Untuk mengesahkan saluran anda, anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon. Kami akan menghantar kod pengesahan melalui teks atau panggilan suara kepada nombor telefon tersebut.
Setelah anda mengesahkan akaun anda, anda boleh:
- Memuat naik video yang lebih panjang daripada 15 minit.
- Menambahkan lakaran kecil tersuai.
- Membuat strim langsung.
- Membuat rayuan terhadap tuntutan Content ID.
Anda juga mungkin diminta untuk mengesahkan akaun anda apabila anda mendaftar. Nota: Bukan semua pembawa menyokong mesej teks dan/atau panggilan suara daripada Google.
Mengapakah YouTube meminta nombor telefon saya?
Kami amat serius tentang spam dan penyalahgunaan. Pengesahan identiti melalui nombor telefon merupakan salah satu cara melindungi komuniti kita dan menangani penyalahgunaan.
Kami menggunakan nombor telefon untuk menghantar kod pengesahan kepada anda. Kami juga memastikan nombor telefon itu dipautkan kepada tidak lebih daripada 2 saluran setiap tahun.
Saya belum menerima kod pengesahan
Anda sepatutnya menerima kod dengan serta-merta. Jika tidak, anda boleh meminta kod baharu. Jika anda tidak menerima kod, anda mungkin menghadapi satu daripada masalah lazim ini:
- Sesetengah pembawa tidak menyokong mesej teks atau panggilan suara daripada Google: Kebanyakan pembawa mudah alih menyokong mesej teks daripada Google. Anda juga boleh mencuba sama ada pilihan mesej teks atau panggilan suara, atau menggunakan nombor telefon daripada pembawa yang berbeza. Jika anda tidak menerima kod baharu, mungkin pembawa anda tidak menyokong mesej teks atau suara Google.
- Terdapat terlalu banyak akaun dengan nombor telefon yang sama: Jika anda menerima mesej ralat, "Nombor telefon ini telah membuat bilangan akaun yang maksimum," anda perlu menggunakan nombor yang berbeza. Untuk mengelakkan penyalahgunaan, satu nombor telefon boleh dikaitkan dengan 2 saluran sahaja setiap tahun.
- Penghantaran mesej teks mungkin tertangguh: Penangguhan boleh berlaku di kawasan yang padat dengan penduduk, atau jika infrastruktur pembawa anda tidak diselenggarakan dengan baik. Jika anda telah menunggu lebih daripada beberapa minit dan masih belum menerima mesej teks kami, cuba pilihan panggilan suara.