​Dasar bunuh diri, mencederakan diri sendiri, dan gangguan makan

Keselamatan pencipta, penonton, dan rakan kongsi kami ialah keutamaan yang paling penting bagi kami. Kami mengharapkan sokongan anda untuk membantu kami melindungi komuniti yang unik dan ceria ini. Anda perlu memahami Garis Panduan Komuniti kami, dan peranan garis panduan itu supaya kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan YouTube selamat. Luangkan masa untuk membaca dasar di bawah dengan teliti. Anda juga boleh melihat halaman ini untuk mendapatkan senarai penuh garis panduan kami.
Di YouTube, kami memandang serius terhadap kesihatan dan kesejahteraan semua pencipta dan penonton kami. Kesedaran dan pemahaman tentang kesihatan mental adalah penting dan kami menyokong pencipta yang berkongsi cerita mereka, seperti menyiarkan kandungan yang membincangkan pengalaman mereka berkaitan kemurungan, mencederakan diri sendiri, gangguan makan atau masalah kesihatan mental yang lain.

Walau bagaimanapun, kami tidak membenarkan kandungan pada YouTube yang menggalakkan tindakan mencederakan diri sendiri, atau gangguan makan, yang bertujuan untuk mengejutkan penonton atau membuatkan mereka berasa jijik, atau yang mendatangkan risiko yang besar kepada penonton.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda menemukan kandungan ini

Jika anda percaya bahawa seseorang berada dalam bahaya:

  • Hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan untuk mendapatkan bantuan
  • Benderakan video untuk menarik perhatian kami kepada video tersebut

Jika anda mendapati diri anda terkesan secara negatif oleh mana-mana kandungan kesihatan mental, bunuh diri, mencederakan diri sendiri atau kandungan yang berkaitan dengan gangguan makan yang anda temukan, anda perlu mengetahui bahawa terdapat sokongan yang tersedia dan anda tidak bersendirian. Dalam bahagian seterusnya, anda boleh menemukan senarai sumber dan maklumat hubungan bagi organisasi yang boleh menawarkan nasihat.

Untuk mendapatkan panduan umum tentang cara bercakap dengan seseorang yang membimbangkan, hubungi talian bantuan tempatan.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda memerlukan sokongan

Jika anda mengalami kemurungan, mempunyai fikiran untuk membunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau mengalami gangguan makan, anda boleh mendapatkan bantuan dan anda tidak bersendirian. Banyak orang mungkin mengalami masalah ini ketika menangani emosi yang menyakitkan. Jika anda berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan mental, anda dapat menentukan sama ada anda mempunyai penyakit mental yang memerlukan penjagaan atau tidak. Perbincangan itu juga boleh membantu anda mengenal pasti strategi untuk menangani masalah secara sihat dan berkesan, serta memupuk kemahiran untuk mengurus perasaan yang sukar.

Sumber sokongan untuk mencegah bunuh diri dan mencederakan diri sendiri

Yang berikut ialah senarai organisasi yang khusus untuk membantu mereka yang memerlukan di negara dan wilayah yang berbeza. Organisasi ini merupakan rakan kongsi perkhidmatan krisis yang diiktiraf. Perkongsian berbeza-beza mengikut negara/wilayah.

Laman web findahelpline.com dan wikipedia.org/wiki/List_of_suicide_crisis_lines ini boleh membantu anda menemukan organisasi untuk wilayah yang tidak disenaraikan di sini.

Australia

Lifeline Australia

 

13 11 14

Argentina Centro de Asistencia al Suicida - Buenos Aires

135 (desde Capital y Gran Buenos Aires) 

(011) 5275-1135 (desde todo el país)

Brazil Centro de Valorização da Vida 188
Belgium

Centre de Prévention du Suicide /

Centrum ter preventie van zelfdoding vzw

0800 32 123

1813

Belgium Perkhidmatan Bantuan Komuniti 32 2 648 4014
Bulgaria Български Червен Кръст 02 492 30 30
Republik Czech Psychiatrická léčebna Bohnice - Centrum krizové intervence
+420 284 016 666
Kanada

Talk Suicide Canada
Parlons Suicide Canada

988
Costa Rica Línea Aquí Estoy +506 2272-3774
Denmark Livslinien 70201201
Perancis S.O.S Amitié 09 72 39 40 50
Finland Suomen Mielenterveysseura / Kansallinen kriisipuhelin 09-2525-0111
Jerman Telefonseelsorge 0800 111 01 11
0800 111 02 22
116 123
Greece ΚΛΙΜΑΚΑ 1018
Hong Kong 香港撒瑪利亞防止自殺會 2389 2222
Hungary S.O.S. Telefonos Lelki Elsősegély Szolgálat 06 1 116-123 
India iCALL 091529 87821
Ireland Samaritans 116 123
Israel ער"ן - עזרה ראשונה נפשית 1201
Itali Samaritans Onlus 800 86 00 22
Jepun こころの健康相談統一ダイヤル 0570-064-556
New Zealand Lifeline New Zealand 0800 543 354
Belanda Stichting 113Online 0900-0113
Norway Mental Helse 116 123
Pakistan Umang Mental Health Helpline 03117786264
Peru Ministerio de Salud 113
Rusia Фонд поддержки детей, находящихся в трудной жизненной ситуации 8-800-2000-122
Singapura Samaritans of Singapore

