Modul "Bahan untuk Ditonton" dipaparkan bagi penonton yang telah melanggan saluran anda untuk menggalakkan mereka supaya terus berinteraksi dengan video anda. Bahagian ini adalah dinamik kerana kami sentiasa memaparkan kandungan yang belum pernah dilihat oleh penonton.
Yang berikut ialah cara kandungan dipaparkan pada "Modul Bahan untuk Ditonton":
- Jika anda mempunyai acara penstriman langsung pada masa ini, acara ini akan dipaparkan dalam modul “Bahan untuk Ditonton”.
- Jika penonton mengakses saluran anda daripada iklan Dalam Carian TrueView, saluran anda akan memaparkan video dipromosikan dalam "Bahan untuk Ditonton".
- Jika tiada satu pun perkara di atas adalah berkaitan tetapi penonton telah menonton video daripada saluran anda baru-baru ini, saluran anda akan memaparkan muat naik "Berkaitan" anda yang pertama. Video ini ialah video yang dipaparkan sebagai lakaran kecil pada bahagian atas sebelah kiri dalam “Video Berkaitan” dalam pemain video apabila video tamat.
- Jika tiada satu pun perkara di atas adalah berkaitan, saluran anda akan memaparkan muat naik terbaharu untuk saluran anda.