Dasar Kebogelan & Kandungan Seks

 
Keselamatan pencipta, penonton, dan rakan kongsi kami ialah keutamaan yang paling penting bagi kami. Kami mengharapkan sokongan anda untuk membantu kami melindungi komuniti yang unik dan ceria ini. Anda perlu memahami Garis Panduan Komuniti kami, dan peranan garis panduan itu supaya kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan YouTube selamat. Luangkan masa untuk membaca dasar di bawah dengan teliti. Anda juga boleh melihat halaman ini untuk mendapatkan senarai penuh garis panduan kami.

Kandungan eksplisit yang bertujuan untuk memuaskan nafsu seks tidak dibenarkan pada YouTube. Penyiaran pornografi boleh menyebabkan kandungan dialih keluar atau penamatan saluran. Video yang mengandungi kandungan fetisy akan dialih keluar atau dikenakan sekatan umur. Dalam kebanyakan keadaan, kandungan yang menampilkan fetisy ganas, grafik, atau mengaibkan tidak dibenarkan pada YouTube.

Jika anda menemukan kandungan yang melanggar dasar ini, laporkan kandungan tersebut. Arahan untuk melaporkan pelanggaran Garis Panduan Komuniti kami tersedia di sini. Jika anda menemukan beberapa video atau ulasan yang mahu dilaporkan, anda boleh melaporkan saluran.

Kandungan seksual eksplisit yang menampilkan golongan bawah umur dan kandungan yang mengeksploitasi golongan bawah umur secara seksual tidak dibenarkan pada YouTube. Kami melaporkan kandungan yang mengandungi imejan penderaan seksual kanak-kanak kepada National Center for Missing and Exploited Children, yang bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang global.

Erti dasar ini kepada anda

Jika anda menyiarkan kandungan

Kandungan eksplisit yang melanggar dasar ini boleh menyebabkan penamatan saluran. Dasar ini digunakan pada kandungan dunia sebenar, dramatik, ilustrasi, dan animasi, termasuk adegan seks, permainan video, dan muzik.

Jangan siarkan kandungan pada YouTube jika kandungan itu menunjukkan:

  • Gambaran kemaluan, payudara, atau punggung dengan pakaian, atau tanpa pakaian yang bertujuan untuk kepuasan seksual.
  • Pornografi, gambaran perlakuan seks, atau fetisy yang bertujuan untuk kepuasan seksual.

Jenis kandungan lain yang melanggar dasar ini

  • Onani
  • Tindakan memegang atau meraba kemaluan, payudara, atau punggung
  • Penggunaan alat mainan seks untuk memberi penonton kepuasan seksual
  • Kebogelan atau kebogelan separuh yang bertujuan untuk kepuasan seksual
  • Aksi seks tanpa persetujuan atau penggalakan atau pengagungan aksi seks tanpa persetujuan, seperti serangan seksual, sumbang mahram, kebinatangan, atau zoofilia
  • Gambaran seksual yang tidak diingini seperti imejan yang dikongsi tanpa persetujuan atau voyeurisme
  • Malfungsi pakaian atau kebocoran foto bogel
  • Zum masuk atau fokus berpanjangan atau penekanan terhadap payudara, punggung atau kawasan kemaluan tanpa persetujuan untuk tujuan kepuasan seksual
  • Kandungan fetisy yang ganas, bersifat grafik, atau memalukan yang bertujuan untuk kepuasan seksual
  • Menghimpunkan kandungan yang bertujuan untuk kepuasan seksual
  • Mana-mana kandungan seks yang melibatkan golongan bawah umur—lihat halaman Keselamatan Kanak-kanak pada YouTube untuk mendapatkan maklumat lanjut

Nota: Senarai di atas tidak lengkap.

Kandungan dengan sekatan umur

Kami mungkin mengenakan sekatan umur pada kandungan jika kandungan tersebut mengandungi kebogelan atau kandungan seks lain tetapi tidak menggambarkan apa-apa yang diperihalkan di atas. Kami mempertimbangkan perkara yang berikut apabila memutuskan sama ada untuk mengenakan sekatan umur atau mengalih keluar kandungan.

  • Sama ada payudara, punggung atau kemaluan dengan pakaian atau tanpa pakaian dijadikan titik fokus video
  • Sama ada subjek digambarkan dalam gaya yang bertujuan untuk mengghairahkan penonton
  • Sama ada bahasa yang digunakan dalam video itu kasar atau lucah
  • Sama ada tindakan subjek dalam video menaikkan nafsu seks, seperti menyentuh payudara atau kemaluan, atau mendedahkan pakaian dalam
  • Sama ada pakaian itu secara umumnya tidak boleh diterima atau boleh diterima dalam konteks umum, seperti pakaian dalam
  • Sama ada imejan seksual atau audio telah dikaburkan, ditutup, atau digelapkan
  • Sama ada imejan atau audio seksual ditunjukkan sepintas lalu atau berpanjangan dalam kandungan
  • Sama ada kandungan tersebut menggalakkan orang lain mengambil bahagian atau tidak dalam cabaran yang melibatkan perlakuan seks

Nota: Senarai di atas tidak lengkap.

Dasar ini digunakan pada video, perihalan video, ulasan, strim langsung, audio, dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain. Ingat bahawa ini hanya beberapa contoh. Jangan siarkan kandungan jika anda berpendapat bahawa kandungan tersebut mungkin melanggar dasar ini.

