Mesej ralat penstriman langsung

Papan Pemuka langsung dan Bilik Kawalan Acara Langsung menyemak ralat dalam strim yang anda hantar kepada YouTube. Mesej dipaparkan bersebelahan Penunjuk Kesihatan pada bahagian atas Bilik Kawalan Acara Langsung.

Terdapat cap masa bersebelahan setiap ralat menunjukkan masa ralat dilihat. Jika ralat tidak dibetulkan, ralat akan terus timbul. Ralat dalam warna merah adalah kritikal dan mungkin menjejaskan acara anda daripada bermula atau menyebabkan pengguna menghadapi masalah. Ralat dalam warna kuning adalah sederhana dan mungkin menyebabkan kualiti yang lebih rendah dalam acara anda.

Senarai lengkap ralat adalah seperti yang berikut:

Had strim langsung harian dicapai:

Untuk menjadikan YouTube lebih selamat untuk semua orang, kami mengehadkan jumlah strim langsung yang boleh dibuat saluran dalam tempoh 24 jam. Untuk meningkatkan had harian anda, lihat artikel ini.

Format strim salah

Pengekod anda ditetapkan untuk sesuatu selain video H.264 dan audio AAC. Tukar kepada video H.264 dan audio AAC untuk strim diinges dengan betul.

  • Sila tukar format bekas untuk video. Format bekas semasa tidak sesuai untuk konfigurasi ini.
  • Strim audio dikodkan dengan codec yang tidak disokong. Sila tetapkan codec audio untuk strim kepada codec yang disokong (AAC, MP3).
  • Sila tetapkan codec video untuk strim kepada H.264. Video dikodkan dengan codec yang salah.
  • Sila betulkan profil codec video untuk strim. Video dikodkan dengan profil codec yang salah.

Kadar bit salah

Jika anda tidak menggunakan titik masuk pelbagai peleraian, anda perlu menggunakan kadar bit yang tepat untuk peleraian yang anda pilih pada halaman Tetapan Pengingesan. Jika anda tidak mempunyai lebar jalur yang mencukupi untuk peleraian yang anda pilih, pertimbangkan untuk menurunkan peleraian pilihan anda. Kadar bit yang betul untuk setiap peleraian disenaraikan dalam tetapan pengekod. Betulkan mesej ralat untuk memastikan video anda ditranskodkan dan dihantar dengan betul.

  • Kami mengesyorkan agar anda menggunakan nilai kadar bit strim audio 128Kbps. Kadar bit semasa bagi strim audio adalah lebih tinggi daripada kadar bit yang disyorkan.
  • Kami mengesyorkan agar anda menggunakan nilai kadar bit strim audio 128Kbps. Kadar bit semasa bagi strim audio adalah lebih rendah daripada kadar bit yang disyorkan.
  • Sila betulkan kadar sampel untuk audio dalam strim kepada 44.1KHz. Kadar sampel semasa tidak betul.
  • Kami mengesyorkan agar anda menggunakan nilai kadar bit strim X. Kadar bit semasa bagi strim adalah lebih tinggi daripada kadar bit yang disyorkan.
  • Kami mengesyorkan agar anda menggunakan nilai kadar bit strim X. Nilai kadar bit semasa bagi strim adalah lebih rendah daripada kadar bit yang disyorkan.

Tetapan audio salah

Pengekod anda menghantar tetapan audio yang salah. Betulkan mesej ralat untuk memastikan audio anda dihantar dengan betul.

  • Sila berikan satu strim audio. Strim pengingesan tidak mengandungi strim audio.
    • Pengekod anda tidak menghantar sebarang audio. Pada sesetengah pengekod terdapat kotak pilihan untuk menghidupkan audio. Saluran YouTube memerlukan audio pada semua video.
  • Sila berikan hanya satu strim audio. Strim pengingesan mengandungi berbilang strim audio.
    • Berbiang strim audio akan menyebabkan masalah pengingesan.
  • Sila betulkan bilangan saluran audio. Audio mempunyai lebih daripada 2 saluran. Hanya 1 (mono) atau 2 (stereo) disokong.

