Semua peraduan yang dijalankan pada YouTube atau yang menggunakan YouTube adalah tertakluk pada peraturan di bawah. Selain itu, peraduan anda tidak boleh dijalankan atau dilaksanakan dengan cara yang bercanggah dengan Dasar Privasi kami. Kandungan juga tidak boleh bercanggah dengan Syarat Perkhidmatan atau Garis Panduan Komuniti YouTube.
YouTube tidak membenarkan peraduan dijalankan melalui unit iklan. Jika peraduan mematuhi peraturan di bawah, anda boleh menggunakan peraduan melalui kandungan anda pada platform.
I. Sekatan dan Keperluan Umum:
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk peraduan anda.
- Peraduan anda pada YouTube mestilah mematuhi semua undang-undang, peraturan dan syarat persekutuan, negeri dan tempatan yang berkaitan, termasuk sekatan A.S.
- Peraduan anda tidak boleh melanggar atau menggalakkan pelanggaran mana-mana hak pihak ketiga atau penyertaan dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
- Anda tidak boleh meminta penonton memberikan semua hak atau memindahkan pemilikan entri mereka kepada anda.
- Penyertaan dalam peraduan anda mestilah percuma (jangan lupa untuk menyemak undang-undang loteri tempatan anda!).
- Anda dan mana-mana pihak ketiga tidak boleh memanipulasi metrik pada perkhidmatan YouTube untuk membuat salah nyataan interaksi penonton yang tulen dengan perkhidmatan YouTube. Metrik ini termasuk bilangan tontonan, suka, tidak suka atau pelanggan.
- Anda tidak boleh mengaitkan atau menggabungkan YouTube dengan peraduan anda tanpa mendapatkan persetujuan bertulis daripada YouTube dahulu. Peraturan ini melarang, antara contoh lain, menyatakan atau melakukan apa-apa sahaja dengan jelas yang menggambarkan bahawa YouTube telah terlibat dengan atau telah menyokong peraduan anda dengan apa-apa jua cara.
II. Peraturan Peraduan Rasmi Anda:
- Anda perlu mempunyai satu set "Peraturan Rasmi" yang:
a. menyertakan pautan kepada Garis Panduan Komuniti YouTube dan menunjukkan entri yang tidak patuh akan dibatalkan kelayakan.
b. menyatakan semua pendedahan yang diperlukan oleh semua undang-undang, peraturan dan syarat persekutuan, negeri dan tempatan yang bersesuaian, termasuk sekatan A.S.
c. mematuhi dan konsisten sepenuhnya dengan Syarat Perkhidmatan YouTube. - Peraduan anda perlu dilaksanakan dan semua hadiah diberikan seperti yang digariskan dalam Peraturan Rasmi anda.
- Anda bertanggungjawab atas peraturan anda dan semua aspek pentadbiran peraduan anda.
- Peraturan anda perlu menyatakan dengan jelas bahawa YouTube bukan penaja peraduan anda dan memerlukan penonton untuk mengeluarkan YouTube daripada sebarang liabiliti yang berkaitan dengan peraduan anda.
- Anda perlu menyertakan notis privasi yang mematuhi undang-undang dalam Peraturan Rasmi anda. Notis ini menerangkan cara anda akan menggunakan sebarang data peribadi yang anda kumpulkan untuk peraduan tersebut dan mematuhi penggunaan data tersebut.
Penafian: Kami bukan peguam anda dan maklumat yang dipaparkan di sini bukan nasihat undang-undang. Kami memberikan maklumat ini untuk tujuan maklumat dan mencadangkan anda supaya mendapatkan nasihat tentang bidang kuasa anda untuk menjalankan peraduan di sisi undang-undang.