Untuk membolehkan video atau video Shorts anda layak untuk pengewangan, kandungan mestilah asli dan tidak berulang, antara syarat lain bagi dasar pengewangan saluran YouTube kami. Selain itu, pastikan anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk menggunakan secara komersial semua elemen visual dan audio dalam kandungan anda.
Garis panduan untuk kandungan yang anda buat:
- Ikut Garis Panduan Komuniti YouTube
- Buat semua elemen video sendiri. Contoh termasuk:
- Vlog harian
- Video kediaman
- Video kerja bertukang sendiri
- Tutorial
- Video muzik asal
- Filem pendek asal
- Video Shorts bersama atau tanpa kandungan adunan semula
- Pastikan anda mempunyai semua hak yang diperlukan untuk menggunakan secara komersial semua visual yang anda buat.
- Perlu diingat bahawa pengiklan lebih berkemungkinan untuk meletakkan iklan pada kandungan mesra pengiklan.
Garis panduan untuk kandungan yang bukan anda buat:
- Dapatkan kebenaran untuk menggunakan dan mengewangkan kandungan ini pada YouTube.
- Pastikan anda memahami cara hak cipta berfungsi.
- Pastikan anda memahami dasar spam YouTube.
Bolehkah saya mengewangkan video saya jika...?
Klik perkara di bawah untuk mengetahui sama ada jenis kandungan anda boleh diwangkan atau tidak dan sama ada anda perlu memberikan bukti bagi hak penggunaan komersial atau tidak untuk menggunakan kandungan tersebut.
Saya membuat semua kandungan audio dan visual
Anda boleh mengewangkan kandungan yang anda buat selagi anda masih mempunyai hak terhadap video tersebut.
Jika anda menandatangani kontrak dengan label muzik, anda mungkin boleh mengewangkan video anda, bergantung pada syarat atau pengehadan bagi perjanjian tersebut. Anda mungkin perlu merujuk peguam.
Perisian pengeditan audio dan visual boleh digunakan untuk membuat kandungan boleh diwangkan. Pengewangan bergantung pada skop, pengehadan, dan kebenaran komersial bagi lesen. Jika anda menggunakan sampel atau gelung, pastikan bahawa lesen tersebut membenarkan penggunaan komersial secara khusus. Untuk mengadun semula kandungan pada video Shorts, ikut garis panduan ini.
Anda boleh mengewangkan kandungan tanpa royalti atau Creative Commons apabila perjanjian lesen memberi anda hak untuk menggunakan kandungan tersebut secara komersial. Kadangkala pemilik hak menghendaki anda memberikan penghargaan kepada pencipta kandungan atau memberikan bukti pembelian untuk menggunakan kandungan itu dalam video anda untuk tujuan komersial.
Ketahui lebih lanjut tentang cara membaca lesen untuk memahami hak anda.
Anda boleh mengewangkan kandungan sedemikian, tetapi anda perlu mempunyai kebenaran bertulis yang jelas yang memberi anda hak penggunaan komersial pada bila-bila masa oleh pemegang hak.
Jika anda mahu mengewangkan kandungan permainan video, hak penggunaan komersial perlu diberikan kepada anda oleh lesen daripada penerbit permainan video. Sesetengah penerbit permainan video mungkin membenarkan anda menggunakan semua kandungan permainan video untuk penggunaan komersial. Maklumat ini boleh disahkan dalam perjanjian pelesenan mereka.
Dalam perjanjian pelesenan yang lain, penerbit mungkin tidak memberikan hak komersial bagi video yang hanya menunjukkan cara main untuk tempoh yang lama. Bagi syarat pelesenan, penggunaan permainan video mestilah minimum melainkan ulasan memberikan:
- Nilai pengajaran/pendidikan
- Terikat dengan tindakan yang ditunjukkan
Kandungan antara muka pengguna perisian yang anda hasilkan boleh diwangkan, tetapi kandungan ini juga bergantung pada hak penggunaan komersial yang diberikan oleh lesen perisian tersebut.
