Beli produk pada YouTube melalui Semak Keluar yang Dibenamkan

Ciri semak keluar yang dibenamkan pada apl YouTube membolehkan anda membeli produk daripada pencipta kegemaran anda tanpa perlu meninggalkan apl. Anda boleh menyemak imbas dan membeli item sambil terus menonton kandungan mereka. Ketahui lebih lanjut tentang pembelian produk pada YouTube.

Penting: Peruncit bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus pembelian anda dan semua aktiviti. YouTube tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pembelian yang dibuat melalui peruncit.

Kelayakan

  • Pada masa ini, ciri ini terhad kepada peranti Android pada apl YouTube dan hanya tersedia di Korea Selatan.
  • Anda boleh menyemak imbas dan membuat pembelian sebagai tetamu.

Semak imbas dan beli produk bertag pada YouTube

Anda boleh melihat produk bertag dalam video pencipta. Apabila anda menemukan produk yang diinginkan, anda boleh menyemak keluar secara terus pada apl YouTube dengan platform beli-belah tersebut.

Nota: Apabila anda mengakses halaman semak keluar, semua kandungan akan dijeda. Penjedaan ini juga terpakai kepada pelanggan Premium.
  1. Setelah anda menemukan produk, ketik produk tersebut.
  2. Baca perihalan produk atau semak imbas produk lain.
  3. Setelah selesai menyemak imbas produk, anda boleh mengetik Tambahkan pada troli atau Beli sekarang.
  4. Untuk menyemak keluar, masukkan maklumat pembayaran anda melalui laman web peruncit.
  5. Masukkan maklumat pembayaran anda dan semak keluar.

Urus pembelian anda

Anda boleh melihat sejarah pesanan anda untuk mengurus pembelian anda secara terus dengan peruncit atau platform beli-belah.

  1. Pada apl YouTube anda.
  2. Pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik profil anda .
  3. Ketik Pembelian dan keahlian kemudian Pesanan beli-belah YouTube.
  4. Pada pesanan yang mahu diurus, ketik Urus pesanan.
  5. Setelah anda log masuk ke akaun peruncit, anda boleh mengurus pesanan anda secara terus daripada peruncit.

Dapatkan sokongan untuk pesanan anda

Untuk mendapatkan sokongan yang berkaitan dengan pesanan, anda mestilah berhubung secara terus dengan peruncit atau platform beli-belah.

  1. Pada apl YouTube anda.
  2. Pada bahagian bawah sebelah kanan, ketik profil anda .
  3. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik Tetapan .
  4. Ketik Pembelian dan keahlian kemudian Pesanan beli-belah YouTube.
  5. Pada pesanan yang mahu diurus, ketik Perlukan bantuan berkenaan dengan pesanan ini? Lihat cara menghubungi <Retailer Name>.
  6. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pesanan anda, ketik Lihat Soalan Lazim <Retailer Name>. Anda juga boleh menghubungi penjual melalui e-mel atau telefon.
  7. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, ketik Serahkan pertanyaan untuk menghubungi platform beli-beli, Cafe24, secara terus untuk mendapatkan sokongan.

Petua: Selain itu, anda boleh mendapatkan sokongan dengan:

  • Melawati laman web peruncit, menavigasi kepada ‘Perlukan bantuan berkenaan dengan pesanan ini? Lihat cara menghubungi bahagian <retailer's name>’ pada halaman sejarah pesanan.
  • Pada e-mel pengesahan pesanan atau pemberitahuan KaKao, klik pautan kepada halaman “Butiran pesanan”.

Soalan lazim

Bagaimanakah boleh saya mendapatkan bantuan berkenaan dengan pesanan saya?

Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Peruncit tempat anda membuat pesanan boleh membantu anda dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pesanan anda dan anda boleh melihat, membatalkan, memulangkan atau menukar pesanan anda.

Sila hubungi mereka secara terus dengan menggunakan maklumat daripada e-mel pengesahan pesanan anda, pemberitahuan pengesahan pesanan, sejarah pesanan atau daripada maklumat hubungan pada laman web mereka. Ketahui cara anda boleh mendapatkan sokongan untuk pesanan anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghubungi peruncit tetapi mereka tidak memberikan jawapan?

Kami sangat kesal kerana anda tidak dapat menghubungi peruncit. Anda boleh menghubungi platform beli-belah, Cafe24 secara terus, untuk mendapatkan bantuan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak dapat menambahkan item pada troli saya?

Kami sangat kesal kerana anda menghadapi masalah ini. Untuk menyelesaikan masalah ini, sila cuba penyelesaian masalah yang berikut:

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4786744027303432700
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false