Jika anda menemukan kandungan yang melanggar dasar ini, laporkan kandungan tersebut. Arahan untuk melaporkan pelanggaran Garis Panduan Komuniti kami tersedia di sini. Jika anda menemukan beberapa video atau ulasan yang mahu dilaporkan, anda boleh melaporkan saluran.
Maksud dasar ini kepada anda
Jika anda menyiarkan kandungan
Jangan siarkan kandungan pada YouTube jika kandungan itu menepati mana-mana perihalan yang dinyatakan di bawah.
- Spam Video: Kandungan yang disiarkan secara berlebihan, berulang, atau tidak disasarkan dan melakukan satu atau beberapa perkara yang berikut:
- Menjanjikan bahawa penonton akan menonton sesuatu, kemudian mengubah hala mereka untuk meninggalkan laman.
- Mendapatkan klik, tontonan, atau trafik luar YouTube dengan menjanjikan penonton bahawa mereka akan menjana pendapatan dengan pantas.
- Menghantar khalayak kepada laman yang menyebarkan perisian berbahaya, cuba mengumpulkan maklumat peribadi, atau laman lain yang memiliki impak negatif.
- Metadata atau Lakaran kecil yang mengelirukan: Penggunaan tajuk, lakaran kecil, atau perihalan untuk memperdayakan pengguna agar menonton video yang tidak mengandungi kandungan seperti yang dijangkakan. Hal ini termasuk tajuk, lakaran kecil, atau perihalan yang menyebabkan penonton percaya bahawa mereka akan melihat sesuatu dalam video, tetapi kemudian tidak memasukkan perkara tersebut dalam kandungan video itu sendiri.
- Komplot: Kandungan yang menawarkan hadiah wang tunai, skim “cepat kaya”, atau skim piramid (menghantar wang tanpa produk sebenar dalam struktur piramid).
- Spam penyediaan insentif: Kandungan yang menjual metrik interaksi seperti tontonan, suka, ulasan, atau sebarang metrik lain pada YouTube. Spam jenis ini juga boleh merangkumi kandungan yang hanya bertujuan untuk meningkatkan pelanggan, tontonan, atau metrik lain. Sebagai contoh, penawaran langganan saluran pencipta lain semata-mata sebagai pertukaran untuk mereka melanggan saluran anda, juga dikenali sebagai kandungan "Langganan untuk Langganan".
- Spam Ulasan: Ulasan yang hanya bertujuan untuk mengumpulkan maklumat peribadi daripada penonton, mendorong penonton keluar daripada YouTube secara mengelirukan, atau melakukan mana-mana gelagat dilarang yang dinyatakan di atas.
- Ulasan berulang: Meninggalkan sejumlah besar ulasan yang sama, tidak disasarkan atau berulang-ulang. Harap maklum bahawa penglibatan jenis ini boleh menyebabkan pengalihan keluar ulasan anda.
- Kandungan pihak ketiga: Strim langsung yang merangkumi kandungan pihak ketiga tidak dibenarkan yang tidak diselesaikan selepas amaran berulang tentang kemungkinan penyalahgunaan. Pemilik saluran perlu mengawasi strim langsung mereka secara aktif dan sebarang masalah yang mungkin berlaku mestilah diselesaikan tepat pada masanya.
Dasar ini digunakan pada video, perihalan video, ulasan, strim langsung dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain. Sentiasa ingat bahawa senarai ini bukan senarai yang lengkap. Harap maklum bahawa dasar ini turut digunakan pada pautan luaran dalam kandungan anda. Pautan ini termasuk URL boleh klik yang menghalakan pengguna kepada laman lain dalam video serta bentuk lain secara lisan.
Spam Video
Jenis kandungan yang berikut tidak dibenarkan pada YouTube. Sentiasa ingat bahawa senarai ini bukan senarai yang lengkap.
- Kandungan yang menjanjikan bahawa penonton akan menonton sesuatu, kemudian mengubah hala mereka untuk meninggalkan laman.
- Penyiaran kandungan yang sama berulang kali merentas satu atau beberapa saluran.
- Memuat naik kandungan yang diambil daripada pencipta lain secara besar-besaran.
- Cuba membuat penonton memasang perisian berbahaya, atau menghalakan mereka kepada laman yang mungkin menjejaskan privasi mereka.
- Kandungan dijana secara automatik yang disiarkan oleh komputer tanpa mengambil kira kualiti atau pengalaman penonton.
