Gembar-gemburkan video

PENTING: Pada masa ini, ciri ini tersedia dalam versi beta terhad dan hanya tersedia di negara tertentu.

Bantu pencipta baharu kegemaran anda mendapatkan lebih banyak tontonan dan menjangkau peminat baharu dengan menggembar-gemburkan video format panjang baharu mereka maksimum tiga kali setiap minggu atau melalui gembar-gembur berbayar. Apabila anda menggembar-gemburkan video, mata akan diberikan kepada video tersebut. YouTube memberikan mata bonus kepada gembar-gembur anda secara automatik berdasarkan bilangan pelanggan pencipta. Lebih sedikit pelanggan yang dimiliki oleh pencipta, lebih banyak mata bonus yang akan diberikan untuk setiap gembar-gembur.

Video dengan mata terbanyak akan disenaraikan dalam papan juara baharu yang memaparkan video dengan gembar-gembur terbanyak sepanjang minggu lalu. Apabila mata bonus diberikan berdasarkan bilangan pelanggan pencipta, pencipta yang layak daripada semua tahap berpeluang untuk menduduki tempat teratas pada papan juara. Papan juara akan memaparkan senarai video yang sama kepada semua penonton di negara yang sama supaya anda boleh menemukan kandungan baharu yang telah disokong oleh pengguna lain berdekatan anda menerusi gembar-gembur.

Ketersediaan & kelayakan

Ketersediaan

Anda dan pencipta mestilah berada di Brazil, Taiwan atau Turkiye untuk menggembar-gemburkan kandungan. Kami berharap dapat melancarkan ciri ini kepada lebih ramai pencipta dan penonton pada masa hadapan.

  • Brazil - gembar-gembur tanpa kos dan berbayar
  • Turkiye - gembar-gembur tanpa kos dan berbayar
  • Taiwan - gembar-gembur tanpa kos (satu-satunya pilihan)

Kelayakan

Anda hanya boleh menggembar-gemburkan video format panjang yang dimuat naik sepanjang 7 hari yang lalu daripada pencipta yang mempunyai 500 hingga 500,000 pelanggan. Anda mestilah berumur 18 tahun ke atas di negara yang layak untuk menggunakan gembar-gembur. Bagi memastikan komuniti YouTube selamat, menyeronokkan dan mengasyikkan untuk semua orang, beberapa jenis kandungan tidak layak digembar-gemburkan. Selain itu, semua kandungan mestilah mematuhi Syarat Perkhidmatan dan Garis Panduan Komuniti YouTube.

Gembar-gembur tanpa kos

Jika anda berada di satu daripada negara di atas, anda boleh menggembar-gemburkan video sebanyak tiga kali seminggu. Anda boleh membuat pilihan untuk menggembar-gemburkan video yang sama sebanyak tiga kali atau menggembar-gemburkan video yang berbeza.

Pada tengah malam hari Isnin waktu tempatan, kami akan menyegarkan semula keupayaan anda untuk menggembar-gemburkan video. Sebagai contoh, jika anda menggembar-gemburkan video pada petang hari Ahad sebanyak dua kali minggu lalu, kini anda boleh menggembar-gemburkan video pada tengah malam hari Isnin sebanyak tiga kali sepanjang minggu tersebut.

Peroleh lencana dengan menggembar-gemburkan video

Anda boleh memperoleh Lencana Bintang Gembar-gembur untuk saluran dengan menjadi antara penonton yang paling kerap menggembar-gemburkan saluran tersebut dalam bulan tertentu. Penonton boleh berkongsi lencana dengan menyimpan imej, berkongsi dengan apl lain atau menyiarkan kandungan pada tab Siaran halaman saluran mereka. Anda boleh mengetahui perihal lencana YouTube di sini dengan lebih lanjut.

Gembar-gembur berbayar

Nota: Hanya tersedia pada Android pada masa ini.

Jika anda berada di satu daripada negara yang tersedia, anda boleh membuat pembayaran untuk menggembar-gemburkan video yang sama seberapa banyak kali yang diingini. Namun begitu, bergantung pada negara/rantau anda, had pembelian harian dan mingguan berbeza-beza.

Gembar-gemburkan video

  1. Open the YouTube mobile app.
  2. Find and view a video from an eligible creator that was uploaded within the last 7 days.
  3. Swipe left on the comment preview carousel until the option to hype the video surfaces, or tap and the carousel will change to show the option to hype.
  4. Tap Hype .
  5. On the card, select the number of points you would like to send. YouTube automatically updates the number of points your hype is worth based on the creator's subscriber count.
    • Hype at no cost: Select the number point and then Hype.
    • Pay to hype: Select the number of points and then Hype and then Buy.

Soalan Lazim

Saya menggembar-gemburkan video secara tidak sengaja. Bolehkah saya membuat asal tindakan tersebut?

Kami tidak menyediakan pilihan untuk membuat asal gembar-gembur pada masa ini.

Adakah pencipta tahu bahawa saya telah menggembar-gemburkan video mereka?

Tidak, kami tidak menyediakan pilihan untuk pencipta melihat pengguna yang telah menggembar-gemburkan video mereka pada masa ini.

Mengapakah saya tidak dapat menggembar-gemburkan video?

Jika anda tidak dapat menggembar-gemburkan video, hal ini mungkin disebabkan oleh perkara yang berikut:

  • Anda tidak layak untuk beta kerana anda tidak berada di Brazil, Taiwan atau Turkiye
  • Anda tidak log masuk
  • Anda tidak menggunakan versi terkini apl YouTube pada peranti mudah alih
  • Pencipta tidak layak untuk beta kerana:
    • Mereka tidak berada di Brazil, Taiwan atau Turkiye
    • Mereka tidak mempunyai 500 hingga 500,000 pelanggan
    • Saluran mereka ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak

Bolehkah saya melihat semua video yang telah saya gembar-gemburkan?

Kami akan menghantar pemberitahuan apabila ringkasan mingguan bagi video yang digembar-gemburkan sudah sedia untuk ditonton. Ketahui cara mengurus pemberitahuan.

Bagaimanakah mata bonus berfungsi untuk pencipta dengan jumlah pelanggan yang lebih kecil?

Pencipta dengan jumlah pelanggan yang lebih kecil memperoleh mata bonus apabila anda menggembar-gemburkan video mereka. Semakin kecil jumlah pelanggan pencipta, semakin besar bonus yang akan diperoleh mereka. Bonus ini diukur berdasarkan bilangan pelanggan semasa mereka.
Sebagai contoh, untuk saluran yang mempunyai 500 pelanggan, satu gembar-gembur menghasilkan 7,500 mata untuk video. Namun begitu, untuk saluran yang mempunyai 500,000 pelanggan, setiap gembar-gembur menghasilkan 50 mata untuk video. Bonus pencipta dengan jumlah pelanggan yang kecil membantu untuk mengimbangkan peluang bagi pencipta yang mempunyai jumlah pelanggan yang berbeza.

Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik apabila saya membuat gembar-gembur berbayar?

Bayaran untuk gembar-gembur ialah pembayaran secara sukarela dan tidak boleh dibayar balik. Anda boleh melihat dasar bayar balik YouTube untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda menghadapi masalah atau mahu mengemukakan pertanyaan tentang pembayaran, hubungi pasukan sokongan kami. Seperti semua kandungan pada YouTube, anda perlu mematuhi Garis Panduan Komuniti kami.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7197126920528130319
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false