Dasar kandungan yang memudaratkan atau berbahaya

YouTube tidak membenarkan kandungan yang menggalakkan aktiviti berbahaya atau menyalahi undang-undang yang berisiko menyebabkan kecederaan fizikal yang serius atau kematian.
 
Jika anda menemukan kandungan yang melanggar dasar ini, laporkan kandungan tersebut.

 

Langkau kepada bahagian khusus artikel ini:

Penting: Dasar ini dikenakan pada video, perihalan video, ulasan, strim langsung, dan mana-mana produk atau ciri YouTube yang lain. Dasar ini turut dikenakan pada pautan luaran dalam kandungan anda. Pautan ini termasuk URL boleh klik yang menghalakan pengguna secara lisan kepada laman lain dalam video serta bentuk lain.

Dasar kandungan yang memudaratkan atau berbahaya

Erti dasar ini kepada anda

Nota: Senarai di bawah tidak lengkap. Jika anda berpendapat bahawa kandungan anda mungkin melanggar dasar ini, jangan siarkan kandungan itu.
Kandungan yang berikut tidak dibenarkan pada YouTube:

Tindakan, cabaran, dan usikan yang memudaratkan atau berbahaya

  • Cabaran yang amat berbahaya: Cabaran yang menimbulkan risiko kecederaan fizikal yang berkemungkinan besar akan berlaku.
  • Usikan yang berbahaya atau mengancam: Gurauan yang menyebabkan mangsa takut akan berlakunya bahaya fizikal yang serius, atau yang menyebabkan golongan bawah umur mengalami tekanan emosi yang serius.
  • Tindakan yang memudaratkan atau berbahaya: Tindakan yang dilakukan oleh orang dewasa yang mewujudkan risiko kemudaratan serius atau kematian.
  • Golongan bawah umur mengambil bahagian dalam aktiviti yang berbahaya: Kandungan yang membahayakan kesejahteraan emosi dan fizikal golongan bawah umur. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak dasar Keselamatan kanak-kanak kami.

Kandungan senjata

  • Arahan untuk membunuh atau mencederakan orang lain: Arahan yang menunjukkan atau memberitahu penonton cara melakukan aktiviti yang bertujuan untuk membunuh atau mencederakan orang lain secara melampau.
  • Bahan letupan: Memberikan arahan untuk membuat peranti atau sebatian boleh meletup yang bertujuan untuk mencederakan atau membunuh orang lain.
  • Senjata api: Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak dasar Senjata api kami.

Kandungan keselamatan digital

  • Pengajaran kecurian: Video pengajaran kecurian yang disiarkan dengan niat jelas untuk mencuri barangan fizikal atau mendapatkan sesuatu secara percuma.
  • Penggodaman: Menunjukkan cara menggunakan komputer atau teknologi maklumat dengan tujuan untuk mencuri bukti kelayakan, menjejaskan data peribadi, atau mendatangkan bahaya yang serius kepada orang lain.
  • Pemintasan pembayaran untuk kandungan atau perkhidmatan digital: Kandungan yang menunjukkan cara mendapatkan akses tanpa izin kepada kandungan, perisian, atau perkhidmatan yang biasanya memerlukan pembayaran.
  • Pancingan data: Kandungan yang cuba mendapatkan atau memberikan arahan tentang cara mendapatkan maklumat pengenalpastian diri bukan awam daripada penonton dengan menipu mereka.
    • Pancingan data kripto: Permintaan bagi pemberian butiran mata wang kripto atau dompet yang berkaitan dengan mata wang kripto sebagai sebahagian daripada skim pancingan data.

Ketahui lebih lanjut tentang dasar spam, amalan yang menipu dan komplot kami.

Barangan atau perkhidmatan yang menyalahi undang-undang atau terkawal

Contoh kandungan yang memudaratkan atau berbahaya

Yang berikut merupakan beberapa contoh kandungan yang memudaratkan atau berbahaya yang tidak dibenarkan pada YouTube.

Nota: Senarai di bawah tidak lengkap.

Cabaran yang amat berbahaya

  • Asfiksiasi: Apa-apa aktiviti yang menghalang keupayaan untuk bernafas atau boleh menyebabkan sesak nafas. Contoh termasuk:
    • Permainan menjerut, lemas, atau menggantung diri
    • Memakan item bukan makanan
  • Penyalahgunaan senjata api: Penggunaan senjata, seperti senjata api atau pisau, tanpa langkah keselamatan yang betul atau dengan cara yang boleh menyebabkan bahaya fizikal.
  • Pengingesan bahan berbahaya: Memakan, menggunakan, atau memasukkan objek bukan makanan atau bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit atau keracunan. Contoh termasuk cabaran memakan bahan pencuci.
  • Pembakaran, pembekuan, dan renjatan elektrik: Aktiviti yang mewujudkan risiko serius melecur, membeku, reput fros, atau renjatan elektrik. Contoh, termasuk cabaran yang melibatkan kebakaran dan air panas.
  • Pencacatan dan kecederaan akibat pukulan daripada objek tumpul: Contoh termasuk
    • Pencacatan diri sendiri
    • Mengelakkan daripada melakukan amalan kesihatan biasa
    • Jatuh, penyulaan, perlanggaran, kecederaan akibat pukulan daripada objek tumpul, atau penindihan

Nota: Kami mungkin mengenakan sekatan umur pada kandungan yang mengandungi konteks pendidikan atau dokumentari.

