Alih suara automatik menjana runut audio yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk menjadikan video anda lebih mudah diakses oleh penonton di seluruh dunia. Video dengan runut audio ini ditandai sebagai “autoalih suara” dalam perihalan video. Penonton boleh beralih kepada runut audio asal atau kepada bahasa lain yang tersedia dalam tetapan video pada bila-bila masa. Alih suara automatik belum tersedia untuk semua pencipta dan anda hanya boleh mengurus alih suara automatik pada YouTube Studio melalui komputer anda.
Ciri ini dihidupkan secara lalai. Apabila anda memuat naik video baharu, alih suara akan dijana secara automatik. Alih suara ini akan diterbitkan secara automatik untuk bahasa bukan percubaan.
Sementara kami terus mengembangkan sokongan untuk bahasa tambahan, anda boleh mendapat akses awal kepada bahasa yang dianggap “percubaan”. Alih suara automatik tersedia bagi video dalam bahasa yang berikut untuk dialih suara kepada bahasa Inggeris dan bagi video dalam bahasa Inggeris untuk dialih suara kepada bahasa yang berikut:
- Perancis
- Jerman
- Hindi
- Indonesia
- Itali
- Jepun
- Portugis
- Sepanyol
Matikan alih suara automatik untuk saluran anda
Walaupun alih suara automatik dihidupkan secara lalai, anda boleh mematikan ciri ini pada bila-bila masa.
- Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
- Klik Tetapan
Tetapan lalai muat naik
Tetapan terperinci.
- Nyahtandai kotak Benarkan alih suara automatik.
- Klik Simpan.
Hidupkan alih suara automatik untuk saluran anda
Jika anda telah mematikan alih suara automatik sebelum ini, anda boleh menghidupkan semula ciri ini untuk saluran anda.
- Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
- Klik Tetapan
Tetapan lalai muat naik
Tetapan terperinci.
- Tandai kotak Benarkan alih suara automatik.
- Jika anda mahu menyemak alih suara sebelum diterbitkan, tandai kotak Semak alih suara secara manual sebelum diterbitkan.
- Pilih sama ada Semak alih suara dalam bahasa ll atau Semak alih suara dalam bahasa percubaan sahaja.
- Klik Simpan.
Urus alih suara automatik untuk video
Hidupkan “semak sebelum diterbitkan”
Jika anda menghidupkan alih suara automatik untuk saluran anda dan mahu menyemak alih suara atau tidak menerbitkan alih suara tersebut untuk video tertentu, anda boleh menghidupkan pilihan ini semasa memuat naik video.
- Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
- Pada penjuru atas sebelah kanan, klik Buat
Muat naik video
.
- Pilih fail yang mahu anda muat naik.
- Klik Tunjukkan lagi.
- Dalam bahagian “Alih Suara Automatik”, hidupkan Semak alih suara secara manual sebelum diterbitkan.
- Teruskan memuat naik video anda.
Pratonton alih suara
- Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
- Klik Kandungan
, kemudian pilih video yang diingini untuk mengurus alih suara.
- Klik Bahasa
.
- Dalam lajur “Bahasa”, klik bahasa yang berkaitan.
- Dalam menu “Pratonton” di bawah video, pilih bahasa yang berkaitan.
- Mainkan video.
Terbitkan alih suara
- Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
- Klik Kandungan
, kemudian pilih video yang diingini untuk mengurus alih suara.
- Klik Bahasa
.
- Tuding pada bahasa yang berkaitan, kemudian klik
dalam lajur “Audio”.
- Pilih Terbitkan.
Nyahterbitkan alih suara
- Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
- Klik Kandungan
, kemudian pilih video yang diingini untuk mengurus alih suara.
- Klik Bahasa
.
- Tuding pada bahasa yang berkaitan, kemudian klik
dalam lajur “Audio”.
- Pilih Nyahterbit.
Apabila anda menyahterbitkan alih suara, anda boleh memilih untuk menerbitkan semula alih suara atau memadamkan alih suara itu kemudian.
Padamkan alih suara
- Log masuk ke YouTube Studio pada komputer anda.
- Klik Kandungan
, kemudian pilih video yang diingini untuk mengurus alih suara.
- Klik Bahasa
.
- Tuding pada bahasa yang berkaitan, kemudian klik
dalam lajur “Audio”.
- Pilih Padam
.
Setelah alih suara dipadamkan, alih suara tersebut tidak akan tersedia dan tidak dapat diterbitkan semula.