Anda boleh menambahkan video atau senarai main YouTube pada laman web atau blog dengan membenamkan video atau senarai main.
Jika anda pendidik, hubungi platform Teknologi Pendidikan anda untuk mendapatkan maklumat tentang cara membenamkan kandungan YouTube untuk kelas anda.
Benamkan video atau senarai main
- Pada komputer, akses video atau senarai main YouTube yang mahu anda benamkan.
- Klik KONGSI
.
- Daripada senarai pilihan Kongsi, klik Benam.
- Daripada petak yang dipaparkan, salin kod HTML.
- Tampalkan kod pada HTML laman web anda.
- Untuk pentadbir rangkaian: Anda perlu menambahkan youtube.com pada senarai putih tembok api.
- Penting: Jika laman web atau apl anda berorientasikan kanak-kanak dan anda membenamkan kandungan YouTube, anda mestilah menetapkan laman atau apl anda sendiri menggunakan alatan ini. Penetapan kendiri ini akan memastikan Google tidak menyiarkan iklan diperibadikan pada laman atau apl ini dan sesetengah ciri akan dimatikan dalam pemain dibenamkan.
Urus pilihan pembenaman video
Hidupkan mod privasi dipertingkatkanMod Privasi Dipertingkatkan untuk pemain dibenamkan YouTube mengelakkan penggunaan tontonan kandungan dibenamkan YouTube daripada mempengaruhi pengalaman semakan imbas penonton pada YouTube. Perkara ini bermakna bahawa tontonan video yang dipaparkan dalam Mod Privasi Dipertingkatkan menerusi pemain dibenamkan tidak akan digunakan untuk memeribadikan pengalaman semakan imbas YouTube, sama ada dalam pemain dibenamkan dengan Mod Privasi Dipertingkatkan anda atau dalam pengalaman tontonan YouTube seterusnya oleh penonton.
Jika iklan yang disiarkan pada video dipaparkan dalam Mod Privasi Dipertingkatkan pemain dibenamkan, iklan itu juga tidak diperibadikan. Selain itu, tontonan video yang dipaparkan dalam Mod Privasi Dipertingkatkan bagi pemain dibenamkan tidak akan digunakan untuk memeribadikan pengiklanan yang dipaparkan kepada penonton pada luar laman atau apl anda.
Sebagai peringatan, Syarat Perkhidmatan YouTube API dan Dasar Pembangun digunakan terhadap semua akses dan penggunaan pemain YouTube yang dibenamkan.
Untuk menggunakan Mod Privasi Dipertingkatkan:
- Tukar domain bagi URL benam dalam HTML anda daripada https://youtube.com kepada https://youtube-nocookie.com.
- Untuk pentadbir rangkaian: Anda perlu menambahkan youtube-nocookie.com pada senarai putih tembok api.
- Untuk kegunaan dalam aplikasi, gunakan tika Paparan Web pemain dibenamkan. Mod Privasi Dipertingkatkan tersedia untuk pemain dibenamkan pada laman web sahaja.
- Penting: Jika laman web atau apl anda berorientasikan kanak-kanak, anda mestilah menetapkan laman atau apl anda sendiri menggunakan alatan ini, seperti yang diperlukan oleh Syarat Perkhidmatan API YouTube dan Dasar Pembangun, walaupun anda membenamkan video YouTube dengan pemain Mod Privasi Dipertingkatkan.
Contoh:
Sebelum
<iframe width="1440" height="762"
src="https://youtube.com/embed/7cjVj1ZyzyE"
frameborder="0" allow="autoplay; encrypted-media" allowfullscreen></iframe>
Selepas
<iframe width="1440" height="762" src="https://youtube-nocookie.com/embed/7cjVj1ZyzyE"
frameborder="0" allow="autoplay; encrypted-media" allowfullscreen></iframe>
Nota: Jika penonton mengklik atau mengetik keluar daripada benam dan diubah hala kepada laman web atau apl lain, laman web atau apl itu mungkin menjejaki gelagat penonton mengikut dasar dan terma laman web atau apl tersebut.
Untuk memastikan video dibenamkan dimainkan secara automatik, tambahkan "&autoplay=1" pada kod benam video selepas ID video ( siri huruf yang menyusuli "embed/").
Video dibenamkan yang dimainkan secara automatik tidak meningkatkan tontonan video.
Contoh:
<iframe width="560" height="315" src="https://youtube.com/embed/D6Ac5JpCHmI?&autoplay=1"frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Untuk membuat video mula dimainkan daripada titik masa yang tertentu, tambahkan “?start=” pada kod benam, diikuti oleh masa dalam saat yang anda mahu video mula dimainkan.
Sebagai contoh, jika anda mahu video bermula pada 1 minit dan 30 saat dalam video, kod benam anda akan kelihatan begini:
<iframe allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="http://youtube.com/embed/UkWd0azv3fQ?start=90" width="420"></iframe>
Buat sari kata dipaparkan secara automatik untuk video dibenamkan dengan menambahkan "&cc_load_policy=1" pada kod benam video.
Anda juga boleh memilih bahasa sari kata untuk video dibenamkan. Untuk mengkhususkan bahasa sari kata bagi video yang mahu anda benamkan, hanya tambahkan "&cc_lang_pref=fr&cc_load_policy=1" pada kod benam video.
- "cc_lang_pref" menetapkan bahasa bagi sari kata yang dipaparkan dalam video itu.
- "cc_load_policy=1" menghidupkan sari kata secara lalai.
- "fr" mewakili kod bahasa untuk bahasa Perancis. Anda boleh mencari kod bahasa 2 huruf dalam standard ISO 639-1.
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Dalam menu sebelah kiri, pilih Kandungan.
- Di sebelah video yang ingin anda urus, pilih Butiran
.
- Daripada bahagian bawah, pilih TUNJUKKAN LAGI.
- Nyahtandai kotak bersebelahan “Benarkan pembenaman” dan SIMPAN.