- Menjanjikan wang, produk, perisian atau manfaat permainan tanpa caj jika penonton memasang perisian, memuat turun apl, atau melakukan tugas lain.
- Penyiaran kandungan ahli gabungan secara besar-besaran dalam akaun khusus.
- Memuat naik kandungan yang bukan milik anda dan bukan EDSA berulang kali.
- Lakaran kecil dengan gambar selebriti popular yang tidak berkaitan dengan kandungan video.
- Penggunaan tajuk, lakaran kecil, atau perihalan yang menyebabkan penonton menyangka mereka akan menonton genre kandungan tetapi sebenarnya tidak terkandung dalam video tersebut. Sebagai contoh, menyebabkan penonton menyangka mereka akan melihat analisis daripada pemberita terkenal, tetapi sebaliknya video mengandungi video muzik.
- Tajuk, lakaran kecil, atau perihalan yang menyebabkan penonton percaya bahawa mereka akan melihat sesuatu dalam video, tetapi kemudian tidak memasukkan perkara tersebut dalam kandungan video itu sendiri.
- Penggunaan tajuk, lakaran kecil, atau perihalan untuk menunjukkan peristiwa bernilai berita yang telah berlaku baru-baru ini atau yang sedang berlaku, tetapi tidak menangani peristiwa tersebut dalam kandungan video.
Komplot
- Membuat janji yang keterlaluan, seperti dakwaan bahawa penonton boleh menjadi kaya dengan cepat atau bahawa rawatan ajaib boleh menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser.
- Mempromosikan pemberian hadiah wang tunai atau skim piramid yang lain.
- Akaun yang dikhususkan untuk skim pemberian hadiah wang tunai.
- Video yang menjanjikan "Anda akan memperoleh $50,000 esok dengan pelan ini!"
Spam penyediaan insentif
- Video yang bertujuan untuk menggalakkan penonton membuat langganan.
- Video "Subs 4 Subs".
- Video yang menawarkan "suka" untuk dijual.
- Video yang menawarkan untuk memberikan saluran kepada pelanggan ke-100,000 tanpa sebarang kandungan lain.
Spam Ulasan
- Ulasan tentang tinjauan atau pemberian percuma yang mempromosikan skim piramid.
- Pautan rujukan "Bayar setiap Klik" dalam ulasan.
- Ulasan yang membuat dakwaan palsu untuk menawarkan kandungan video penuh. Jenis kandungan ini mungkin:
- Filem
- Rancangan TV
- Konsert
- Menyiarkan pautan kepada perisian berbahaya atau laman pancingan data dalam ulasan: "saya baru sahaja mendapat Wang yang banyak dari sini! - [xyz phishing site].com"
- Ulasan dengan pautan kepada kedai tiruan.
- "Hei, lihat saluran/video saya di sini!” apabila saluran/video tidak berkaitan dengan video yang menyiarkan ulasan tersebut.
- Menyiarkan ulasan yang sama berulang kali dengan pautan kepada saluran anda.
Kandungan pihak ketiga
- Menggunakan telefon anda untuk membuat penstriman rancangan televisyen.
- Penggunaan perisian pihak ketiga untuk membuat strim langsung lagu daripada album.
Ingat bahawa ini hanya beberapa contoh. Jangan siarkan kandungan jika anda berpendapat bahawa kandungan tersebut mungkin melanggar dasar ini.
Perkara yang akan berlaku jika kandungan melanggar dasar ini
Jika kandungan anda melanggar dasar ini, kami mungkin menggantung ciri pengewangan anda atau menamatkan saluran atau akaun anda. Ketahui dasar pengewangan dan penamatan saluran atau akaun dengan lebih lanjut.
Untuk sesetengah pelanggaran, kami mungkin mengalih keluar kandungan dan mengeluarkan amaran atau bantahan terhadap saluran anda. Jika perkara ini berlaku, kami akan menghantar e-mel untuk memaklumi anda.
Anda boleh menjalani latihan dasar pilihan untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Walau bagaimanapun, jika kandungan anda melanggar dasar yang sama dalam tempoh 90 hari tersebut, amaran tersebut mungkin tidak tamat tempoh dan saluran anda mungkin akan diberi bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan dasar pada masa hadapan.
Jika anda mendapat 3 bantahan dalam tempoh 90 hari, saluran anda boleh ditamatkan. Ketahui sistem bantahan kami dengan lebih lanjut.