Komuniti ialah ruangan khusus yang membolehkan anda dan khalayak anda berhubung antara satu sama lain terus daripada saluran anda. Dalam Komuniti anda, pelanggan anda boleh memulakan perbincangan, berkongsi gambar dan pelbagai lagi.
Anda boleh memilih sama ada anda mahu mewujudkan Komuniti untuk saluran anda atau tidak. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyederhanakan Komuniti anda.
Nota: Pilihan untuk memulakan Komuniti mungkin belum tersedia untuk anda. Komuniti hanya tersedia pada apl mudah alih YouTube. Pastikan apl anda dikemaskinikan kepada versi terkini.
Hidupkan Komuniti anda
- Pada apl YouTube, akses halaman saluran anda.
- Ketik Akses Komuniti.
- Baca maklumat tentang cara bermula.
- Ketik Hidupkan Komuniti saya.
Pilihan menghidupkan Komuniti belum tersedia untuk semua pencipta lagi.
Tulis siaran alu-aluan
Selepas menghidupkan Komuniti, anda boleh menulis siaran alu-aluan untuk pelanggan anda.
- Pada apl YouTube, akses halaman saluran anda.
- Ketik Komuniti.
- KetikMulakan siaran.
- Tulis siaran alu-aluan anda.
- Ketik Siar.