Kursus YouTube membenarkan pencipta yang layak menawarkan pengalaman pembelajaran yang berstruktur untuk penonton mereka. Atur video anda dalam Kursus dengan ciri khusus yang tidak tersedia pada senarai main standard. Ketahui cara penonton boleh menjalani kursus.
Keperluan kursus
Semua Kursus YouTube perlu mematuhi Garis Panduan Komuniti kami. Kursus tersebut juga mestilah:
- Mengajar sesuatu. Kursus anda perlu direka bentuk untuk mengajar penonton secara aktif. Fokus pada penerangan konsep secara jelas, demonstrasi kemahiran atau perkongsian pengetahuan yang boleh digunakan. Tanya diri anda: "Apakah yang akan dipelajari atau dapat dilakukan oleh penonton selepas melengkapkan Kursus ini?"
- Boleh diakses oleh semua peringkat umur. Kursus tidak boleh mengandungi kandungan dengan sekatan umur.
- Menyediakan pembelajaran lanjutan. Kursus mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 3 video. Kursus tidak boleh mengulang video atau memasukkan mana-mana video daripada saluran lain.
Nota: Jika Kursus anda tidak memenuhi keperluan ini, kami boleh menukarkan Kursus anda kepada senarai main standard dan mengalih keluar ciri Kursus YouTube. Jika anda membuat Kursus yang tidak memenuhi keperluan ini secara berulang kali, saluran anda mungkin kehilangan keupayaan untuk membuat Kursus pada masa hadapan.
Siapakah yang boleh membuat Kursus?
- Pada masa ini, kami sedang menguji Kursus dengan kumpulan pencipta yang terhad untuk memastikan pengalaman terbaik diberikan apabila ciri ini tersedia dengan lebih meluas.
- Anda hanya boleh membuat atau mengurus Kursus dalam YouTube Studio pada desktop. Walaupun anda boleh memuat naik video melalui mana-mana apl mudah alih, anda masih perlu menggunakan desktop untuk menambahkan video pada Kursus anda.
Urus kursus anda pada YouTube
Anda boleh membuat Kursus baharu atau menetapkan senarai main sebagai Kursus pada YouTube Studio. Kadangkala, YouTube mungkin akan mengelaskan senarai main yang memberikan pengalaman pembelajaran yang berstruktur dan mendalam sebagai Kursus secara automatik. Jika tetapan ini salah atau jika anda tidak mahu senarai main ditetapkan sebagai Kursus, anda boleh mengalih keluar ciri Kursus daripada senarai main.
Buat Kursus baharu pada YouTube Studio
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Pada penjuru atas sebelah kanan, klikBUAT
Kursus baharu
.
- Dalam tetingkap timbul, pilih Buat kursus baharu.
- Masukkan butiran kursus anda, termasuk:
- Tajuk kursus
- Perihalan
- Keterlihatan (Umum, Tidak Tersenarai atau Peribadi)
- Pilih Buat untuk menyimpan tetapan.
Tambahkan video pada Kursus
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Akses Kandungan
Kursus.
- Pada Kursus yang dipilih, klik Video
.
- Pada penjuru atas sebelah kanan, klik Tambahkan video
- Video baharu: KlikMuat naik video baharu. Kemudian muat naik video baharu anda.
- Video sedia ada: Klik Pilih video sedia ada. Kemudian, pilih video sedia ada.
Tetapkan senarai main sedia ada sebagai Kursus
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Akses Kandungan
Tab Senarai main.
- Pada senarai main yang mahu ditambahkan, klik menu
Tetapkan sebagai kursus.
- Klik Ya untuk membuat pengesahan.
Edit butiran Kursus anda
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Akses Kandungan
Kursus.
- Tuding pada senarai main yang mahu diedit dan klik Edit
.
- Anda akan dihalakan kepada halaman butiran kursus yang membolehkan anda mengedit tajuk, perihalan, keterlihatan atau susunan video Kursus anda.
- Klik Simpan.
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Pada YouTube Studio, klik Kandungan
Senarai main.
- Temukan Kursus yang diingini untuk mengalih keluar ciri, kemudian klik menu
Tetapkan sebagai senarai main.
- Klik Ya untuk membuat pengesahan.
Ukur prestasi Kursus anda pada YouTube
- Buka YouTube Studio pada komputer.
- Dalam Menu kiri, klik Analitis
tab Ikhtisar.
- Pilih kursus yang berkaitan daripada kad Kursus Anda pada bahagian bawah sebelah kanan halaman.
- Buka YouTube Studio pada komputer.
- Dalam Menu kiri, klik Analitis
tab Ikhtisar.
- Pilih Lihat Analitis Kursus.
- Ikhtisar prestasi kursus anda
- Sumber trafik
- Demografi khalayak
- Metrik pengekalan khalayak
- Dan pelbagai lagi