Kami teruja untuk memperkenalkan kombinasi hadiah, cara baharu yang membolehkan penonton menghantar hadiah dan berhubung dengan pencipta serta rakan peminat semasa strim langsung menegak.
Apakah itu kombinasi hadiah?
Kombinasi hadiah membolehkan penonton menghantar hadiah secara berturut-turut untuk menunjukkan sokongan yang berterusan. Yang berikut ialah cara ciri ini berfungsi:
- Mulakan kombinasi: Hantar hadiah untuk memulakan kombinasi.
- Butang Kombinasi: Butang Kombinasi akan dipaparkan untuk pemberi hadiah, lantas memberi mereka pilihan untuk meneruskan kombinasi.
- Teruskan pemberian hadiah: Pengetikan butang Kombinasi akan menghantar hadiah sekali lagi.
- Pembilang kombinasi dapat dilihat oleh semua pengguna: Pembilang kombinasi akan dipaparkan untuk semua pengguna dalam strim langsung, yang menunjukkan sokongan yang semakin bertambah. Hadiah juga disematkan pada skrin selagi kombinasi aktif.
Nota: Lihat kelayakan dan ketersediaan hadiah di sini.
Mengapakah anda perlu menggunakan kombinasi hadiah?
Kombinasi hadiah meningkatkan pengalaman strim langsung dengan memupuk semangat kekitaan dan memberi penonton cara baharu untuk menunjukkan sokongan kepada pencipta secara terbuka. Kombinasi hadiah membolehkan anda:
- Mempertingkatkan Pelibatan Komuniti: Kombinasi hadiah menawarkan cara menarik dan interaktif yang membolehkan penonton menyertai pengalaman strim langsung bersama-sama, sekali gus mewujudkan perkongsian detik yang mengujakan.
- Membina Komuniti: Kombinasi hadiah dapat mengeratkan hubungan antara penonton dengan pencipta serta dalam kalangan penonton itu sendiri dengan menunjukkan sokongan melalui cara yang dapat dilihat dan menarik.
- Menunjukkan Sokongan: Pemberian hadiah secara berulang memberi penonton peluang untuk menunjukkan sokongan berterusan kepada pencipta kegemaran mereka.