Petua keselamatan dan sumber untuk pencipta YouTube

Yang berikut ialah beberapa petua asas dan sumber untuk memastikan anda dan saluran anda selamat pada YouTube.

Cara Mengelakkan Perampasan & Melindungi Saluran YouTube Anda

Untuk mendapatkan butiran yang lebih terperinci tentang mengekalkan keselamatan pada YouTube, lawati Pusat Keselamatan Pencipta.

Elakkan permintaan yang mencurigakan

Perisian hasad dan pancingan data ialah dua jenis permintaan mencurigakan yang lazim. Perisian hasad ialah sejenis perisian yang boleh memperoleh akses kepada akaun anda, mengintip aktiviti anda, memadamkan fail anda, dan membuat perubahan kepada akses dalam talian anda.

Pancingan data berlaku apabila penggodam berpura-pura menjadi seseorang yang boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat peribadi anda, seperti kata laluan. Penggodam mungkin menggunakan e-mel, mesej teks atau halaman web untuk berpura-pura menjadi institusi, ahli keluarga, klien, atau rakan sekerja.

Sentiasa ingat: YouTube tidak akan sekali-kali meminta kata laluan, alamat e-mel, atau maklumat akaun anda yang lain. E-mel sah daripada YouTube hanya akan dihantar dari alamat e-mel @youtube.com atau @google.com.

Perkara yang patut dilakukan:

Imbas perisian hasad. Kami mengesyorkan agar anda mengimbas muat turun untuk mengesan perisian hasad dengan menghidupkan Penyemakan Imbas Selamat Dipertingkat, yang amat penting bagi fail disulitkan yang boleh memintas imbasan antivirus.

Lindungi diri daripada pancingan data. Kami mengesyorkan agar anda menghidupkan Pengesahan 2 Langkah dan memilih kunci laluan sebagai kaedah pengesahan kedua untuk mendapatkan perlindungan yang paling kukuh terhadap pancingan data.

Jangan balas mesej yang mencurigakan. Mesej ini boleh termasuk e-mel, teks, mesej segera, laman web, atau panggilan telefon mencurigakan yang menawarkan, sebagai contoh:

  • Syiling kripto percuma
  • Bantuan pemasaran yang memerlukan akses kepada saluran anda
  • Kata laluan untuk membuka fail yang disulitkan

Jangan buka pautan atau fail yang tidak dipercayai. Pautan atau fail ini boleh termasuk pautan atau fail daripada sumber yang tidak dipercayai dalam e-mel, teks, mesej segera, laman web, tetingkap timbul, atau pada YouTube yang menawarkan, sebagai contoh:

  • Templat lakaran kecil percuma
  • Program pengeditan premium
  • Perisian yang tidak diketahui
Sebelum membalas e-mel tawaran jenama atau penajaan, sebaik-baiknya anda mengesahkan kesahihan tawaran tersebut dengan menghubungi syarikat melalui telefon atau menghubungi orang yang biasa bekerjasama dengan anda.

Laporkan spam atau pancingan data

Perkara yang patut dilakukan:

Jika anda menemukan video pada YouTube yang anda berpendapat mungkin spam atau pancingan data, laporkan video tersebut kepada pasukan YouTube.
Anda boleh menguji pengetahuan pancingan data anda dengan kuiz pancingan data Google.

Ambil tindakan untuk memastikan saluran anda selamat

Perkara yang patut dilakukan:

Lindungi Saluran YouTube dan Google Account anda. Untuk melindungi Saluran YouTube anda, ambil tindakan yang disenaraikan dalam Lindungi saluran YouTube anda. Untuk melindungi Google Account yang dipautkan kepada saluran YouTube anda, ambil tindakan yang disenaraikan dalam senarai semak Google Account ini.

Semak dan kemas kinikan kebenaran saluran. Jika anda merupakan Pencipta YouTube, anda boleh menggunakan kebenaran saluran untuk memberi orang lain akses kepada saluran YouTube anda tanpa memberi mereka akses kepada Google Account anda. Terdapat beberapa jenis peranan yang berbeza yang boleh anda tetapkan kepada orang lain:

  • Pengurus: Boleh menambahkan atau mengalih keluar orang lain dan mengedit butiran saluran.
  • Editor: Boleh mengedit semua butiran saluran.
  • Editor (terhad): Kebenaran yang sama seperti editor, tetapi tidak boleh melihat maklumat hasil.
  • Penatap: Boleh melihat, tetapi tidak boleh mengedit, semua butiran saluran.
  • Penatap (terhad): Boleh melihat, tetapi tidak boleh mengedit, semua butiran saluran kecuali maklumat hasil.
Sebelum anda memberi seseorang akses kepada saluran YouTube anda, kongsi artikel ini dengan mereka agar mereka mengetahui amalan terbaik keselamatan pada YouTube. Jika seseorang meninggalkan pasukan anda atau jika anda tidak mengenali orang yang mengurus saluran anda, pastikan anda mengalih keluar akses mereka.

Jika anda mempunyai Akaun Jenama, anda boleh mengundang seseorang untuk mengurus Google Account anda dan saluran YouTube anda. Peranan Pemilik dan Pengurus boleh memuat naik video serta membuat perubahan, maka pastikan anda selesa dengan akses tersebut sebelum memberikan akses. Ketahui cara membuat semakan sekiranya anda mempunyai Akaun Jenama dan mengurus kebenaran Akaun Jenama.

Padamkan apl disambungkan yang tidak diperlukan. Untuk melindungi Google Account dan saluran YouTube anda, elakkan daripada memasang apl tidak diketahui atau apl daripada sumber tidak diketahui. Padamkan mana-mana apl yang tidak diperlukan daripada tetapan akaun anda.

Jangan berkongsi maklumat log masuk anda. Jangan sekali-kali memberikan kata laluan anda. Untuk memberikan akses kepada saluran anda, gunakan kebenaran saluran atau kebenaran Akaun Jenama (jika anda mempunyai Akaun Jenama) tanpa perlu berkongsi kata laluan. Untuk melindungi diri anda daripada pancingan data, jangan sekali-kali memasukkan kata laluan Google anda pada mana-mana laman web kecuali myaccount.google.com.

Sentiasa ingat: YouTube tidak akan sekali-kali meminta kata laluan anda melalui e-mel, mesej, atau panggilan telefon. YouTube tidak akan menghantar borang yang meminta pemberian maklumat peribadi seperti nombor ID, data kewangan, atau kata laluan.
Adakah anda berpendapat bahawa saluran YouTube anda telah digodam? Pulihkan saluran yang digodam.
Adakah anda kehilangan akses kepada Google Account anda? Pulihkan Google Account anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12131568054375372762
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false