Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube untuk mengurus kandungan berhak cipta mereka.
Untuk dapat memuat naik video pada YouTube menerusi SFTP atau Aspera, anda akan memerlukan 4 maklumat yang berikut untuk menyediakan akaun dropbox anda:
- Nama Google Account yang akan dimuat naik dengan video anda. Akaun hendaklah merupakan Google Account yang telah anda daftarkan.
- Nama akaun dropbox. Akaun hendaklah disediakan oleh Pengurus Akaun Teknikal YouTube anda.
- Bahagian awam pasangan kunci SSH. Lihat arahan bagi cara menjana kunci ini pada pelbagai platform dan cara menambahkan kunci ini pada konfigurasi akaun dropbox YT anda dalam CMS.
- Alamat e-mel untuk memaklumi anda setelah video disiarkan pada laman selepas dihantar kepada dropbox. Alamat e-mel ini hendaklah sama ada alias e-mel pasukan atau senarai alamat yang dipisahkan dengan tanda titik bertindih. Kami akan menggunakan alamat e-mel ini untuk memaklumi anda sekiranya ralat berlaku.