Selepas menyediakan Komuniti anda, terdapat beberapa ciri tambahan untuk membantu anda dan moderator anda mengurus Komuniti. Anda boleh mengawal orang yang menyiarkan kandungan dalam Komuniti anda dan menahan siaran untuk disemak sebelum diterbitkan. Jika anda sudah menetapkan perkataan atau pautan yang disekat untuk ulasan, perkataan dan pautan yang sama itu akan disekat untuk siaran dalam Komuniti anda.
Jika anda tidak mahu Komuniti anda kelihatan lagi, anda boleh mematikan Komuniti.
Urus orang yang boleh menghantar siaran
Pilih masa langganan minimum
Anda boleh memilih tempoh seseorang perlu melanggan saluran anda sebelum mereka dapat menghantar siaran dalam Komuniti anda.
- Pada apl YouTube, akses halaman saluran anda.
- Ketik Komuniti.
- Ketik tetapan Komuniti
Orang yang boleh menghantar siaran
.
- Pada menu lungsur, pilih masa langganan minimum.
Sembunyikan pengguna
Jika anda tidak mahu pelanggan tertentu menghantar siaran pada Komuniti, anda boleh menyembunyikan mereka.
- Pada apl YouTube, akses halaman saluran mereka.
- Pada penjuru atas sebelah kanan, ketik Lagi
.
- Ketik Sembunyikan pengguna daripada saluran saya.
Tindakan menyembunyikan seseorang akan terpakai pada seluruh saluran anda, bukan pada Komuniti anda sahaja.
Semak siaran
Anda boleh memilih sama ada mahu menahan siaran untuk disemak sebelum diterbitkan pada Komuniti anda atau tidak.
- Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
- Klik Tetapan
Penyaringan Komuniti
Lalai.
- Pada bahagian “Siaran dalam Komuniti”, pilih tetapan.
Jenis tetapan yang boleh anda pilih ialah:
- Tiada: Jangan tahan sebarang siaran penonton.
- Asas: Tahan siaran yang mungkin tidak sesuai.
- Tahan semua: Tahan semua siaran penonton.
Matikan Komuniti anda
- Pada apl YouTube, akses halaman saluran anda.
- Ketik Komuniti.
- Ketik Tetapan Komuniti
Siaran penonton.
- Pada menu lungsur, pilih Hidupkan atau Matikan.
Apabila anda mematikan Komuniti, siaran sedia ada akan disembunyikan. Jika anda menghidupkan kembali Komuniti, siaran itu akan dapat dilihat semula.