Apakah itu aset?
Dalam sistem pengurusan hak YouTube, aset ialah koleksi maklumat tentang harta intelek. Pemilik hak cipta membuat aset dalam Pengurus Kandungan Studio YouTube agar mereka boleh mengurus kandungan berhak cipta mereka pada YouTube.
Aset bukan video YouTube. Aset dipautkan kepada video YouTube apabila video dituntut. Video yang dimuat naik oleh pemilik hak cipta boleh dituntut atau video pengguna lain boleh dituntut apabila mereka menyertakan kandungan yang sepadan dengan aset pemilik hak cipta.
Bahagian aset
Aset terdiri daripada:
- Fail rujukan: Kandungan berhak cipta sebenar, seperti video muzik.
- Metadata: Maklumat tentang kandungan berhak cipta, seperti tajuk kandungan.
- Maklumat pemilikan: Maklumat tentang tempat anda memiliki hak kandungan dan jumlah bahagian kandungan yang anda miliki.
- Dasar: Arahan yang memberitahu YouTube perkara yang patut dilakukan apabila padanan kandungan anda ditemukan.
Buat aset
Aset mestilah dibuat agar alat pengurusan hak kami dapat menemukan dan bertindak pada padanan kandungan anda. Terdapat beberapa cara membuat aset:
- Semasa memuat naik video atau dengan menggunakan dasar muat naik
- Menggunakan Alat Tuntutan Manual
- Menggunakan Pemuat naik pakej YouTube
- Menggunakan kaedah muat naik jumlah tinggi, seperti DDEX atau SFTP
- Menggunakan API YouTube
Jenis aset
Apabila anda membuat aset, anda diminta untuk memilih jenis aset. Terdapat beberapa jenis aset yang berbeza:
Jenis aset | Perihalan | Metadata contoh |
---|---|---|
Rakaman Bunyi | Rakaman audio. |
|
Perkongsian Gubahan | Perkongsian pemilikan untuk gubahan muzik. |
|
Video Muzik | Kandungan muzik audiovisual, biasanya disediakan oleh label muzik. |
|
Runut Seni | Video yang terdiri daripada rakaman bunyi dan imej statik. Runut seni digunakan untuk lagu tanpa video muzik premium. |
|
Filem | Filem cerita. |
|
Episod TV | Episod daripada rancangan televisyen. |
|
Web | Sebarang jenis kandungan video yang lain yang tidak dirangkumi oleh jenis aset yang lain. |
|
Mengapakah jenis aset penting?
Pemilihan jenis aset yang betul adalah penting kerana beberapa sebab:
- Jenis aset yang berbeza memiliki pilihan metadata yang berlainan
- Jenis aset tidak boleh diubah dengan mudah
- Bergantung pada kontrak anda dengan YouTube, jenis aset mungkin menentukan sama ada anda boleh mengewangkan video yang dituntut atau tidak
Jika anda tidak pasti jenis untuk digunakan, hubungi pengurus rakan kongsi anda atau sokongan YouTube untuk mendapatkan bantuan. Anda juga boleh melihat amalan terbaik untuk aset.
Aset dibenamkan
Pelbagai penulis, artis dan syarikat rakaman berbeza biasanya terlibat dalam pembuatan lagu atau video muzik. Untuk menggambarkan pemilikan kongsi mereka dengan betul, beberapa aset muzik boleh dibenamkan dalam aset yang lain.
Aset Perkongsian Gubahan | Aset Rakaman Bunyi | Aset Video Muzik | ||
Aset Perkongsian Gubahan menggambarkan hak penulis lagu. Satu atau beberapa aset Perkongsian Gubahan boleh dibenamkan dalam aset Rakaman Bunyi. |
|
Aset Rakaman Bunyi menggambarkan hak penerbit lagu dan penghibur. Satu aset Rakaman Bunyi boleh dibenamkan dalam aset Video Muzik. |
|
Aset Video Muzik menggambarkan hak penerbit video muzik. |
Rakaman bunyi dengan pelbagai pemilik berbeza juga boleh menggunakan perkongsian rakaman bunyi untuk menggambarkan maklumat pemilikan lengkap.