Usikan yang berbahaya atau mengancam

  • Kecederaan fizikal yang disengajakan: Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa usikan yang tidak mengesyaki apa-apa. Contoh termasuk:
    • Serangan tumbukan
    • Meletakkan julap dalam makanan atau minuman
    • Usikan yang melibatkan renjatan elektrik
  • Membuatkan seseorang berpendapat mereka berada dalam bahaya: Memperdaya orang lain bahawa mereka berada dalam bahaya sebenar, walaupun mereka tidak mengalami bahaya fizikal. Contoh termasuk:
    • Ancaman dengan senjata
    • Ancaman bom palsu
    • Panggilan palsu kepada pasukan keselamatan atau 911
    • Pecah rumah atau rompakan palsu
    • Penculikan palsu
  • Tekanan emosi kepada golongan bawah umur/individu yang rentan: Apa-apa usikan yang menyebabkan tekanan emosi, atau ketakutan terhadap ancaman kepada keselamatan fizikal, terhadap kanak-kanak atau orang lain yang rentan. Contoh termasuk:
    • Kematian atau membunuh diri palsu
    • Keganasan palsu
    • Berpura-pura bahawa ibu/bapa atau penjaga akan mengabaikan anak mereka
    • Menunjukkan ibu/bapa atau penjaga mendera atau memalukan kanak-kanak secara lisan

Nota: Kami mungkin mengenakan sekatan umur terhadap kandungan usikan yang melibatkan orang dewasa dan yang tidak melanggar dasar kami.

Tindakan yang memudaratkan atau berbahaya

  • Mengambil risiko bahaya yang serius atau kematian: Gelagat yang menunjukkan orang dewasa mengambil risiko kemudaratan serius atau kematian, terutamanya jika seseorang yang menonton kandungan itu boleh meniru tindakan berbahaya tersebut atau jika kandungan menggalakkan atau memuji tindakan berbahaya itu. Tindakan berbahaya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa tindakan dalam kategori yang disenaraikan dalam Cabaran yang Amat Berbahaya di atas, seperti tindakan mewujudkan risiko asfiksiasi atau renjatan elektrik.
    • Kami juga tidak membenarkan kandungan yang menunjukkan tindakan berbahaya oleh golongan bawah umur. Ini termasuk kandungan yang menunjukkan golongan bawah umur:
      • Meminum arak
      • Menggunakan pengewap, e-rokok, tembakau, atau ganja
      • Menyalahgunakan bunga api
      • Menggunakan senjata api tanpa pengawasan
  • Memandu dalam keadaan yang amat berbahaya: Menggunakan kenderaan bermotor dengan cara yang mewujudkan risiko kecederaan serius atau kematian kepada pemandu atau orang lain. Contoh termasuk:
    • Membuat rakaman dari telefon bimbit yang menunjukkan seorang penunggang motosikal sengaja melencong laju ke arah trafik dari arah bertentangan. Alih suara memberikan reaksi dengan menyatakan “Wah, hebatnya!”
    • Memandu kereta pada kelajuan tinggi di sepanjang laluan pejalan kaki yang dikhususkan untuk pejalan kaki.

Arahan untuk menimbulkan bahaya

  • Pembuatan bom: Menunjukkan cara membina bom yang bertujuan untuk mencederakan atau membunuh orang lain. Contoh termasuk:
    • Bom paip
    • Bom dalam bungkusan
    • Rompi letupan
    • Bom botol
  • Keganasan yang melibatkan kanak-kanak: Apa-apa pergaduhan sebenar atau keganasan antara kanak-kanak. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak dasar Keselamatan Kanak-kanak kami.

Nota: Kami mungkin mengenakan sekatan umur pada kandungan yang mengandungi konteks dokumentari atau pendidikan.

Kandungan dengan sekatan umur

Nota: Senarai di bawah tidak lengkap.
Kadangkala kandungan tidak melanggar dasar kami, tetapi kandungan mungkin tidak sesuai untuk penonton berumur bawah 18 tahun.
Kami mungkin menyekat dan bukan mengalih keluar kandungan jika kandungan yang menunjukkan tindakan berbahaya memenuhi satu atau beberapa kriteria yang berikut:
  • Mengandungi konteks berbentuk pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni, seperti menyediakan maklumat tentang risiko perbuatan itu. Sebagai contoh, kandungan ini boleh termasuk konteks yang menjelaskan jenis kecederaan yang boleh berlaku akibat melakukan tindakan berbahaya itu, atau memerihalkan pengalaman anda mengalami kecederaan akibat tindakan berbahaya tersebut. Kandungan juga boleh merangkumi konteks yang menjelaskan jenis langkah berjaga-jaga atau latihan yang diperlukan untuk melakukan tindakan tersebut secara selamat dan mencegah kecederaan. Menyatakan, “Jangan cuba aksi ini di rumah” bukan konteks yang mencukupi.
  • Tindakan yang ditunjukkan tidak mewujudkan risiko kecederaan serius.
  • Kandungan tidak menggalakkan tindakan yang ditunjukkan. Penggalakan termasuk apa-apa bentuk galakan atau pujian terhadap perbuatan itu, atau memberikan arahan tentang cara melaksanakan tindakan itu.