Tetapan video salah

Pengekod anda menghantar tetapan video yang salah. Betulkan mesej ralat untuk memastikan video anda dihantar dengan betul.

  • Sila berikan satu strim video. Strim pengingesan tidak mengandungi strim video.
  • Sila berikan hanya satu strim video. Strim pengingesan mengandungi berbilang strim video.
  • Video semasa berselang, tetapi video berselang tidak disokong.
    • Pastikan video anda progresif. Jika tidak anda akan melihat artifak pada video yang akan menjejaskan kualiti secara melampau.
  • Kadar bingkai semasa terlalu tinggi.  Sila tetapkan kadar bingkai kepada X fps atau kurang. 
    • Perlu diingat bahawa kadar bingkai dan kekerapan bingkai kekunci adalah terpaut. Jika anda menukar kadar bingkai, anda juga perlu menukar kekerapan bingkai kekunci anda supaya bingkai kekunci dihantar setiap 2 saat.

Kekerapan bingkai kekunci video salah

Pengekod anda menghantar bingkai kekunci terlalu kerap atau tidak cukup kerap. Tukar supaya bingkai kekunci dihantar setia 2 saat. Pada 30fps, iaitu setiap 60 bingkai.

  • Sila gunakan frekuensi bingkai kekunci berjumlah empat saat atau kurang. Pada masa ini, bingkai kekunci tidak dihantar sekerap yang mungkin. Hal ini boleh menyebabkan penimbalan. Kekerapan bingkai kekunci semasa ialah X saat. Sila ambil perhatian bahawa ralat pengingesan boleh menyebabkan saiz GOP (kumpulan gambar) yang salah.
  • Saiz GOP (kumpulan gambar) kecil. Hal ini boleh mengurangkan kualiti imej. Kekerapan bingkai kekunci yang disyorkan ialah empat saat. Kekerapan bingkai kekunci semasa ialah X saat. Sila ambil perhatian bahawa ralat pengingesan boleh menyebabkan saiz GOP yang salah.
    • Sesetengah pengekod membenarkan anda menukar "GOP" untuk Membuka (pelbagai) atau Menutup (tetap). Saluran YouTube memerlukan GOP Tutup untuk transpengekodan yang optimum.

Saiz (peleraian) video salah

Video anda mestilah menggunakan ketinggian dan kelebaran peleraian yang anda pilih pada halaman Tetapan Pengingesan. Saiz yang betul untuk setiap peleraian disenaraikan dalam tetapan pengekod sebagai "lebar x tinggi".

  • Sila semak peleraian video. Peleraian semasa ialah X. Hal ini bukan peleraian optimum.
  • Anda perlu menukar peleraian video. Peleraian semasa ialah X. Peleraian ini tidak disokong untuk konfigurasi ini. Peleraian video yang dijangka ialah X.

Strim utama dan sandaran tidak sepadan

Strim utama dan sandaran anda mestilah memiliki tetapan yang sama untuk failover berfungsi dengan betul. Betulkan mesej ralat untuk memastikan strim utama dan sandaran anda sepadan.

  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai peleraian yang sama. Strim mempunyai peleraian yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai codec video yang sama. Strim mempunyai codec video yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai penjalinan yang sama. Strim mempunyai penjalinan yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai profil yang sama. Strim mempunyai profil yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai kadar bit yang sama. Strim mempunyai kadar bit yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai kadar bingkai yang sama. Strim mempunyai kadar bingkai yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai kekerapan bingkai punca yang sama. Strim mempunyai kekerapan bingkai punca yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai kadar sampel audio yang sama. Strim mempunyai kadar sampel audio yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Dalam konfigurasi semasa, strim utama dan sandaran video menggunakan saluran audio yang berbeza. Anda perlu mengkonfigurasikan strim agar mempunyai saluran audio yang sama.
  • Sila konfigurasi strim utama dan strim sandaran video supaya mempunyai codec audio yang sama. Strim mempunyai codec audio yang berbeza dalam konfigurasi semasa.
  • Sila konfigurasi kedua-dua strim, utama dan sandaran, dengan betul. Perbandingan strim gagal kerana salah satu strim mempunyai konfigurasi yang tidak sah.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1061625765577828876
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false