Dasar kandungan ganas atau grafik

Keselamatan pencipta, penonton, dan rakan kongsi kami ialah keutamaan yang paling penting bagi kami. Kami mengharapkan sokongan anda untuk membantu kami melindungi komuniti yang unik dan ceria ini. Anda perlu memahami Garis Panduan Komuniti kami, dan peranan garis panduan itu supaya kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan YouTube selamat. Luangkan masa untuk membaca dasar di bawah dengan teliti. Anda juga boleh melihat halaman ini untuk mendapatkan senarai penuh garis panduan kami.

Kandungan ganas atau ngeri yang bertujuan untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik, atau kandungan yang menghasut orang lain agar melakukan tindakan ganas tidak dibenarkan pada YouTube.

Jika anda berpendapat sesiapa sahaja berada dalam bahaya, anda perlu menghubungi agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan anda untuk melaporkan situasi tersebut dengan segera.

Jika anda menemukan kandungan yang melanggar dasar ini, laporkan kandungan tersebut. Arahan untuk melaporkan pelanggaran Garis Panduan Komuniti kami tersedia di sini. Jika anda menemukan beberapa video atau ulasan yang mahu dilaporkan, anda boleh melaporkan saluran.

Erti dasar ini kepada anda

Jika anda menyiarkan kandungan

Jangan siarkan kandungan pada YouTube jika kandungan itu menepati mana-mana perihalan yang dinyatakan di bawah.

Kandungan ganas atau grafik:

  • Menghasut orang lain untuk bertindak ganas terhadap individu atau sekumpulan orang tertentu.
  • Pergaduhan yang melibatkan golongan bawah umur.
  • Bahan visual, audio, atau imejan yang melibatkan kemalangan jalan raya, kesan serangan pengganas, pergaduhan di tempat awam, serangan fizikal, pembakaran, penyeksaan, mayat, rompakan, atau senario lain yang serupa dengan niat untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik.
  • Bahan visual atau imejan yang menunjukkan bendalir badan, seperti darah atau muntah, dengan tujuan untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik.
  • Bahan visual mayat dengan kecederaan yang teruk, seperti anggota badan yang terputus.

Kandungan penderaan haiwan:

  • Kandungan yang menunjukkan manusia memaksa haiwan berlaga.
  • Kandungan yang menunjukkan manusia menganiaya haiwan dengan niat jahat dan menyebabkan haiwan mengalami tekanan tanpa mengikut amalan tradisional atau standard. Contoh amalan tradisional atau standard termasuk perburuan atau penyediaan makanan.
  • Kandungan yang menunjukkan manusia menempatkan haiwan dalam persekitaran daif tanpa sebab serta tanpa mengikut amalan tradisional atau standard. Contoh amalan tradisional atau standard termasuk perburuan atau penyediaan makanan.
  • Kandungan yang mengagungkan atau menggalakkan pengabaian, penganiayaan, atau kemudaratan yang serius terhadap haiwan.
  • Kandungan yang menunjukkan usaha menyelamatkan haiwan yang dilakonkan dan meletakkan haiwan dalam senario yang berbahaya.
  • Kandungan grafik yang menampilkan haiwan dan bertujuan untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik.

Kandungan dramatik atau fiksyen:

  • Bahan visual dramatik atau fiksyen kandungan yang dilarang oleh garis panduan ini apabila penonton tidak diberi konteks yang mencukupi untuk memahami bahawa bahan visual itu adalah dramatik atau fiksyen.

Harap maklum bahawa kami mungkin tidak membenarkan jenis kandungan yang berikut walaupun terdapat konteks berbentuk pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni:

  • Serangan seksual fizikal yang ganas (video, imejan pegun, atau audio).
  • Rakaman bahan visual oleh pelaku semasa peristiwa yang menyebabkan kematian atau keganasan teruk, yang menampilkan visual atau audio berkenaan dengan senjata, keganasan, atau mangsa yang tercedera.

Sila ambil perhatian bahawa senarai ini tidak lengkap.

Sentiasa ingat bahawa dasar ini turut dikenakan pada video, perihalan video, lakaran kecil, ulasan, strim langsung, dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain. Harap maklum bahawa dasar ini turut dikenakan pada pautan luaran dalam kandungan anda. Pautan ini termasuk URL boleh klik yang menghalakan pengguna secara lisan kepada laman lain dalam video serta bentuk lain.

Kandungan pendidikan

Kami mungkin membenarkan jenis kandungan ganas atau grafik yang dinyatakan di atas dalam beberapa keadaan dalam kandungan pendidikan, dokumentari, saintifik, atau kesenian. Hal ini bukan kebenaran untuk memuat naik kandungan yang bertujuan untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik, atau menggalakkan orang lain untuk melakukan tindakan ganas, dan kami mungkin tidak membuat pengecualian ini untuk jenis kandungan tertentu, seperti bahan visual serangan seksual fizikal yang ganas. Bagi kandungan pendidikan yang mengandungi jenis kandungan ganas atau grafik yang dinyatakan di atas, konteks ini mestilah dipaparkan dalam imej atau audio video itu sendiri. Penyediaan konteks dalam tajuk atau perihalan adalah tidak mencukupi.

