Jika anda mendapat bantahan hak cipta, hal ini bermakna pemilik hak cipta telah menyerahkan proses perundangan untuk permintaan pengalihan keluar hak cipta kerana menggunakan kandungan dilindungi hak cipta mereka. Apabila permintaan pengalihan keluar hak cipta diserahkan kepada kami, kami akan menyemak permintaan ini. Jika permintaan pengalihan keluar ini sah, kami perlu mengalih keluar video anda daripada YouTube untuk mematuhi undang-undang hak cipta.
Perlu diingat:
- Satu video hanya boleh mendapat satu bantahan hak cipta pada satu-satu masa.
- Video boleh dialih keluar daripada laman atas sebab selain hak cipta.
- Tuntutan Content ID tidak akan menyebabkan bantahan hak cipta.
Kita semua membuat kesilapan. Pada kali pertama anda mendapat bantahan hak cipta, anda perlu menjalani Sekolah Hak Cipta. Sekolah Hak Cipta membantu pencipta memahami prinsip hak cipta dan cara hak cipta dikuatkuasakan pada YouTube. Sekolah Hak Cipta terdiri daripada empat soalan pendek pelbagai pilihan.
Jika strim langsung aktif anda dialih keluar atas sebab hak cipta, akses anda kepada penstriman langsung akan dihadkan selama 7 hari. Jika anda menerima bantahan hak cipta lain, sekatan strim langsung akan dikenakan selama 14 hari.
Jika anda mendapat 3 bantahan hak cipta:
- Akaun anda, bersama dengan sebarang saluran yang berkaitan, akan tertakluk pada penamatan.
- Jika saluran anda ditamatkan, semua video yang dimuat naik pada akaun anda tidak boleh diakses lagi.
- Anda tidak boleh membuat saluran baharu.
Jika anda menyerahkan cukup pemberitahuan balas untuk menurunkan kiraan bantahan hak cipta anda kurang daripada 3, dan pemberitahuan balas tersebut dimajukan kepada pihak menuntut, pengalihan keluar saluran anda akan ditangguhkan sehingga keputusan akhir pemberitahuan balas itu, dan keupayaan muat naik anda akan dipulihkan. Jika keputusan pemberitahuan balas menyebelahi anda atau bantahan hak cipta anda diselesaikan oleh penarikan balik, saluran anda tidak akan dialih keluar.
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Dalam menu kiri, klik Kandungan
.
- Klik bar penapis
Hak cipta.
- Dalam lajur Sekatan, tuding pada Hak cipta.
- Klik LIHAT BUTIRAN.
Terdapat tiga cara menyelesaikan bantahan hak cipta:
- Tunggu sehingga bantahan itu tamat tempoh: Bantahan Hak Cipta akan tamat tempoh selepas 90 hari. Jika ini bantahan pertama anda, anda perlu melengkapkan Sekolah Hak Cipta.
- Dapatkan penarikan balik: Anda boleh menghubungi individu yang menuntut video anda dan meminta mereka menarik balik tuntutan pelanggaran hak cipta mereka.
- Serahkan pemberitahuan balas: Jika anda berpendapat bahawa video anda tersilap dialih keluar, atau layak sebagai penggunaan saksama, anda boleh menyerahkan pemberitahuan balas.