Laman Utama
Jika ini kali pertama anda menggunakan YouTube atau belum pernah log masuk, halaman Laman Utama akan memaparkan kepada anda video yang paling popular pada YouTube. Setelah anda log masuk dan mula menonton video, halaman Laman Utama akan memaparkan video yang disyorkan kepada anda berdasarkan pilihan dan aktiviti anda pada YouTube. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus syor anda.
Semasa anda meneroka, anda boleh mengklik logo YouTube pada bahagian atas sebelah kiri pada bila-bila masa untuk kembali kepada halaman Laman Utama.
Carian
Bar Carian membantu anda menemukan video yang mahu anda tonton pada YouTube. Masukkan perkara yang mahu anda cari, kemudian tapis hasil carian mengikut video, saluran atau senarai main. Pilihan dan aktiviti anda pada YouTube akan mempengaruhi hasil Carian. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus hasil carian anda.
Panduan
Buka Panduan untuk meneroka ciri seperti:
- Laman Utama
- Langganan
- Pustaka
- Sejarah
- Video anda
- Filem anda
- Tonton kemudian
- Video yang disukai
- Teroka
- Lagi daripada YouTube
- Tetapan
- Sejarah laporan
- Bantuan
- Hantar maklum balas
Langganan
Suapan Langganan anda memaparkan kepada anda video terbaharu daripada saluran yang anda langgan sahaja. Tindakan mengklik kerja seni saluran akan membawa anda terus kepada saluran tersebut. Ketahui lebih lanjut cara melanggan saluran.
Sejarah
Sejarah memaparkan kepada anda senarai video yang telah anda tonton sebelum ini pada YouTube. Anda juga boleh melihat dan mengurus sejarah tontonan, sejarah carian dan ulasan anda serta pelbagai lagi. Ketahui cara mengurus sejarah tontonan dan sejarah carian anda.
Video anda
Video yang telah anda muat naik, termasuk video umum, peribadi dan tidak tersenarai, boleh ditemukan dalam bahagian Video anda. Ketahui lebih lanjut cara memuat naik video.
Filem anda
Video yang telah anda beli boleh ditemukan dalam bahagian Filem anda. Ketahui lebih lanjut cara membeli video.
Tonton Kemudian
Tonton Kemudian memaparkan kepada anda senarai main video yang telah anda simpan dengan mengklik “Tonton Kemudian”. Ketahui cara mengurus senarai main Tonton Kemudian anda.
Video yang disukai
Video yang disukai memaparkan senarai semua video yang telah anda “sukai” dengan mengklik butang Suka video. Ketahui lebih lanjut tentang menyukai dan tidak menyukai video.
Teroka
Bahagian Teroka memaparkan halaman sohor kini dan destinasi. Anda boleh memilih daripada kategori yang berikut: Sohor Kini, Permainan, Berita, Muzik, Filem & Rancangan, Langsung, Fesyen & Kecantikan, Kursus atau Pembelajaran (kategori yang dipaparkan berbeza-beza mengikut lokasi), Sukan, Audio Siar dan Beli-belah (tersedia di AS, IN dan BR).
Lagi daripada YouTube
Bahagian Lagi daripada YouTube mengandungi pautan kepada produk dan ciri YouTube yang lain, seperti YouTube Premium, Filem & Rancangan, Permainan, Langsung, Fesyen & Kecantikan dan Pembelajaran.
Hantar
Jika anda mempunyai Chromecast, TV Pintar atau peranti penstriman yang disokong, anda boleh menyambungkan apl YouTube anda menggunakan butang Hantar . Ketahui cara menyambungkan peranti untuk menonton YouTube di TV.
Buat
Klik Buat pada bahagian atas sebelah kanan untuk memuat naik video kepada saluran anda atau untuk membuat strim langsung. Ketahui lebih lanjut tentang memuat naik video dan memulakan strim langsung.
Pemberitahuan
Apabila anda mengklik butang pemberitahuan pada bahagian atas sebelah kanan, senarai pemberitahuan anda akan dipaparkan. Anda juga boleh melaraskan tetapan pemberitahuan anda dengan mengklik ikon
. Ketahui lebih lanjut tentang mengurus pemberitahuan YouTube anda.
Gambar profil & tab Anda
Klik gambar profil pada bahagian atas sebelah kanan untuk mengakses maklumat dan tetapan akaun anda. Anda juga boleh mengakses panduan dan mengklik Anda. Ketahui lebih lanjut perkara yang terdapat pada tab Anda.