Jika anda seorang pendidik, anda mungkin berminat menggunakan kandungan pendidikan YouTube. Beberapa sumber yang berikut dapat membantu anda memperkasakan diri anda dan pelajar anda agar kekal selamat dalam talian.
Untuk mendapatkan sumber pelajaran dan pendidikan yang menarik, lawati youtube.com/teachers, youtube.com/education, dan youtube.com/schools.
Gunakan video dalam bilik darjah
YouTube bukan pemilik kandungan yang disiarkan di tapak, oleh hal yang demikian, tidak mempunyai kuasa untuk memberi anda kebenaran untuk menggunakannya. Hanya pemilik sebenar kandungan boleh memberikan kebenaran sedemikian. Untuk menghubungi pemilik video, klik saluran mereka. Sesetengah pencipta menyenaraikan cara menghubungi mereka pada saluran mereka.
Elakkan kandungan yang mungkin menjelikkan
Anda boleh mendayakan Mod Sekatan, ciri yang membolehkan anda menentukan bahawa anda tidak mahu melihat kandungan yang mungkin menjelikkan pada YouTube
Pelaporan
- Kandungan tidak sesuai: Jika anda melihat video yang anda berpendapat tidak sesuai, benderakan video tersebut. Ini ialah cara terpantas untuk membawa kandungan yang mungkin tidak sesuai kepada perhatian kami. Pakar dasar YouTube menyemak video yang dibenderakan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
- Privasi: Jika anda menemukan video yang anda berpendapat melanggar privasi pelajar, rakan pengajar, atau kakitangan sekolah, sila halakan mereka atau ibu/bapa mereka kepada Garis Panduan Privasi dan proses laporan privasi kami. Bagi aduan privasi, kami akan mengalih keluar kandungan hanya jika individu yang ditampilkan dapat dikenal pasti dengan jelas. Lawati bahagian Privasi Pusat Keselamatan kami untuk mengetahui lebih lanjut.
- Gangguan: Hanya ibu/bapa atau penjaga sah boleh memfailkan aduan bagi pihak kanak-kanak. Artikel gangguan dan pembulian siber kami mengandungi sumber yang boleh anda rujuk jika pelajar atau guru mempunyai kebimbangan tentang gangguan pada YouTube.