Untuk kandungan pendidikan, dokumentari, saintifik, atau kesenian yang mengandungi bahan dewasa atau keganasan grafik, kami mungkin mengambil kira rating industri rasmi pihak ketiga untuk memutuskan sama ada kandungan itu boleh dikekalkan pada YouTube atau tidak. Kandungan yang mematuhi dasar kami tetapi tidak sesuai untuk semua lapisan khalayak dikenakan sekatan umur. Kandungan dengan sekatan umur tidak boleh dilihat oleh sesiapa yang berumur bawah 18 tahun atau pengguna yang tidak dilog masuk.

Kandungan dengan sekatan umur dan pengecualian EDSA

Kami boleh mengenakan sekatan umur dan bukan mengalih keluar kandungan ganas atau grafik jika kandungan tersebut memberikan konteks yang secukupnya untuk difahami oleh pengguna. Sebagai contoh, kandungan yang menunjukkan kecederaan mangsa kemalangan jalan raya mungkin dialih keluar, tetapi kami mungkin mengenakan sekatan umur pada kandungan yang sama jika disampaikan melalui liputan berita yang menjelaskan situasi dan konteks. Bagi penggunaan kandungan ganas atau grafik untuk tujuan pendidikan, konteks ini mestilah dipaparkan dalam imej atau audio video itu sendiri. Anda boleh mengetahui kepentingan konteks dengan lebih lanjut di sini.

Kami turut mempertimbangkan kepentingan awam apabila memutuskan sama ada kandungan perlu dibenarkan, dikenakan sekatan umur, atau dialih keluar. Sebagai contoh, kami mungkin membenarkan atau mengenakan sekatan umur terhadap kandungan grafik atau ganas yang merakam zon perang, pergolakan awam, krisis kemanusiaan, atau bencana alam dengan konteks berbentuk pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni yang mencukupi dalam imej atau audio video, tajuk video, atau perihalan video.

Kami mungkin mengenakan sekatan umur terhadap keganasan yang dramatik apabila mengandungi babak grafik, seperti orang diseksa, dikerat-kerat, atau dipenggal kepalanya. Kami juga mungkin mengenakan sekatan umur terhadap kandungan yang memfokuskan mayat manusia dengan kecederaan parah ini atau kematian ganas yang menunjukkan darah. Kami membezakan antara keganasan dramatik yang menampilkan pelakon manusia sebenar dengan kandungan yang menampilkan animasi atau permainan video. Keganasan dramatik yang menampilkan pelakon sebenar berkemungkinan besar dikenakan sekatan umur, terutamanya jika kandungan tersebut sangat ngeri atau realistik. Secara umumnya, kami tidak mengalih keluar keganasan dramatik apabila kandungan atau metadata memaklumi kami bahawa kandungan tersebut ialah fiksyen, atau apabila hakikat itu jelas daripada kandungan tersebut, seperti kandungan beranimasi atau permainan video.

Kami mempertimbangkan perkara yang berikut apabila memutuskan sama ada untuk membenarkan, mengenakan sekatan umur atau mengalih keluar kandungan. Harap maklum bahawa senarai ini bukan senarai yang lengkap:

  • Sama ada imejan yang ganas atau mengerikan merupakan fokus video. Sebagai contoh, video yang semata-mata memfokuskan bahagian filem atau permainan video yang paling ganas secara grafik.
  • Sama ada tajuk, perihalan, tag, atau data lain menunjukkan niat untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik.
  • Sama ada imejan ganas atau audio telah dikaburkan, ditutup, atau digelapkan.
  • Jumlah masa imej atau audio yang ganas dipaparkan dalam kandungan.
  • Sama ada terdapat konteks yang membolehkan penonton mengetahui bahawa imejan adalah dramatik atau fiksyen. Sebagai contoh, melalui maklumat dalam video, tajuk, atau perihalan.
  • Sama ada keganasan itu sebahagian daripada amalan keagamaan atau budaya, dan pemuat naik memberikan konteks tersebut kepada penonton.
  • Sama ada kandungan menunjukkan pembunuhan haiwan melalui amalan tradisional atau standard untuk memburu, amalan keagamaan, atau penyediaan makanan.
  • Sama ada keganasan dramatik digambarkan dengan pelakon manusia sebenar atau animasi termasuk permainan video.

Dasar ini digunakan pada video, perihalan video, ulasan, strim langsung, dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain.

Contoh

Yang berikut ialah contoh kandungan yang tidak dibenarkan pada YouTube.

