Promosikan strim langsung anda

Tindakan mempromosikan acara dapat membantu anda menarik khalayak yang lebih ramai. Yang berikut merupakan beberapa petua pantas untuk membantu anda bermula.

Sebelum acara

  • Buat treler saluran atau video penarik dan promosikan acara tersebut.
  • Kongsikan pautan penstriman anda sekurang-kurangnya 48 jam sebelum anda bersiaran secara langsung.
  • Sambungkan akaun media sosial anda kepada saluran anda untuk memudahkan perkongsian.
  • Benamkan URL pada laman web anda dan hantar pautan kepada blog, yang mungkin mahu memaparkan kandungan anda.
  • Buat Bahagian Langsung untuk memaparkan acara langsung dan akan datang pada saluran anda.
  • Tambah Laman Web yang Berkaitan. Laman web ini akan membantu kami meningkatkan kualiti hasil carian dan mengesahkan saluran anda sebagai perwakilan rasmi bagi jenama anda pada YouTube.
  • Gunakan teknik pengoptimuman pada saluran dan video anda.

Semasa acara

  • Buat klip sorotan acara semasa acara masih bersiaran secara langsung.
  • Nota: Pelanggan mungkin mendapat pemberitahuan tentang Acara umum anda dalam suapan halaman utama mereka.
  • Nota: Pelanggan akan menemukan strim langsung dalam bahagian Bahan untuk Ditonton Seterusnya.
  • Anda juga boleh mengemaskinikan imej sepanduk anda untuk menyertakan nama, tarikh dan masa acara.

Selepas acara

  • Arkib strim langsung akan dimuat naik secara automatik pada saluran anda secara lalai. Tindakan menetapkan keterlihatan arkib strim langsung kepada "Umum" boleh meningkatkan jangkauan strim masa hadapan anda.
  • Susun klip arkib dan sorotan dalam senarai main.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15568375721784893415
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false