Rayuan terhadap bantahan Garis Panduan Komuniti atau pengalihan keluar video

Kandungan ini membincangkan cara membuat rayuan terhadap bantahan dan pengalihan keluar Garis Panduan Komuniti. Jika video anda dialih keluar atas sebab hak cipta, ketahui pilihan anda untuk bantahan hak cipta.

Apabila kami mengalih keluar kandungan anda untuk pelanggaran Garis Panduan Komuniti, anda mungkin dikenakan bantahan. Bantahan dikenakan apabila kandungan pada YouTube dibenderakan untuk menjalani semakan, sama ada oleh ahli komuniti YouTube atau teknologi pengesanan pintar kami, dan pasukan semakan kami memutuskan bahawa kandungan tidak mematuhi Garis Panduan Komuniti kami. Jika saluran anda dikenakan bantahan, anda akan menerima e-mel, pemberitahuan pada peranti mudah alih dan desktop, dan makluman dalam tetapan saluran anda apabila anda log masuk ke YouTube.

Sebelum anda bermula, semak dasar yang berkaitan dengan bantahan. Kami juga menyenaraikan contoh kandungan yang mengakibatkan bantahan Garis Panduan Komuniti. Untuk amaran dan bantahan, anda boleh membuat rayuan selama 6 bulan selepas amaran atau bantahan dikenakan. Untuk pengalihan keluar kandungan, anda diberi masa hingga 1 tahun selepas kandungan anda dialih keluar untuk menyerahkan rayuan. Tempoh 1 tahun ini digunakan untuk semua jenis pengalihan keluar kandungan termasuk video, siaran, senarai main, lakaran kecil dan URL. 

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam Menu kiri, klik Kandungan.
  3. Akses video yang mahu disertakan dalam rayuan.
  4. Dalam lajur “Sekatan”, tuding kursor pada jenis sekatan dan klik Rayuan.
  5. Masukkan sebab anda mengemukakan rayuan dan klik Serah.

Jika kandungan ialah senarai main atau lakaran kecil:

Anda akan menerima e-mel jika senarai main atau lakaran kecil anda dialih keluar kerana melanggar Garis Panduan Komuniti kami. Jika anda berpendapat bahawa kandungan anda tidak melanggar Garis Panduan Komuniti dan dialih keluar secara salah, gunakan borang yang disediakan dalam e-mel untuk membuat rayuan.

Nota: Pemadaman video tidak akan menyelesaikan bantahan tersebut. Jika anda memadamkan video, bantahan akan kekal pada saluran anda dan anda tidak dapat membuat rayuan lagi.

Jika anda telah menerima bantahan Garis Panduan Komuniti bagi pautan dalam kandungan anda, pastikan anda mengetahui dasar dan proses rayuan kami bagi pautan dalam kandungan anda.

Rayuan terhadap bantahan Garis Panduan Komuniti

Apabila kami mengalih keluar kandungan anda untuk pelanggaran Garis Panduan Komuniti, anda mungkin dikenakan bantahan. Bantahan dikenakan apabila kandungan pada YouTube dibenderakan untuk menjalani semakan, sama ada oleh ahli komuniti YouTube atau teknologi pengesanan pintar kami, dan pasukan semakan kami memutuskan bahawa kandungan tidak mematuhi Garis Panduan Komuniti kami. Jika saluran anda dikenakan bantahan, anda akan menerima e-mel, pemberitahuan pada peranti mudah alih dan desktop, dan makluman dalam tetapan saluran anda apabila anda log masuk ke YouTube.

Sebelum anda bermula, semak dasar yang berkaitan dengan bantahan. Kami juga menyenaraikan contoh kandungan yang mengakibatkan bantahan Garis Panduan Komuniti. Anda boleh membuat rayuan selama 6 bulan selepas amaran atau bantahan dikenakan. 

Rayuan terhadap bantahan 

  1. Akses Papan Pemuka dalam YouTube Studio.
  2. Pilih kad pelanggaran Saluran.
  3. Pilih RAYUAN.
Nota: Pemadaman video tidak akan menyelesaikan bantahan tersebut. Jika anda memadamkan video, bantahan akan kekal pada saluran anda dan anda tidak dapat membuat rayuan lagi.

Jika anda telah menerima bantahan Garis Panduan Komuniti bagi pautan dalam kandungan anda, pastikan anda mengetahui dasar dan proses rayuan kami bagi pautan dalam kandungan anda.

Jika kandungan ialah senarai main atau lakaran kecil:
Anda akan menerima e-mel jika senarai main atau lakaran kecil anda dialih keluar kerana melanggar Garis Panduan Komuniti kami. Jika anda berpendapat bahawa kandungan anda tidak melanggar Garis Panduan Komuniti dan dialih keluar secara salah, gunakan borang yang disediakan dalam e-mel untuk membuat rayuan.

Nota: Video boleh dialih keluar atas pelbagai sebab. Jika anda menghadapi masalah membuat rayuan terhadap pengalihan keluar video, kandungan anda mungkin telah dialih keluar atas sebab selain pelanggaran Garis Panduan Komuniti. Anda boleh menyelesaikan masalah pengalihan keluar video dalam artikel Pusat Bantuan ini. 

Selepas anda menyerahkan rayuan

Anda akan menerima e-mel daripada YouTube yang memaklumi anda keputusan permintaan rayuan anda. Salah satu perkara yang berikut akan berlaku:

  • Jika kami mendapati kandungan anda mematuhi Garis Panduan Komuniti kami, kandungan anda akan dikembalikan dan bantahan akan dialih keluar daripada saluran anda. Jika anda membuat rayuan terhadap amaran dan rayuan diterima, kesalahan seterusnya akan dikenakan amaran.
  • Jika kami mendapati kandungan anda mematuhi Garis Panduan Komuniti, tetapi tidak sesuai untuk semua lapisan khalayak, kami akan mengenakan sekatan umur. Jika kandungan anda ialah video, video itu tidak akan dipaparkan kepada pengguna yang log keluar, berumur bawah 18 tahun, atau menetapkan Mod Sekatan kepada hidup. Jika kandungan anda ialah lakaran kecil tersuai, lakaran itu akan dialih keluar.
  • Jika kami mendapati kandungan anda melanggar Garis Panduan Komuniti kami, bantahan akan dikekalkan dan video itu akan kekal dialih keluar daripada laman. Tiada penalti tambahan bagi rayuan yang ditolak.

Anda boleh membuat rayuan sekali sahaja terhadap setiap bantahan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
6176712595035722546
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
true
true
59
false
false
false
false