  • Menggalakkan orang lain pergi ke tempat tertentu untuk melakukan keganasan, melakukan keganasan pada masa tertentu, atau menyasarkan individu atau kumpulan dengan keganasan.
  • Pergaduhan sebenar di pekarangan sekolah antara golongan bawah umur. Kami mungkin membenarkan kandungan jika golongan bawah umur hanya bergaduh olok-olok dan hal ini jelas kepada penonton.
  • Pembelasahan atau pergaduhan di luar konteks acara sukan profesional atau yang diselia secara profesional.

Lagi contoh

Kandungan ganas atau grafik
Jenis kandungan yang berikut tidak dibenarkan pada YouTube. Ini bukan senarai lengkap.
  • Kandungan yang menunjukkan bahan visual prosedur perubatan dengan niat untuk membuat penonton terkejut atau berasa jijik.
  • Bahan visual jenayah seperti rompakan ganas yang tidak memberikan maklumat pendidikan atau penjelasan kepada penonton.
  • Telefon bimbit, kamera papan pemuka, atau rakaman TV litar tertutup yang menunjukkan mangsa yang tercedera atau terbunuh dalam kemalangan jalan raya disertakan dengan tajuk seperti “Kemalangan dahsyat” atau “Amaran: Banyak darah”.
  • Video pemenggalan kepala.
  • Serangan berat sebelah dengan tajuk seperti "Lihat lelaki ini dibelasah!".
Kandungan penderaan haiwan
Penderaan haiwan merujuk kandungan yang menunjukkan penyeksaan berniat jahat dan berbahaya secara fizikal atau psikologi yang mengakibatkan penderitaan haiwan. Kami mungkin membuat pengecualian untuk kandungan yang menunjukkan amalan yang diterima secara meluas, seperti perburuan, pemerangkapan, penghapusan perosak, penyediaan makanan, rawatan perubatan, atau penyembelihan haiwan yang menunjukkan kemudaratan terhadap haiwan atau kumpulan haiwan.

Yang berikut merupakan lebih banyak contoh kandungan yang tidak dibenarkan pada YouTube:

  • Sabung anjing, sabung ayam, atau sabung haiwan lain secara paksaan apabila manusia memaksa haiwan menyerang antara satu sama lain. Kami membenarkan kandungan yang menunjukkan haiwan bersabung di habitat semula jadi, seperti dalam dokumentari alam semula jadi.
  • Kandungan yang menunjukkan penderitaan, pengabaian, atau penganiayaan haiwan untuk mengejutkan penonton atau mengagungkan penderaan tersebut, dan tidak memberikan konteks berbentuk pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni yang mencukupi.
  • Sukan lawan lembu yang mendatangkan kemudaratan kepada lembu jantan, seperti tusukan pedang yang mengenai lembu jantan.
  • Berburu menggunakan amalan bukan standard, seperti bom atau racun.
  • Penyelamatan haiwan yang dirancang apabila haiwan dicederakan dengan sengaja atau diletakkan dalam senario yang berbahaya untuk mendapatkan kesan dramatik.

Senarai di atas tidak lengkap.

Ingat bahawa ini hanya beberapa contoh dan jangan siarkan kandungan jika anda berpendapat bahawa kandungan tersebut mungkin melanggar dasar ini.

Perkara yang akan berlaku jika kandungan melanggar dasar ini

Jika kandungan anda melanggar dasar ini, kami akan mengalih keluar kandungan dan menghantar e-mel untuk memaklumi anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan bahawa pautan yang anda siarkan adalah selamat, kami mungkin mengalih keluar pautan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penyiaran URL yang melanggar dasar dalam video atau dalam metadata video boleh menyebabkan video dialih keluar.

Jika ini kali pertama anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, kemungkinan besar anda akan mendapat amaran tanpa penalti pada saluran anda. Anda akan diberi pilihan untuk menjalani latihan dasar untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Tempoh 90 hari bermula dari tarikh latihan dilengkapkan, bukan dari tarikh amaran dikeluarkan. Walau bagaimanapun, jika pelanggaran dasar yang sama berlaku dalam tempoh 90 hari itu, amaran mungkin tidak akan tamat tempoh dan saluran anda mungkin akan mendapat bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran.

Jika anda mendapat 3 bantahan dalam tempoh 90 hari, saluran anda boleh ditamatkan. Ketahui lebih lanjut tentang sistem bantahan kami.

Kami boleh menamatkan saluran atau akaun anda disebabkan oleh pelanggaran berulang terhadap Garis Panduan Komuniti atau Syarat Perkhidmatan. Kami juga boleh menamatkan saluran atau akaun anda selepas satu kes penyalahgunaan yang teruk, atau jika saluran dikhususkan untuk pelanggaran dasar tertentu. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan dasar pada masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang penamatan saluran atau akaun.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1798953727038151459
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false