1800-221-4444

1767

Sepanyol

Telèfon de l'Esperança de Barcelona

Teléfono de la Esperanza

93 414 48 48

717 003 717

Korea Selatan 보건복지부 자살예방상담전화 109
Switzerland

Die Dargebotene Hand

La Main Tendue

Telefono Amico

143
Taiwan 生命線協談專線 1995
Thailand กรมสุขภาพจิต กระทรวงสาธารณสุข 1323
United Kingdom Samaritans 116 123
Amerika Syarikat

Suicide & Crisis Lifeline

988 /Sembang

Untuk membaca petua dan menonton video yang membantu anda berasa lebih selamat pada YouTube, lawati Pusat Keselamatan Pencipta.

Sumber sokongan untuk mencegah gangguan makan

Yang berikut ialah senarai organisasi yang membantu individu yang mengalami masalah gangguan makan. Organisasi ini merupakan  rakan kongsi sokongan kesihatan mental. Perkongsian berbeza-beza mengikut negara/wilayah.

Australia Butterfly Foundation 1800 33 4673
Brazil Centro de Valorização da Vida 188
Kanada National Eating Disorder Information Centre 18666334220
Kanada Anorexie et Boulimie Québec 18006300907
Perancis Fédération Française Anorexie Boulimie 09 69 325 900
Jerman BZgA - Essstörungen.de  
India Vandrevala Foundation 91 9999 666 555
Jepun 摂食障害相談ほっとライン 0477108869
Mexico Línea de la Vida 8009112000
Korea Selatan 국립정신건강센터 15770199
United Kingdom BEAT Eating Disorders 0808 801 0677 England
    0808 801 0432 Scotland
    0808 801 0433 Wales
    0808 801 0434 N. Ireland
Amerika Syarikat Pentadbiran Perkhidmatan Penyalahgunaan Bahan dan Kesihatan Mental 1-800-662-4357

Garis Panduan Komuniti untuk menyiarkan kandungan bunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau kandungan berkaitan gangguan makan

Pengguna YouTube tidak perlu takut untuk bercakap secara terbuka tentang topik kesihatan mental, bunuh diri, mencederakan diri sendiri, dan gangguan makan dengan cara yang menyokong dan tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun, ada kalanya kandungan yang dibuat bersifat sensitif dan boleh menimbulkan risiko terhadap sesetengah pengguna. Apabila anda membuat kandungan yang mengandungi topik bunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau topik berkaitan gangguan makan, ambil kira kemungkinan kesan negatif kandungan anda terhadap pengguna lain, terutamanya pengguna bawah umur dan pengguna yang mungkin sensitif terhadap kandungan ini.

Untuk melindungi dan menyokong penonton anda dan pengguna lain, sila patuhi Garis Panduan Komuniti di bawah apabila membuat kandungan yang berkaitan dengan bunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau gangguan makan. Kegagalan mematuhi Garis Panduan Komuniti ini boleh menyebabkan bantahan, pengalihan keluar kandungan anda, atau sekatan lain untuk melindungi pengguna. Ketahui lebih lanjut.

Dasar Garis Panduan Komuniti ini digunakan pada video, perihalan video, ulasan, strim langsung, dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain. Harap maklum bahawa senarai ini bukan senarai lengkap. Harap maklum bahawa dasar ini turut digunakan pada pautan luaran dalam kandungan anda. Pautan ini termasuk URL boleh klik yang menghalakan pengguna kepada laman lain dalam video serta bentuk lain secara lisan.

Jangan siarkan kandungan yang berikut:

  • Kandungan yang menggalakkan atau mengagungkan tindakan membunuh diri, mencederakan diri sendiri atau gangguan makan
  • Arahan tentang cara mati dengan membunuh diri, melibatkan diri dalam tingkah laku yang mencederakan diri sendiri, atau melibatkan diri dalam gangguan makan (termasuk cara menyembunyikan tindakan tersebut)
  • Kandungan yang berkaitan dengan bunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau gangguan makan yang disasarkan kepada pengguna bawah umur
  • Imej grafik tentang mencederakan diri sendiri
  • Visual mayat mangsa bunuh diri melainkan dikaburkan atau ditutupi agar tidak jelas kelihatan
  • Video yang menunjukkan kejadian sebelum pembunuhan diri, atau cubaan membunuh diri dan bahan visual usaha menyelamatkan orang yang cuba membunuh diri tanpa konteks yang mencukupi
  • Kandungan yang menunjukkan penyertaan atau memberikan arahan untuk cabaran membunuh diri atau mencederakan diri sendiri (mis., cabaran Blue Whale atau Momo)
  • Nota atau surat bunuh diri tanpa konteks yang mencukupi
  • Kandungan yang menampilkan pembulian berasaskan berat badan dalam konteks gangguan makan

Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menyekat, bukan mengalih keluar, kandungan bunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau gangguan makan jika kandungan itu memenuhi satu atau beberapa kriteria yang berikut (contohnya, dengan meletakkan sekatan umur, amaran, atau Panel Sumber Krisis pada video). Sila ambil perhatian bahawa senarai ini tidak lengkap:

  • Kandungan yang bertujuan untuk pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni
  • Kandungan yang berkepentingan awam
  • Kandungan grafik yang dikaburkan secukupnya
  • Kandungan pendramaan atau berskrip, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada animasi, permainan video, video muzik, dan klip daripada filem dan rancangan
  • Perbincangan terperinci tentang kaedah, lokasi dan tempat popular untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri
  • Perihalan grafik tentang mencederakan diri sendiri atau bunuh diri
  • Kandungan pemulihan gangguan makan yang merangkumi butiran yang mungkin memburukkan keadaan bagi penonton yang berisiko

Amalan terbaik untuk pencipta yang menyiarkan kandungan tentang bunuh diri, mencederakan diri sendiri, atau gangguan makan

Kami mengesyorkan anda menggunakan amalan terbaik ini dalam kandungan yang berkaitan dengan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri untuk melindungi penonton anda daripada bahaya dan tekanan:

  • Elakkan daripada memaparkan orang yang meninggal dunia kerana membunuh diri, dan hormati privasi mereka dan keluarga mereka. Ketahui lebih lanjut.
  • Gunakan perkataan yang positif dan memberikan sokongan, serta memfokuskan pemulihan, pencegahan, dan cerita harapan.
  • Sertakan maklumat dan sumber untuk strategi pencegahan dan mengatasi perasaan ingin bunuh diri dan mencederakan diri sendiri. Cuba sertakan maklumat dan sumber tersebut dalam video itu sendiri dan perihalan video tersebut.
  • Jangan gunakan bahasa sensasi atau visual dramatik.
  • Berikan konteks, tetapi elakkan daripada membincangkan cara mangsa meninggal dunia dengan membunuh diri. Jangan sebutkan kaedah atau lokasi.
  • Kaburkan kandungan yang mengandungi imej mangsa bunuh diri. Anda boleh mengaburkan video anda menggunakan Editor dalam YouTube Studio. Ketahui lebih lanjut.

Kami mengesyorkan anda menggunakan amalan terbaik ini dalam kandungan yang berkaitan dengan gangguan makan untuk melindungi penonton anda daripada bahaya dan tekanan:

  • Tumpukan kesan gangguan tersebut dan bukannya butiran gelagat kecelaruan makan.
  • Beritahu khalayak anda bahawa gangguan makan biasanya menyebabkan komplikasi yang teruk.
  • Sertakan maklumat dan sumber bagi strategi pencegahan dan cara mengatasi cabaran gangguan makan. Cuba sertakan maklumat dan sumber tersebut dalam video itu sendiri dan perihalan video tersebut.

Perkara yang akan berlaku jika kandungan melanggar dasar ini

Jika kandungan anda melanggar dasar ini, kami akan mengalih keluar kandungan dan menghantar e-mel untuk memaklumi anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan bahawa pautan yang anda siarkan adalah selamat, kami mungkin mengalih keluar pautan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penyiaran URL yang melanggar dasar dalam video atau dalam metadata video boleh menyebabkan video dialih keluar.

Jika ini kali pertama anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, kemungkinan besar anda akan mendapat amaran tanpa penalti pada saluran anda. Anda akan diberi pilihan untuk menjalani latihan dasar untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Tempoh 90 hari bermula dari tarikh latihan dilengkapkan, bukan dari tarikh amaran dikeluarkan. Walau bagaimanapun, jika pelanggaran dasar yang sama berlaku dalam tempoh 90 hari itu, amaran mungkin tidak akan tamat tempoh dan saluran anda mungkin akan mendapat bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran.

Jika anda mendapat 3 bantahan dalam tempoh 90 hari, saluran anda boleh ditamatkan. Ketahui lebih lanjut tentang sistem bantahan kami.

Kami boleh menamatkan saluran atau akaun anda disebabkan oleh pelanggaran berulang terhadap Garis Panduan Komuniti atau Syarat Perkhidmatan. Kami juga boleh menamatkan saluran atau akaun anda selepas satu kes penyalahgunaan yang teruk, atau jika saluran dikhususkan untuk pelanggaran dasar tertentu. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan dasar pada masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang penamatan saluran atau akaun.

Akhir sekali, kami juga mungkin mengehadkan akses anda kepada penstriman langsung jika anda membayangkan bahawa anda akan menyiarkan kandungan dalam strim langsung yang akan melanggar Garis Panduan Komuniti kami. Ketahui lebih lanjut tentang pengehadan pada penstriman langsung.

Amaran dan sumber sokongan

YouTube akan memaparkan ciri atau sumber kepada pengguna apabila kandungan mengandungi topik bunuh diri atau mencederakan diri sendiri. Contohnya:

  • Amaran pada video anda sebelum video mula dimainkan, yang menunjukkan bahawa video itu mengandungi kandungan yang berkaitan dengan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri
  • Panel di bawah video tersebut mengandungi sumber sokongan seperti nombor telefon organisasi pencegahan bunuh diri

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6290990416450543777
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false