Kandungan pendidikan

Kami mungkin membenarkan kandungan seks apabila tujuan utama kandungan tersebut adalah untuk pendidikan, dokumentari, saintifik, atau seni, dan bukan untuk memberikan nikmat seksual. Sebagai contoh, dokumentari tentang kanser payudara yang menunjukkan payudara yang terdedah mungkin sesuai, tetapi penyiaran klip luar konteks untuk memuaskan nafsu seks daripada dokumentari yang sama mungkin tidak sesuai. Kebogelan luar konteks dalam komuniti orang asli, semasa prosedur perubatan, semasa bersalin, semasa persembahan artistik, atau semasa penyusuan mungkin tidak memenuhi pengecualian dokumentari kami.

Perkara yang sama terpakai pada penggambaran adegan seks dalam kandungan artistik seperti filem, cerita audio, muzik atau permainan video. Sebagai contoh, filem dengan adegan seks mungkin dibenarkan jika kandungan tersebut mengandungi butiran seperti nama filem, pengarah, pelakon dalam kandungan video dan dalam perihalan video. Ingat bahawa pemberian konteks dalam kandungan, tajuk, dan perihalan akan membantu kami dan penonton anda menentukan tujuan utama video tersebut.

Untuk kandungan pendidikan, dokumentari, saintifik, atau artistik yang mengandungi bahan dewasa atau keganasan grafik, kami mungkin mengambil kira rating rasmi pihak ketiga untuk memutuskan sama ada kandungan itu boleh dikekalkan pada YouTube atau tidak. Kandungan yang mematuhi dasar kami tetapi tidak sesuai untuk semua lapisan khalayak dikenakan sekatan umur. Kandungan dengan sekatan umur tidak boleh dilihat oleh sesiapa yang berumur bawah 18 tahun atau pengguna yang tidak dilog masuk.

Contoh

Yang berikut ialah contoh kandungan yang tidak dibenarkan pada YouTube.

  • Klip yang diekstrak daripada filem, rancangan, atau kandungan bukan lucah untuk mengasingkan kandungan seks (dunia sebenar atau artistik)
  • Tindakan meraba, berkucupan, beronani secara umum, “mengambil gambar skirt tanpa keizinan”, voyeurisme, ekshibisionisme pemangsaan, atau apa-apa kandungan lain yang menggambarkan seseorang secara seksual tanpa persetujuan mereka
  • Kandungan yang menggambarkan perlakuan seks, gelagat seks, atau mainan seks yang bertujuan untuk kepuasan seksual

Nota: Perkara di atas hanya beberapa contoh. Jika anda berpendapat kandungan tersebut mungkin melanggar dasar ini, jangan siarkan kandungan itu.

Lagi contoh

  • Senarai main yang menghimpunkan kandungan yang mengandungi kebogelan atau tema seksual untuk tujuan kepuasan seksual
  • Tarian provokatif yang memfokuskan kemaluan, punggung, atau payudara penari, atau yang termasuk tindakan membelai atau meraba
  • Kandungan yang menggambarkan pemerkosaan secara seksual dalam sebarang bentuk, atau kandungan yang menghimpunkan klip adegan pemerkosaan yang dramatik
  • Gambaran audio atau teks tentang perlakuan seks untuk tujuan kepuasan seksual
  • Kandungan yang menunjukkan bendalir atau kumuhan badan, seperti air kencing, untuk tujuan kepuasan seksual
  • Kandungan yang menggunakan objek atau senario harian, seperti suntikan atau makan, untuk tujuan kepuasan seksual
  • Kandungan permainan video yang telah dibangunkan atau diubah suai (“diubah suai”) untuk kepuasan seksual, atau memfokus pada tema gambaran seksual yang tidak diingini

Perkara yang akan berlaku jika kandungan melanggar dasar ini

Jika kandungan anda melanggar dasar ini, kami akan mengalih keluar kandungan dan menghantar e-mel untuk memaklumi anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan bahawa pautan yang anda siarkan adalah selamat, kami mungkin mengalih keluar pautan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penyiaran URL yang melanggar dasar dalam video atau dalam metadata video boleh menyebabkan video dialih keluar.

Jika ini kali pertama anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, kemungkinan besar anda akan mendapat amaran tanpa penalti pada saluran anda. Anda akan diberi pilihan untuk menjalani latihan dasar untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Tempoh 90 hari bermula dari tarikh latihan dilengkapkan, bukan dari tarikh amaran dikeluarkan. Walau bagaimanapun, jika pelanggaran dasar yang sama berlaku dalam tempoh 90 hari itu, amaran mungkin tidak akan tamat tempoh dan saluran anda mungkin akan mendapat bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran.

Jika anda mendapat 3 bantahan dalam tempoh 90 hari, saluran anda boleh ditamatkan. Ketahui lebih lanjut tentang sistem bantahan kami.

Kami boleh menamatkan saluran atau akaun anda disebabkan oleh pelanggaran berulang terhadap Garis Panduan Komuniti atau Syarat Perkhidmatan. Kami juga boleh menamatkan saluran atau akaun anda selepas satu kes penyalahgunaan yang teruk, atau jika saluran dikhususkan untuk pelanggaran dasar tertentu. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan dasar pada masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang penamatan saluran atau akaun.

Jika kandungan anda mengandungi pornografi, kami boleh menamatkan saluran anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14989607260990661844
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false