Gunakan YouTube dengan pembaca skrin

Dapatkan pengalaman YouTube yang terbaik dengan pembaca skrin komputer menggunakan petua pada halaman ini. Pintasan papan kekunci dihidupkan secara automatik apabila anda menggunakan YouTube.

Buat carian pada YouTube dan dapatkan hasil carian

Cari video YouTube

  1. Akses YouTube.
  2. Akses Kotak carian pada bahagian atas halaman dengan kekunci / pada papan kekunci. 
  3. Masukkan istilah carian dan tekan Enter.

Hasil carian

Halaman hasil carian mengandungi bahagian "Adakah anda maksudkan" yang mencadangkan perkataan yang betul jika anda tersilap eja mana-mana perkataan. Setiap hasil carian mengandungi maklumat yang berikut:

  • Tajuk video  -- memilih tajuk itu akan memainkan video. 
  • Nama saluran yang menyiarkan video itu.
  • Tarikh video dimuat naik dan bilangan tontonan.
  • Coretan daripada perihalan video.

Pemain YouTube

Apabila anda mengklik video, anda akan mengakses pemain video YouTube. Yang berikut ialah bahagian yang akan anda gunakan dalam pemain:

Pengepala bahagian

H1 bagi tajuk video

Pada pemain

  • Peluncur seret cari: Peluncur seret cari digunakan untuk mundar laju atau mandir video. Untuk menggunakan peluncur seret cari, matikan kursor Maya dahulu, kemudian tab kepada peluncur. Gunakan kekunci anak panah ke kiri/kanan atau atas/bawah untuk mundar laju/mandir video.
  • Mainkan/jeda: Teks butang bertukar berdasarkan status video. Untuk memainkan video, pilih butang Main atau K selepas video berhenti bermain.
  • Seterusnya: Butang ini membolehkan anda melangkau kepada video seterusnya. Jika anda tidak mempunyai butang media, anda boleh juga melangkau kepada video seterusnya menggunakan Shift+N
  • Redam/nyahredam: Butang ini bertukar bergantung pada sama ada video diredamkan atau tidak.
  • Peluncur kelantangan: Gunakan kekunci anak panah ke kiri/kanan atau atas/bawah untuk meningkatkan/menurunkan kelantangan.
  • Masa berlalu/jumlah tempoh: Bahagian ini memaparkan jumlah masa yang berlalu berbanding dengan jumlah tempoh video. Bahagian ini memaparkan masa video yang telah dimainkan dan mas yang berbaki untuk dimainkan kepada anda. 
  • SK (Sari kata): Jika video menawarkan sari kata, anda boleh mengaktifkan sari kata menerusi pintasan C . Sari kata akan dipaparkan pada bahagian bawah video. Untuk mematikan sari kata, gunakan pintasan C sekali lagi.

Tetapan 

Butang tetapan ini membuka menu yang membolehkan anda membuat perubahan yang berikut:

  • Anotasi: Hidupkan atau matikan anotasi.
  • Kelajuan main balik: Pilih kelajuan video daripada normal, dilajukan, atau diperlahankan.
  • Sari kata/SK: Hidupkan atau matikan sari kata. Anda juga boleh memilih bahasa sari kata di sini, atau memilih terjemahan automatik.
  • Kualiti: Pilih kualiti piksel video yang sdang sedang anda tonton. Peleraian yang tersedia bergantung pada cara video itu dimuat naik dan kelajuan Internet anda. Kami mengesyorkan agar anda membiarkan pilihan ini pada Automatik supaya kualiti video dipilih berdasarkan kelajuan Internet anda.

Mod teater

Pilih Mod wayang  untuk mengembangkan pemain. Untuk kembali kepada saiz pemain yang asal, pilih mod itu sekali lagi.

Skrin penuh

Memilih Skrin penuh  memaksimumkan pemain mengikut saiz skrin anda dan mengalih keluar semua unsur pada bahagian luar pemain. Untuk keluar daripada mod skrin penuh, pilih Escape.

Skrin penuh juga berguna jika anda mahu mengalih keluar elemen tambahan dalam halaman HTML pada sekeliling pemain. Mod ini akan mengekalkan pemain sahaja.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14996934767658095486
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false