Pertikai tuntutan Content ID

Jika video anda mendapat tuntutan Content ID, anda boleh mempertikaikan tuntutan itu jika anda mempunyai sebab yang sah, seperti:

  • Mempunyai semua hak yang diperlukan untuk menggunakan kandungan dalam video anda.
  • Menggunakan kandungan video yang layak untuk pengecualian hak cipta, seperti penggunaan saksama.
  • Berpendapat video anda telah dikenal pasti secara salah atau kesilapan telah berlaku.
Bantahan hak cipta berbeza daripada tuntutan Content ID. Jika saluran anda mendapat bantahan hak cipta, akses artikel bantahan hak cipta untuk mengetahui lebih lanjut.

Apabila anda mempertikaikan tuntutan Content ID, orang yang menuntut video anda (pihak menuntut) akan dimaklumkan. Pihak menuntut diberi tempoh 30 hari untuk memberikan balasan.

Sebelum anda mengemukakan pertikaian

Sebelum anda mempertikaikan tuntutan Content ID, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang domain awam dan pengecualian hak cipta seperti penggunaan saksama atau urus niaga saksama. Perlu diingat bahawa hal ini BUKAN sebab yang sah untuk mempertikaikan tuntutan:

Jika anda tidak menyerahkan pertikaian, terdapat beberapa cara lain untuk menyelesaikan tuntutan Content ID, seperti mengalih keluar kandungan yang dituntut daripada video anda.

Pada dasarnya, YouTube tidak dapat memutuskan sama ada anda perlu mempertikaikan tuntutan atau tidak. Jika anda tidak pasti tentang perkara yang patut dilakukan, anda boleh mendapatkan nasihat undang-undang sebelum mengemukakan pertikaian.

Perlu diingat bahawa anda hanya perlu mempertikaikan tuntutan jika anda berpendapat anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk menggunakan kandungan yang dituntut. Penyalahgunaan yang berulang atau hasad terhadap proses pertikaian akan mengakibatkan penalti dikenakan terhadap video atau saluran anda.

Serahkan pertikaian

Untuk mempertikaikan tuntutan Content ID:

  1. Buka apl YouTube Studio .
  2. Ketik Kandungan .
  3. Pilih video dengan sekatan hak cipta dan ketik Sekatan.
  4. Pada panel bawah, ketik Semak masalah.
  5. Ketik tuntutan yang berkaitan.
  6. Ketik Pertikaian dalam bahagianTindakan yang boleh anda ambil.
  7. Ikut skrin yang berikut untuk menyerahkan pertikaian.
Nota: Anda mempunyai pilihan untuk Mengemukakan Rayuan untuk tuntutan Content ID yang menyekat video anda. Pilihan ini melangkau langkah pertikaian awal dan memulakan proses pertikaian dengan rayuan. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan Kemukakan Rayuan.

Selepas anda mengemukakan pertikaian

Selepas anda menyerahkan pertikaian, orang yang menuntut video anda (pihak menuntut) diberi tempoh 30 hari untuk memberikan balasan.

Perkara yang boleh dilakukan oleh pihak menuntut
  • Lepaskan tuntutan: Jika pihak menuntut bersetuju dengan pertikaian anda, mereka boleh melepaskan tuntutan mereka. Jika anda telah mengewangkan video sebelum ini, tetapan pengewangan anda akan dipulihkan secara automatik apabila semua tuntutan pada video anda dilepaskan. Ketahui lebih lanjut tentang pengewangan semasa pertikaian Content ID.
  • Kembalikan tuntutan: Jika pihak menuntut berpendapat bahawa tuntutan mereka masih sah, mereka boleh mengembalikan tuntutan itu. Hal ini bermakna pertikaian anda ditolak dan tuntutan itu kekal pada video anda. Anda mungkin layak membuat rayuan terhadap keputusan ini.
  • Serahkan permintaan alih keluar: Jika pihak menuntut berpendapat tuntutan mereka masih sah, mereka boleh menyerahkan permintaan alih keluar hak cipta. Jika permintaan alih keluar tersebut sah, video anda akan dialih keluar daripada YouTube dan saluran anda akan mendapat bantahan hak cipta. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan untuk menyelesaikan bantahan hak cipta.
  • Biarkan tuntutan tamat tempoh: Jika pihak menuntut tidak memberikan balasan dalam tempoh 30 hari, tuntutan mereka terhadap video anda akan tamat tempoh dan dilepaskan daripada video anda.

