Tonton YouTube pada Xbox 360

Temukan video dan langganan YouTube kegemaran anda dengan lebih mudah menggunakan apl YouTube pada Xbox 360.

Anda juga boleh mengawal YouTube pada Xbox 360 dengan telefon, tablet atau komputer anda.

Muat turun apl YouTube

Muat turun apl YouTube untuk bermula.
Log masuk atau log keluar dari YouTube

Apabila apl YouTube dibuka dahulu, anda perlu log masuk menggunakan Akaun Xbox Live. Tekan A untuk log masuk. Selepas anda log masuk ke akaun Xbox Live anda, anda boleh log masuk ke apl YouTube. Begini caranya:

Pada Xbox 360 anda:

  1. Buka apl YouTube. 
  2. Buka Panduan di sebelah kiri dan pilih Log Masuk.

Pada komputer, tablet atau telefon:

  1. Akses youtube.com/activate.
  2. Jika diminta, pilih akaun yang mahu dilog masuk.
  3. Masukkan kod pengaktifan yang dipaparkan pada Xbox 360 dan klik Teruskan.
  4. Pada skrin seterusnya, pilih Terima.

Ketahui cara menyahpautkan akaun anda daripada Xbox 360 anda.

Tonton dan cari video

Cari video

Pada Menu utama YouTube, tekan Y untuk mencari video. Semasa membuat carian, tekan Y untuk menambahkan ruang dan X untuk memadamkan aksara.
  • Cadangan carian: Apabila anda memasukkan carian anda, anda akan melihat cadangan di bawah kotak carian. Daripada papan kekunci, anda boleh menekan ke atas pada D-pad atau kayu kiri sehingga carian yang anda mahukan diserlahkan. Kemudian, tekan A untuk membuat carian. 
  • Semak imbas video: Video yang berkaitan akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin semasa anda membuat carian. Untuk menyemak imbas hasil carian video, tekan ke kiri atau ke kanan pada D-pad atau kayu kiri.
  • Ubah suai carian anda: Untuk mengubah suai istilah carian anda, tekan ke atas pada D-pad/kayu kiri untuk kembali kepada kotak carian.

Kawalan video

Tekan A untuk memaparkan kawalan pemain anda semasa video dimainkan, yang membenarkan anda melakukan perkara yang berikut:
  • Mandir  - Putar balik masa 10 saat.
  • Jeda / Main  - Jeda video atau sambung semula main balik.
  • Mundar laju  - Lajukan 10 saat.
  • Sari Kata  - Jika sari kata video dihidupjkan, tekan A untuk menghidupkan ciri ini. Jika ikon SK dikelabukan, sari kata tidak tersedia.
  • Langkau ke belakang: Langkau kembali kepada video sebelumnya dalam senarai main.
  • Langkau ke hadapan: Langkau ke video seterusnya dalam senarai main.
  • Ciri tambahan boleh ditemukan dengan memilih Lagi tindakan:
    • Langgan saluran.
    • Suka / Tidak suka video.
    • Laporkan video sebagai tidak sesuai.
    • Cari video.
Mesej ralat Xbox

Jika anda melihat mesej ralat “YouTube tidak tersedia sekarang”, hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh sambungan Internet anda yang perlahan.

Ikut garis panduan penyelesaian masalah kami untuk menyelesaikan masalah ini.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9619780674319855400
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false