Kongsi video tanpa iklan dengan YouTube Premium

Ahli YouTube Premium boleh menghantar sehingga 10 perkongsian tanpa iklan setiap bulan. Apabila pengguna yang menerima perkongsian video anda ini mengklik pautan, mereka boleh menonton video tersebut tanpa sebarang iklan. Cara ini membolehkan mereka mencuba pengalaman tanpa iklan YouTube Premium yang menyeronokkan. Perkongsian video tanpa iklan merupakan manfaat tambahan dan tertakluk pada penarikan balik pada bila-bila masa.

Nota: Kami menguji ciri percubaan ini dengan sebilangan kecil ahli YouTube Premium di Argentina, Brazil, Kanada, Mexico, Turkiye dan United Kingdom untuk masa yang terhad. Kami mungkin menawarkan ciri ini kepada lebih ramai ahli pada masa hadapan. Kami menghargai sebarang maklum balas tentang perkara yang anda lihat. Oleh hal yang demikian, beritahu kami pandangan anda dengan menghantar maklum balas: yt.be/help/feedback.

Cara berkongsi video tanpa iklan

  1. Buka apl Utama YouTube dan pastikan anda telah log masuk semula ke akaun dengan keahlian YouTube Premium yang aktif.
  2. Pada halaman tontonan video, ketik Kongsi .
  3. Ketik Kongsi tanpa iklan.
  4. Anda boleh memilih Salin pautan atau memilih apl untuk berkongsi pautan tersebut.
Nota: Penerima mestilah log masuk ke YouTube untuk menonton video tanpa iklan yang dikongsi.

Soalan lazim

Cara ciri ini berfungsi

Siapakah yang layak berkongsi video tanpa iklan?

Pada masa ini, manfaat ini sedang diuji dengan sebilangan kecil ahli YouTube Premium di Argentina, Brazil, Kanada, Mexico, Turkiye dan United Kingdom. Kami mungkin menawarkan ciri ini kepada lebih ramai ahli pada masa hadapan.

Apakah jenis video yang boleh dikongsi tanpa iklan?

Kebanyakan video boleh dikongsi tanpa iklan, kecuali kandungan muzik (seperti video muzik rasmi/premium, Runut Seni atau kandungan lagu yang dijana pengguna), YouTube Originals, Shorts, Strim Langsung dan Filem & Rancangan.

Berapakah jumlah video tanpa iklan yang boleh saya kongsi setiap bulan?

Anda boleh berkongsi maksimum 10 video tanpa iklan setiap bulan. Jika anda sudah berkongsi 10 video, anda perlu menunggu sehingga hari pertama bulan yang berikutnya untuk mendapatkan 10 perkongsian tanpa iklan baharu.

Berapa kali video yang dikongsi boleh ditonton tanpa iklan?

Setiap pautan yang dikongsi boleh ditonton tanpa iklan sebanyak 10 kali merentas semua penerima. Tanpa mengira bilangan pengguna yang mempunyai pautan tersebut, mereka semua berkongsi 10 tontonan tanpa iklan.

Berapa lamakah rakan saya boleh menonton video tersebut tanpa iklan?

Video itu boleh ditonton tanpa iklan selama 30 hari dari tarikh pautan tersebut dibuat. Selepas 30 hari, video tersebut boleh ditonton dengan iklan.

Bagaimanakah caranya berkongsi video tanpa iklan?

Jika anda layak menggunakan ciri ini, pada halaman tontonan video, ketik Kongsi, kemudian ketik pilihan untuk membuat perkongsian tanpa iklan. Anda boleh memilih Salin pautan atau memilih apl untuk berkongsi pautan tersebut.

Siapakah yang boleh menerima perkongsian video tanpa iklan saya?

Pengguna yang menerima perkongsian video anda mestilah berada di negara atau rantau yang menawarkan YouTube Premium. Anda boleh menemukan senarai lokasi yang menyediakan keahlian Premium di sini.

Jika saya berkongsi pautan video tanpa iklan yang sama dengan 10 pengguna lain, adakah tindakan tersebut menggunakan kesemua 10 perkongsian bulanan saya?

Tidak, anda hanya akan menggunakan 1 daripada 10 perkongsian tanpa iklan setiap bulan. Anda boleh berkongsi video tanpa iklan yang sama dengan beberapa pengguna.

Bagaimanakah saya menyemak bilangan perkongsian yang tinggal?

  1. Pada halaman tontonan video, ketik Kongsi.
  2. Anda akan melihat mesej yang memberitahu anda bilangan perkongsian yang tinggal.

Bagaimanakah caranya menonton video tanpa iklan yang dikongsi dengan saya oleh rakan saya?

Untuk menonton video tanpa iklan yang dikongsi dengan anda oleh rakan, anda perlu log masuk ke apl Utama YouTube pada peranti Android atau Apple. Iklan mungkin tetap dipaparkan jika anda menonton video melalui apl lain (seperti apl pemesejan). Anda tidak boleh menonton video tanpa iklan yang dikongsi dengan anda oleh rakan anda semasa dilog keluar.

Penyelesaian masalah

Mengapakah saya tidak melihat pilihan untuk berkongsi video tanpa iklan?

Kami sedang menguji ciri ini dengan sekumpulan kecil pengguna sebelum memutuskan sama ada ciri ini sedia untuk ditawarkan kepada semua pengguna atau tidak. Kami menghargai sebarang maklum balas tentang perkara yang anda lihat. Oleh hal yang demikian, beritahu kami pandangan anda dengan menghantarkan maklum balas.

Mengapakah pilihan “Kongsi tanpa iklan” dikelabukan?

Pilihan itu mungkin dikelabukan jika anda menonton video muzik atau jika anda telah berkongsi 10 video tanpa iklan bulan ini.

Apakah yang akan berlaku jika saya menghantar video secara tidak sengaja kepada seseorang yang telah memiliki akaun Premium?

Perkongsian tersebut tidak akan dikira dalam 10 tontonan tanpa iklan untuk setiap pautan.

Mengapakah saya menerima ralat “Ada masalah” semasa cuba menonton video tanpa iklan tersebut?

Ralat ini mungkin berlaku jika pautan unik telah tamat tempoh. Pautan sah selama 30 hari dari tarikh pautan dibuat. Jika anda cuba menebus pautan selepas 30 hari, pautan tersebut mungkin telah tamat tempoh.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15293247159969953687
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false