Ikhtisar dasar iklan

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui dasar yang mestilah dipatuhi oleh semua pengiklan dan cara kami menyemak iklan.

Dasar kami

Untuk menyiarkan iklan pada YouTube, anda perlu mematuhi:

Garis panduan dasar

Yang berikut ialah maklumat tentang garis panduan dasar kami dengan lebih terperinci:

Kandungan yang dilarang

Kandungan yang tidak boleh anda iklankan pada Rangkaian Google

Amalan yang dilarang

Tindakan yang dilarang apabila membuat pengiklanan dengan kami

Kandungan terhad

Kandungan yang boleh anda iklankan, namun dengan pengehadan

Editorial dan teknikal

Standard kualiti untuk iklan, laman web dan apl anda

Dasar penting yang lain

Iklan adalah sangat menonjol apabila dipaparkan pada YouTube. Pautan yang berikut termasuk dasar lain yang digunakan pada mana-mana iklan yang disiarkan pada platform kami:

Tempat dasar digunakan

Dasar kami digunakan pada semua bahagian kandungan anda, termasuk:

  • Teks dalam iklan
  • Elemen kreatif dalam iklan
  • Kandungan laman anda atau kandungan saluran atau video anda

Setelah iklan anda dibuat, iklan itu akan disemak secara automatik. Ketahui lebih lanjut tentang proses semakan iklan kami di bawah.

Cara kami menyemak iklan

Selepas anda membuat atau mengedit iklan atau sambungan, proses semakan bermula secara automatik.

Butiran semakan iklan

Apa yang kami semak

  • Tajuk
  • Perihalan
  • Kata kunci
  • Destinasi
  • Imej
  • Video.

Perkara yang dipertimbangkan oleh jurusemak

Memandangkan video merupakan format yang begitu unik, kami mempunyai pertimbangan yang khusus apabila menilai iklan anda, seperti:

  • Titik fokus video
  • Sudut kamera dan adegan sepintas lalu
  • Kejelasan imej yang dipaparkan kepada pengguna kami

Tindakan yang boleh anda ambil

Konteks adalah penting dan menambahkan konteks membantu kami membuat keputusan yang betul. Sistem kami tidak sentiasa tepat. Jika sistem kami menandai iklan anda sebagai “Tidak Diluluskan”, anda boleh mengambil langkah untuk membetulkan status ini dengan mengikut arahan di sini. Jurusemak kami akan menilai kandungan dan konteks anda untuk membuat keputusan terakhir.

Ketahui lebih lanjut tentang proses kelulusan iklan kami.

Perihal dasar kami

YouTube beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan pengiklanan dengan dasar adil dan tekal yang memanfaatkan pengguna, pengiklan, dan rakan kongsi kami. Untuk mencapai matlamat ini, kami memelihara standard yang tinggi untuk iklan yang diterima pada laman kami. Standard ini juga termasuk yang dirangkumi oleh garis panduan dan dasar teknikal, komuniti dan, pengiklanan kami.

Butiran dasar iklan
Kami berhak menukar dasar pengiklanan kami pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu. Kami menggalakkan anda untuk menyemak semula dengan kerap untuk membaca kemaskinian terkini. Rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam program Dijual oleh Rakan Kongsi mestilah mematuhi dasar iklan dan syarat pengebilan kami. Kadangkala iklan mungkin terhad kepada yang dijual atau diberikan oleh YouTube disebabkan oleh pengehadan teknikal atau dasar.
Dasar ini mungkin digunakan berdasarkan teks atau elemen kreatif yang lain dalam iklan anda. Dasar ini juga mungkin digunakan berdasarkan kandungan laman, saluran atau video anda. Pelaksanaan dasar kami akan sentiasa melibatkan unsur budi bicara dan kami berhak menolak atau meluluskan sebarang iklan. Kami juga mungkin menggantung atau melumpuhkan mana-mana kempen promosi, disebabkan oleh pelanggaran dasar ini. Kami juga berhak mengalih keluar sebarang iklan daripada laman yang kami anggap mengganggu atau tidak sesuai. Ambil maklum bahawa anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa iklan anda mematuhi garis panduan ini. Bayaran balik tidak akan dikeluarkan untuk promosi dengan iklan atau video yang dilumpuhkan, digantung, atau dikenakan sekatan umur akibat pelanggaran dasar.
Dasar pengiklanan dan kandungan YouTube melengkapkan Syarat Penggunaan kami. Dasar ini juga merangkumi produk dan perkhidmatan DoubleClick, termasuk halaman utama dan iklan paparan, program penglibatan tersuai, dan iklan mudah alih.
Anda mewakili dan memberi jaminan melalui penggunaan YouTube anda atau program pengiklanan YouTube bahawa laman web, video, atau pengiklanan anda mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Undang-undang dan peraturan ini termasuk apa-apa garis panduan kawal selia atau industri yang berkaitan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11818971804900330370
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false