Ketahui lebih lanjut tentang proses pertikaian dalam bab "Proses Pertikaian untuk Content ID" video ini:

Soalan lazim (FAQ)

Apakah yang berlaku jika pertikaian saya ditolak?
Jika pertikaian anda ditolak, tuntutan akan kekal pada video anda. Jika anda masih berpendapat bahawa tuntutan itu tidak sah, anda mungkin layak membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang cara membuat rayuan terhadap tuntutan Content ID.
Perlu diingat bahawa pihak menuntut boleh menyerahkan permintaan alih keluar hak cipta pada bila-bila masa semasa proses pertikaian. Jika hal ini berlaku dan permintaan alih keluar tersebut sah, video anda akan dialih keluar daripada YouTube dan saluran anda akan mendapat bantahan hak cipta.
Mengapakah pihak menuntut menyemak pertikaian awal dan juga rayuan?

Pertikaian awal dan rayuan disemak oleh pihak menuntut kerana YouTube tidak dapat membuat penentuan pemilikan. YouTube tidak mengetahui kandungan yang telah dilesenkan dengan sewajarnya dan tidak dapat menentukan kelayakan untuk pengecualian hak cipta seperti penggunaan saksama atau urus niaga saksama.

Langkah rayuan akan memastikan semakan yang lebih teliti oleh pihak menuntut kerana, jika mereka memilih untuk mengembalikan tuntutan mereka, mereka perlu menyerahkan permintaan alih keluar hak cipta (proses perundangan) untuk memastikan video anda kekal dialih keluar. Selepas itu, jika anda memutuskan untuk menyerahkan pemberitahuan balas, pihak menuntut perlu memfailkan tuntutan mahkamah untuk memastikan video anda kekal dialih keluar.

Apakah perbezaan antara pilihan pertikaian dengan Kemukakan Rayuan?

Pilihan pertikaian awal boleh mengambil masa hingga 30 hari untuk pihak menuntut memberikan balasan terhadap pertikaian. Jika mereka menolak pertikaian anda, anda mungkin boleh membuat rayuan keputusan. Pihak menuntut diberi 7 hari untuk membalas rayuan tersebut.

Pilihan Kemukakan Rayuan hanya tersedia untuk tuntutan Content ID yang menyekat video anda. Pilihan ini melangkau langkah pertikaian awal, yang memberi pihak menuntut 30 hari untuk membalas, dan memulakan proses dengan rayuan. Pihak menuntut kemudiannya diberi 7 hari untuk memberikan balasan, maka proses boleh diselesaikan lebih pantas.

Jika pihak menuntut menolak rayuan anda, mereka boleh menyerahkan permintaan alih keluar hak cipta. Jika permintaan alih keluar tersebut sah, video anda akan dialih keluar daripada YouTube dan saluran anda akan mendapat bantahan hak cipta. Perlu diingat bahawa anda masih boleh menyerahkan pemberitahuan balas jika anda yakin bahawa permintaan alih keluar tidak sah.

Adakah berbilang tuntutan Content ID boleh dikenakan terhadap satu video?
Ya, satu video boleh mendapat beberapa tuntutan Content ID. Harap maklum bahawa satu video juga boleh mendapat lebih daripada satu permintaan alih keluar, tetapi hanya boleh mendapat satu bantahan hak cipta pada satu-satu masa.
Jika saya tidak mempertikaikan tuntutan Content ID, bagaimanakah boleh saya menyelesaikan tuntutan ini?
Jika anda memilih untuk tidak mengemukakan pertikaian, terdapat cara lain untuk menyelesaikan tuntutan Content ID, seperti mengalih keluar kandungan yang dituntut daripada video anda.
Bolehkah saya membatalkan pertikaian yang telah diserahkan?
Tidak, setelah anda menyerahkan pertikaian, pertikaian ini tidak boleh dibatalkan.

Maklumat lanjut

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10834057204477860078
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false