Kelayakan, ketersediaan & dasar gembar-gembur video

Penting: Pada masa ini, ciri ini tersedia dalam versi beta terhad dan hanya tersedia di negara tertentu.

Gembar-gembur merupakan ciri beta terhad untuk pencipta dalam Program Rakan Kongsi YouTube yang mempunyai 500—500,000 pelanggan. Jika anda tiada akses kepada ciri gembar-gembur lagi, hal ini bermakna bilangan pelanggan anda telah melebihi julat ini atau saluran anda bukan dalam program YPP.

Penonton anda boleh menggembar-gemburkan video anda untuk menunjukkan keterujaan mereka terhadap kandungan anda dan membantu saluran anda ditemukan oleh khalayak baharu. Ketahui cara menghidupkan dan mengurus video anda yang digembar-gemburkan.

Bagaimanakah gembar-gembur video berfungsi?

1. Muat naik video

Untuk 7 hari pertama selepas anda menerbitkan video, penonton yang mengetik Suka akan melihat pilihan untuk menggembar-gemburkan video tersebut. Apabila video digembar-gemburkan, mata gembar-gembur akan diberikan kepada video dengan serta-merta. Tidak semua video layak dalam versi beta terhad ini.

2. Perkasakan peminat anda

Dengan gembar-gembur, penonton boleh menggembar-gemburkan video anda yang baru dimuat naik dan memberitahu semua orang bahawa video tersebut berbaloi untuk ditonton. Setiap minggu, video yang mendapat mata gembar-gembur tertinggi akan dipaparkan pada papan juara khusus negara yang disenaraikan mengikut video digembar-gemburkan yang popular dalam kalangan penonton di negara tersebut.

3. Lihat peminat membantu anda mengembangkan saluran anda

Selain video digembar-gemburkan popular yang ditampilkan pada papan juara, anda juga boleh melihat video tersebut diserlahkan merentas YouTube dengan lencana “Digembar-gemburkan” yang khas untuk 7 hari pertama. Penonton anda hanya boleh menggunakan ciri gembar-gembur beberapa kali tanpa kos untuk video tertentu yang telah diterbitkan dalam tempoh 7 hari yang lalu. Mereka juga boleh membayar untuk menggembar-gemburkan video anda lagi di lokasi tertentu.

Kelayakan untuk saluran & video berasingan

Kelayakan untuk saluran

  • Hanya subset saluran dalam Program Rakan Kongsi YouTube yang mempunyai 500 hingga 500,000 pelanggan layak untuk ciri ini. Untuk membolehkan video anda layak untuk digembar-gemburkan, pastikan anda memenuhi keperluan minimum ciri pembiayaan peminat dahulu.
  • Anda tinggal di Brazil, Turkiye atau Taiwan.
  • Anda (dan MCN anda) telah bersetuju untuk menerima dan mematuhi syarat serta dasar kami (termasuk Modul Produk Perdagangan yang berkaitan).

Jika saluran anda layak untuk digembar-gemburkan, anda akan melihat tab Gembar-gembur pada bahagian Jana pendapatan YouTube Studio pada desktop anda.

Kelayakan untuk video berasingan

Nota: Kami mahu keupayaan untuk menggembar-gemburkan video menarik minat pelbagai jenis khalayak, maka kami berhak mengubah suai, menambahkan atau membuat perubahan pada senarai ini pada bila-bila masa.

Sehubungan itu, sama seperti kelayakan kami untuk Super Thanks, kandungan yang tidak layak untuk gembar-gembur termasuk tetapi tidak terhad kepada:

Ketersediaan
Gembar-gembur tersedia di lokasi ini:
  • Brazil - gembar-gembur tanpa kos dan berbayar
  • Turkiye - gembar-gembur tanpa kos dan berbayar
  • Taiwan - gembar-gembur tanpa kos (satu-satunya pilihan)

Dasar untuk gembar-gembur video

Pencipta yang mengambil bahagian (dan MCN) perlu bersetuju untuk menerima dan mematuhi:

Maklumat tambahan

Kami akan melancarkan pilihan untuk menggembar-gemburkan video secara berperingkat. Dalam usaha kami membangunkan kefungsian ini, kami mahu memastikan pilihan untuk menggembar-gemburkan video menyokong kandungan yang sesuai untuk semua lapisan khalayak. Sehubungan itu, kami berhak untuk menyemak dasar kami mengikut keperluan serta mengalih keluar pilihan gembar-gembur daripada saluran dan mengalih keluar kandungan yang melanggar dasar kami daripada papan juara.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11998609512660151409
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false