Klip Video pada YouTube Studio

Jika anda merupakan pencipta video, anda boleh menggunakan alat klip video untuk mengekstrak segmen yang menarik dengan mudah daripada video format panjang anda pada YouTube dan menerbitkan video tersebut dengan serta-merta sebagai video yang berasingan. Alat ini tersedia kepada semua pencipta dan tersedia untuk semua video.

Buat klip video

  1. Pada YouTube Studio, pilih Kandungan kemudian Video .
  2. Buka video sedia ada yang diinginkan untuk membuat klip video .
  3. Pilih Klip dan klik “Buat klip video” pada penjuru atas sebelah kanan skrin.
  4. Pilih bahagian video sedia ada yang mahu anda ekstrak dalam klip video baharu. Terdapat 3 kaedah untuk melakukan perkara ini:
  • Pilihan 1: Pilih teks daripada transkrip yang mahu anda gunakan untuk klip video anda dan klik “Sahkan pilihan”. Anda akan melihat pilihan segmen diserlahkan dalam garis masa video.
  • Pilihan 2: Klik perkataan dalam transkrip yang akan menjadi perkataan pertama klip video anda, klik “Tetapkan sebagai Permulaan”, klik perkataan dalam transkrip yang akan menjadi perkataan terakhir, kemudian klik “Tetapkan sebagai penghujung”.
  • Pilihan 3: Masukkan cap masa untuk permulaan klip video anda, klik butang “Tetapkan sebagai Permulaan” dalam garis masa, kemudian masukkan cap masa tamat atau alihkan pemegang seret kepada tempat yang diinginkan dalam garis masa untuk menamatkan klip video anda dan klik “Tetapkan sebagai penghujung”.
Nota: Transkrip dalam alat klip video ialah transkrip untuk sari kata yang dijana secara automatik. Anda boleh mengedit sari kata yang dijana secara automatik dalam menu Sari kata untuk video tetapi bukan dalam alat klip video.
  1. Setelah anda berpuas hati dengan klip video, pilih Buat Draf pada penjuru kanan sebelah atas skrin. Anda akan dapat mempratonton klip video dalam dialog muat naik.
  2. Untuk menambahkan video pengenalan atau penutup pada klip video anda, klik butang “Tambahkan pengenalan/penutup” dan pilih video yang layak .
  3. Lengkapkan dialog muat naik seperti yang anda lakukan pada mana-mana video lain.

Temukan klip video yang anda buat

Klip video sama seperti mana-mana video lain pada YouTube. Untuk menemukan klip video yang anda buat, akses Kandungan kemudian Video . Anda juga boleh menemukan semua klip video yang dibuat daripada video dengan mengakses halaman Butiran video tersebut dan mengklik tab Klip.

Soalan Lazim

Adakah saya perlu menambahkan klip video yang saya buat daripada episod penuh audio siar saya pada senarai main audio siar saya?

Kami mengesyorkan agar anda hanya menyertakan episod penuh dalam senarai main audio siar anda.

Bolehkah saya memautkan klip video yang saya buat secara manual kepada video sumber?

Ya, hanya tambahkan pautan pada video sumber dalam perihalan klip video anda.

Bolehkah saya membuat video Shorts dengan alat ini?

Pada masa ini, alat ini hanya membuat video 16:9.

Adakah penalti hak cipta dikenakan jika saya menggunakan semula atau memuat naik semula kandungan saya sebagai klip?

Tidak, anda tidak akan dikenakan penalti kerana menggunakan kandungan anda dalam klip video. Ketahui maklumat lanjut tentang dasar kami dan kandungan yang digunakan semula.

Apakah perbezaan antara alat ini dengan ciri klip sedia ada?

Alat ini membantu anda membuat video baharu yang diterbitkan pada saluran anda. Ciri klip yang sedia ada membantu pengguna daripada komuniti anda mengekstrak sebahagian kecil video atau strim langsung dan berkongsi klip tersebut dengan rakan mereka. Klip ini dipautkan kembali kepada video asal dan bukan video baharu pada saluran anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2026526074325477705
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false