Kadangkala, anda mungkin perlu mempunyai kontrak dengan penerbit atau bukti bahawa anda telah membayar yuran pelesenan. Penggunaan antara muka pengguna perisian mestilah minimum melainkan ulasan memberikan:
- Nilai pengajaran/pendidikan
- Kandungan terikat dengan tindakan yang ditunjukkan
Ketahui lebih lanjut tentang kandungan permainan video dan perisian.
Untuk membolehkan kandungan tersedia dalam domain awam, hak cipta bagi karya tersebut telah sama ada tamat tempoh, dibatalkan, atau tidak berkenaan lagi. Jika anda membuktikan bahawa kandungan dalam video anda adalah sebahagian daripada domain awam, anda boleh membuat pengewangan.
Nota: Hal ini bergantung pada skop, pengehadan, dan kebenaran lesen komersial.
Sesetengah lagu nyanyian semula mungkin layak untuk pengewangan. Untuk layak diwangkan, penerbit muzik mestilah menuntut lagu melalui sistem Content ID dan memilih untuk mengewangkan lagu tersebut.
Jika lagu tersebut belum dituntut, anda tidak boleh mengewangkan video anda. Kebenaran bertulis yang jelas daripada pemilik hak lagu tersebut perlu diberikan terlebih dahulu.
Penggunaan apa-apa rakaman bunyi komersial, seperti rakaman instrumen, karaoke, atau persembahan konsert secara langsung oleh artis tidak layak untuk pengewangan.
Ketahui lebih lanjut tentang pengewangan video nyanyian semula yang layak.
Walaupun anda mungkin telah merakamkan kandungan sendiri, biasanya pencipta atau penulis asal bagi kandungan tersebut mempunyai hak yang diperlukan untuk memanfaatkan kandungan ini dari segi komersial.
Jika anda mahu mengewangkan rakaman anda bagi persembahan konsert atau pertunjukan, anda memerlukan kebenaran bertulis yang jelas daripada pemilik hak yang asal.
Walaupun anda mungkin telah merakamkan kandungan sendiri, pencipta atau penulis bagi kandungan yang dirakamkan mempunyai hak yang diperlukan untuk memanfaatkan kandungan ini dari segi komersial.
Untuk mengewangkan rakaman anda daripada rancangan TV, DVD, atau CD, anda memerlukan kebenaran bertulis daripada pemilik hak bagi elemen audio atau visual yang dirakamkan.
Walaupun anda mungkin telah membeli item sendiri, biasanya pencipta atau penulis asal bagi item tersebut mempunyai kebanyakan hak yang diperlukan untuk memanfaatkan kandungan dalam item ini dari segi komersial.
Anda tidak boleh mengewangkan kandungan pihak ketiga yang telah anda beli melainkan pemilik hak kandungan itu memberi anda hak penggunaan komersial.
Walaupun anda mungkin telah menemukan kandungan dalam talian secara percuma, biasanya pencipta sebenar kandungan itu mempunyai kebanyakan hak yang diperlukan untuk memanfaatkan kandungan ini dari segi komersial.
Jika anda mahu mengewangkan kandungan sedemikian, pastikan bahawa anda mempunyai semua hak penggunaan komersial yang diperlukan untuk kandungan tersebut.
Anda boleh mengewangkan muzik daripada Pustaka Audio YouTube.
Penggunaan komersial kurang berkemungkinan untuk dianggap sebagai "penggunaan saksama", walaupun pengewangan video boleh dibuat dan memanfaatkan pembelaan penggunaan saksama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Penggunaan saksama pada YouTube.
Masih memerlukan bantuan?
Jika anda masih tidak pasti akan jenis kandungan yang boleh atau tidak boleh anda wangkan, semak garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Ketahui lebih lanjut tentang cara hak cipta dikuatkuasakan pada YouTube.