Gunakan langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah strim langsung YouTube anda.
1. Anda menerima ralat semasa memulakan pengekod anda
Jika anda menerima ralat semasa memulakan pengekod atau perisian pihak ketiga anda, gunakan satu daripada langkah di bawah.
Jika anda menggunakan pengekod pihak ketiga
Untuk menyelesaikan masalah ini, dapatkan kunci strim baharu dalam Bilik Kawalan Acara Langsung dan kemas kinikan pengekod anda.
- Akses YouTube Studio.
- Untuk membuka Bilik Kawalan Acara Langsung, dari bahagian atas sebelah kanan, klik Buat
Siarkan Secara Langsung
.
- Dalam menu kiri, Strim.
- Dalam bahagian “Kunci strim”, salin kunci strim, kemudian tampalkan kunci strim itu pada pengekod anda.
- Apabila anda sedia untuk menstrim, mulakan pengekod anda untuk bersiaran langsung.
Jika anda log masuk ke YouTube daripada perisian penstriman pihak ketiga dan tidak menggunakan kunci strim
2. Semak ralat yang dilaporkan pada strim anda
Masalah penstriman langsung mungkin berbeza-beza bergantung pada bilangan penonton yang melaporkan ralat yang berkaitan dengan strim langsung anda. Anda boleh melihat bilangan penonton dan bilangan ralat yang dilaporkan dalam metrik strim langsung anda.
- Mungkin terdapat masalah yang berkaitan dengan komputer atau sambungan Internet penonton ini.
- Anda boleh mencadangkan agar mereka melihat atau menyambung kepada strim anda dengan cara yang berbeza.
- Tanya penonton tentang langkah yang diambil oleh mereka untuk melihat ralat dan semak sama ada anda turut mengalami ralat atau tidak.
- Mungkin terdapat masalah yang berkaitan dengan rangkaian dikongsi penonton.
- Anda boleh meminta penonton menyemak sambungan Internet dan kesihatan rangkaian mereka. Mereka sepatutnya mempunyai keupayaan untuk melihat beberapa strim—contohnya, 10 pengguna yang menonton 10 strim memerlukan 10x kelajuan rangkaian masuk.
- Tanya penonton tentang langkah yang diambil oleh mereka untuk melihat ralat dan semak sama ada anda turut mengalami ralat atau tidak.
Ramai penonton—yang menggunakan sambungan Internet yang berbeza—melaporkan ralat
3. Pastikan pengekod strim langsung anda berfungsi
Pengekod strim langsung ialah apl, atur cara atau alat yang boleh anda gunakan untuk menangkap dan memampatkan strim langsung anda. Anda boleh menggunakan langkah di bawah untuk menyelesaikan beberapa masalah berkaitan dengan pengekod anda yang mungkin berlaku. Ketahui cara membuat strim langsung dengan pengekod anda.
Selesaikan masalah pengekod anda
- Pastikan anda menggunakan versi terkini perisian pengekod anda. Jika tidak, kemas kinikan pengekod anda kepada versi terkini.
- Semak rupa dan bunyi strim anda secara terus dalam pengekod.
- Jika video dan audio strim anda teruk: Mungkin terdapat masalah yang berkaitan dengan kualiti sumber audio dan video anda yang dihalakan kepada pengekod anda. Anda boleh mencari ralat pengekod pada papan pemuka langsung dan menyemak beban CPU pada pengekod anda. Anda juga boleh cuba menemukan masalah audio atau video dalam fail arkib setempat anda. Jika anda tidak mengalami sebarang masalah, anda boleh cuba membuat penstriman menggunakan pengekod lain.
- Jika video dan audio strim anda baik: Mungkin terdapat masalah yang berkaitan dengan sambungan Internet keluar anda. Cuba langkah seterusnya di bawah.
- Uji kekuatan sambungan Internet keluar anda.
- Uji sambungan Internet anda: Lawati Speed Test untuk menguji kelajuan sambungan Internet anda.
- Jika anda menemukan masalah yang berkaitan dengan sambungan Internet anda: Hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda untuk menyelesaikan masalah.
4. Laporkan masalah
Jika anda masih mengalami masalah yang berkaitan dengan strim langsung anda, maklumi pasukan kami.