tuntutan akan dikenakan pada rujukan yang mengandungi pemilikan ditegaskan yang muktamad.

Urus rujukan bertindan

Untuk mengurus rujukan bertindan anda daripada halaman Masalah  anda, anda boleh:

  • Klik pengepala lajur untuk membuat pengisihan mengikut tarikh tamat tempoh, tajuk, tarikh dibuat, tontonton, bilangan video yang dituntut atau tempoh yang bertindan.
  • Klik bar penapis  dan pilih Tarikh pembuatan aset, Pihak lain atau penapis lain yang berkaitan untuk memperincikan senarai anda.
  • Klik Status untuk melihat rujukan bertindan dalam peringkat yang berbeza:
    • Tindakan diperlukan: Rujukan bertindan yang memerlukan semakan anda. Anda boleh memilih untuk menegaskan pemilikan anda atau mengecualikan segmen yang bertindan.
    • Menunggu: Rujukan bertindan yang telah anda tegaskan pemilikan dan kini menunggu pemilik rujukan lain mengambil tindakan.
    • Diselesaikan: Rujukan bertindan yang telah diselesaikan. Lajur Butiran status menunjukkan sama ada segmen bertindan adalah:
      • Dikecualikan: Segment dikecualikan daripada rujukan anda dan tindakan diselesaikan dengan berpihak kepada pihak yang satu lagi.
      • Dikecualikan (Tamat tempoh): Segmen telah dikecualikan daripada rujukan anda dan tindanan diselesaikan dengan berpihak kepada pihak yang satu lagi. Tindanan diselesaikan apabila masalah telah tamat tempoh.
      • Dimiliki (manual): Segmen dimiliki oleh anda dan tindanan diselesaikan dengan berpihak kepada anda. Tindanan diselesaikan secara manual dengan tindakan yang diambil oleh anda atau pihak yang satu lagi.
      • Dimiliki (tamat tempoh): Segmen dimiliki oleh anda dan tindanan diselesaikan dengan berpihak kepada anda. Tindanan diselesaikan apabila masalah telah tamat tempoh.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4464699957378512488
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false