Nota: YouTube sentiasa menguji ciri percubaan yang baharu. Ciri ini hanya tersedia kepada kumpulan pencipta yang terhad di negara tertentu pada masa ini. Percubaan terhad ini bertujuan untuk memastikan kami mengambil langkah yang betul untuk mengetahui dan membina sebarang lelaran pada masa hadapan bagi produk tersebut.
Khalayak global boleh menggunakan video Shorts seperti sedia ada untuk diadun semula menjadi video Shorts mereka sendiri.
Dream Screen ialah ciri percubaan dijana AI daripada YouTube yang membolehkan anda merealisasikan imaginasi anda. Ciri ini menjana imej atau video unik berdasarkan gesaan berasaskan teks yang boleh anda tambahkan dengan mudah sebagai latar skrin hijau atau klip video 6 saat kendiri pada video Shorts anda. Ketahui dasar privasi kami berkenaan dengan cara kandungan yang dijana AI berfungsi dengan lebih lanjut.
Panduan membuat kandungan dengan Dream Screen
Semua kandungan pada YouTube, termasuk ciptaan yang dijana AI daripada Dream Screen, perlu mematuhi Garis Panduan Komuniti kami. Pencipta bertanggungjawab untuk memastikan kandungan mereka yang diterbitkan, termasuk kandungan yang dibuat menggunakan alatan AI, mematuhi peraturan ini.
Untuk memberikan sokongan kepada pencipta untuk menavigasi dasar kami, kami telah memasukkan perlindungan dalam alatan AI kami, yang bertujuan untuk membantu pencipta mematuhi Garis Panduan Komuniti kami dan mengelakkan penjanaan kandungan tidak sesuai. Oleh itu, kami mungkin menyekat gesaan yang melanggar dasar kami atau gesaan yang menyentuh topik sensitif. Sebagai contoh, alatan AI kami direka bentuk untuk membantu pencipta mengelak daripada menghasilkan imej fotorealistik orang yang boleh dikenal pasti, yang boleh disalahgunakan untuk membuat kandungan palsu tulen atau kandungan berbahaya yang lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau mengemukakan masalah yang berkaitan dengan kemungkinan kebimbangan privasi, sila semak Garis Panduan Privasi YouTube.
Seperti mana-mana alat AI generatif, kesilapan mungkin berlaku dan kami mungkin tidak dapat memberikan respons yang betul pada setiap masa. Oleh sebab itu kami menggalakkan pencipta menyemak semua kandungan dijana AI dengan teliti sebelum menerbitkan kandungan tersebut pada YouTube, sama seperti yang dilakukan dalam sebarang situasi yang lain. Kami akan terus mendengar maklum balas sambil terus membuat peningkatan.
Buat video Shorts menggunakan Dream Screen
NEW: Create Video Backgrounds with Dream Screen
Buat latar skrin hijau
Nota: Ciri ini tidak tersedia untuk semua pengguna dan hanya menerima gesaan dalam bahasa Inggeris.
- Buka apl YouTube
.
- Ketik Buat
.
- Dalam menu sebelah kanan, ketik Skrin hijau
.
- Daripada bahagian bawah, pilih
.
- Perihalkan kandungan yang mahu anda jana.
- Ketik Buat.
- Pilih imej anda.
- Pilih Gunakan imej atau Buat video, kemudian gunakan video tersebut sebagai latar skrin hijau untuk rakaman.
- Masukkan butiran pada video Shorts anda, seperti perihalan dan tetapan privasi.
- Ketik Muat naik video Shorts untuk menerbitkan video tersebut.
Buat klip video kendiri menggunakan Dream Screen
Nota: Ciri ini tidak tersedia untuk semua pengguna dan hanya menerima gesaan dalam bahasa Inggeris.
- Buka apl YouTube
.
- Ketik Buat
.
- Pada bahagian bawah sebelah kiri, ketik Tambah untuk pemilih media.
Nota: Jika anda belum berbuat demikian, berikan akses kepada foto dan video anda pada peranti anda. - Pada bahagian atas, pilih Buat
.
- Perihalkan kandungan yang mahu anda jana.
- Ketik Buat.
- Pilih imej anda.
- Pilih Gunakan imej atau Buat video.
- Pilih panjang klip yang diinginkan, kemudian ketik Selesai.
- Setelah anda bersedia dengan video, ketik tanda rait
Seterusnya.
- Masukkan butiran pada video Shorts anda, seperti perihalan dan tetapan privasi.
- Ketik Muat naik video Shorts untuk menerbitkan video tersebut.