Ketahui lebih lanjut tentang kandungan dengan sekatan umur dan cara menonton video dengan sekatan umur.

Contoh kandungan dengan sekatan umur

  • Kandungan usikan yang menampilkan orang dewasa menggunakan darah palsu yang berlebihan atau kecederaan palsu yang mengerikan.
  • Menunjukkan rakaman individu yang terlibat dalam cabaran berbahaya, berserta ulasan yang memerihalkan bilangan individu yang cedera parah akibat melakukan cabaran itu.
  • Kandungan yang menunjukkan orang dewasa menyalahgunakan bunga api.
  • Kandungan yang menunjukkan orang dewasa menggunakan taser pada peserta lain yang sanggup atau diri mereka sendiri.
  • Kandungan yang menunjukkan seorang atlet parkour dewasa memberikan reaksi terhadap video aksi amatur yang sangat berbahaya dan memberikan ulasan tentang risiko kemudaratan.

Kandungan pendidikan, dokumentari, saintifik, atau kesenian

Kadangkala, kandungan yang melanggar dasar ini dibenarkan untuk dikekalkan pada YouTube apabila kandungan tersebut menampilkan konteks Pendidikan, Dokumentari, Saintifik, atau Seni (EDSA). Ketahui cara YouTube menilai kandungan EDSA.

Nota: Dalam sesetengah keadaan, kandungan EDSA mungkin dikenakan sekatan umur. Kandungan tertentu tidak dibenarkan pada YouTube walaupun mengandungi konteks EDSA, seperti kandungan yang menjual dadah atau farmaseutikal terkawal tanpa preskripsi.

Contoh kandungan EDSA

  • Rencana berita tentang bahaya permainan mencekik mungkin sesuai, tetapi penyiaran klip luar konteks daripada dokumentari yang sama mungkin tidak sesuai.
  • Video yang menunjukkan seorang pelagak ngeri profesional melakukan lompatan motosikal berbahaya yang menunjukkan langkah berjaga-jaga keselamatan yang diambil sebagai persediaan, seperti kakitangan perubatan kecemasan di tapak dan penggunaan kelengkapan perlindungan diri.
  • Dokumentari yang menunjukkan kesan penggunaan dadah dalam komuniti tertentu yang, semasa menunjukkan penggunaan dadah kepada penonton, tidak menggalakkan penonton menggunakan dadah dan tidak memberikan maklumat tentang cara membuat atau membeli dadah tersebut.
  • Video yang menunjukkan pemanduan berbahaya atau kemalangan kenderaan dalam persekitaran terkawal untuk mendidik penonton tentang amalan pemanduan yang selamat atau ciri keselamatan kenderaan.

Perkara yang akan berlaku jika kandungan melanggar dasar ini

Jika kandungan anda melanggar dasar ini, kami akan mengalih keluar kandungan dan menghantar e-mel untuk memaklumi anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan bahawa pautan yang anda siarkan adalah selamat, kami mungkin mengalih keluar pautan tersebut. Sila ambil perhatian bahawa penyiaran URL yang melanggar dasar dalam video atau dalam metadata video boleh menyebabkan video dialih keluar.

Jika ini kali pertama anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, kemungkinan besar anda akan mendapat amaran tanpa penalti pada saluran anda. Anda akan diberi pilihan untuk menjalani latihan dasar untuk membolehkan amaran tamat tempoh selepas 90 hari. Tempoh 90 hari bermula dari tarikh latihan dilengkapkan, bukan dari tarikh amaran dikeluarkan. Walau bagaimanapun, jika pelanggaran dasar yang sama berlaku dalam tempoh 90 hari itu, amaran mungkin tidak akan tamat tempoh dan saluran anda mungkin akan mendapat bantahan. Jika anda melanggar dasar yang lain selepas melengkapkan latihan, anda akan mendapat satu lagi amaran.

Jika anda mendapat 3 bantahan dalam tempoh 90 hari, saluran anda boleh ditamatkan. Ketahui lebih lanjut tentang sistem bantahan kami.

Kami boleh menamatkan saluran atau akaun anda disebabkan oleh pelanggaran berulang terhadap Garis Panduan Komuniti atau Syarat Perkhidmatan. Kami juga boleh menamatkan saluran atau akaun anda selepas satu kes penyalahgunaan yang teruk, atau jika saluran dikhususkan untuk pelanggaran dasar tertentu. Kami boleh menghalang pesalah berulang daripada menjalani latihan dasar pada masa hadapan. Ketahui lebih lanjut tentang penamatan saluran atau akaun.

Biasakan diri anda dengan Garis Panduan Komuniti yang lainnya.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7177928196974654067
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false