Kadangkala kandungan tidak melanggar Garis Panduan Komuniti kami, tetapi kandungan itu mungkin tidak serasi dengan Syarat Perkhidmatan YouTube atau tidak sesuai untuk penonton bawah 18 tahun. Dalam keadaan ini, kami mungkin mengenakan sekatan umur pada video. Dasar ini digunakan pada video, perihalan video, lakaran kecil tersuai, strim langsung, dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain.
Ketahui lebih lanjut tentang sekatan umur
Yang berikut ialah butiran lanjut tentang jenis kandungan yang kami pertimbangkan untuk sekatan umur. Jika kandungan anda mengandungi satu atau beberapa tema ini, kami boleh mengenakan sekatan umur. Kami telah memberikan contoh kandungan yang mungkin dikenakan sekatan umur di bawah. Klik menerusi bahagian dasar untuk mendapatkan contoh yang menggambarkan tema ini. Perlu diingat bahawa senarai ini bukan senarai yang lengkap.
Nota: Tetapan "dihasilkan untuk kanak-kanak" anda tidak akan mempengaruhi sekatan umur pada video anda.
|
|
Aktiviti yang memudaratkan atau berbahaya, termasuk bahan terkawal dan dadah
|
|
Kandungan kebogelan dan tidak senonoh berunsur seks
|
|
|
|
|
Apakah yang akan berlaku jika kandungan dikenakan sekatan umur?
- Video yang dikenakan sekatan umur tidak boleh ditonton oleh pengguna yang berumur bawah 18 tahun atau dilog keluar.
- Video yang dikenakan sekatan umur tidak boleh ditonton pada kebanyakan laman web pihak ketiga. Jika video pada laman web lain memiliki sekatan umur, penonton akan dihalakan kepada YouTube. Untuk menonton video tersebut, mereka perlu log masuk dan berumur lebih 18 tahun.
- Proses ini adalah untuk memastikan bahawa video yang dihoskan oleh YouTube hanya akan dapat dilihat oleh khalayak yang bersesuaian.
- Jika anda berpendapat kami telah melakukan kesilapan, anda boleh membuat rayuan terhadap sekatan umur.
- Video dengan sekatan umur boleh menggunakan iklan untuk diwangkan. Sesetengah pengiklan memilih untuk menyiarkan iklan pada kandungan mesra keluarga atau kandungan tanpa tema yang dinyatakan di atas. Dalam hal ini, video anda mungkin memiliki pengewangan iklan yang terhad atau tiada pengewangan iklan. Jika saluran anda layak untuk iklan, pastikan anda menyemak garis panduan kandungan mesra pengiklan kami.
Pastikan sama ada kandungan anda dikenakan sekatan umur atau tidak
- Anda boleh memastikan sama ada kandungan anda dikenakan sekatan umur atau tidak, dengan mengakses YouTube Studio dan menggunakan penapis ‘Sekatan Umur’, atau dengan mencari “Sekatan Umur” dalam lajur Pengehadan pada Halaman video anda. Sistem kami sentiasa dikemaskinikan dan jika kami menemukan sebarang percanggahan dengan rating anda, terdapat kemungkinan bahawa rating tersebut boleh berubah.
- Penonton yang berumur lebih 18 tahun dan dilog masuk boleh membezakan sama ada video dikenakan sekatan umur atau tidak dengan melihat maklumat pada bahagian bawah perihalan. Ketahui lebih lanjut tentang menonton video yang dikenakan sekatan umur.