Bersihkan saluran YouTube yang digodam

Jika saluran YouTube anda digodam, hal ini biasanya bermakna penggodam membuat perubahan tanpa kebenaran pada saluran anda dan Google Account yang berkaitan dengan saluran tersebut. Selepas anda memulihkan Google Account anda, anda boleh mula membersihkan saluran YouTube anda untuk membuat asal perubahan yang tidak dibenarkan. Terdapat dua cara membersihkan saluran anda:

Gunakan alat pembersihan dalam YouTube Studio

Alat pembersihan YouTube Studio menunjukkan senarai aktiviti luar biasa pada saluran anda supaya anda dapat menyemak kesemua aktiviti sekali gus dan memutuskan perkara yang patut dilakukan seterusnya.

Apabila anda mengesahkan bahawa anda tidak membuat perubahan, alat tersebut akan mencadangkan langkah seterusnya dan anda boleh membetulkan perubahan tersebut. Anda juga boleh menyemak kebenaran saluran dalam alat supaya anda dapat mengalih keluar akses atau membuat pelarasan dengan pantas jika perlu.

Nota: Pemilik dan pengurus saluran boleh menggunakan alat pembersihan YouTube Studio. Jika anda tiada akses kepada alat pembersihan, anda boleh membersihkan saluran yang digodam secara manual.
Semak aktiviti luar biasa
  1. Pada komputer, akses alat pembersihan dalam YouTube Studio.
  2. Klik Mulakan semakan.
    • Nota: Pemberitahuan ini hanya dipaparkan apabila kami mengesan aktiviti luar biasa pada saluran anda.
  3. Semak aktiviti: Semak perubahan yang disenaraikan dan tandai kotak bersebelahan perubahan yang anda buat.
    • Nota: Jika anda membuat semua perubahan, anda boleh mengklik Saya membuat semua perubahan pada bahagian bawah.
  4. Klik Seterusnya.
  5. Semak rancangan: Semak tindakan yang akan kami ambil dalam bahagian Cara kami akan menyelesaikan masalah ini.
  6. Klik Seterusnya.
  7. Semak kebenaran: Semak individu yang mempunyai akses kepada saluran anda. Jika perlu, kemas kinikan peranan atau alih keluar akses.
  8. Klik Seterusnya.
  9. Serah: Selesaikan langkah tambahan yang disenaraikan untuk menyelesaikan pembersihan saluran anda.
  10. Klik Serah.

Perkara yang akan berlaku seterusnya

  • Kami akan membuat perubahan yang anda minta sebaik sahaja anda menyerahkan semakan anda. Perubahan akan dibuat dalam masa beberapa jam.
  • Anda akan menerima e-mel dengan pautan untuk menjejaki permintaan pembersihan anda.
  • Jika perlu, anda boleh kembali kepada alat pembersihan dan mengedit ulasan anda sebelum tarikh yang dinyatakan dalam e-mel, biasanya 30 hari dari tarikh penyerahan. Perlu diingat bahawa anda boleh mengedit perubahan yang anda tandai sebagai diizinkan tetapi tidak boleh membuat asal perubahan yang anda tandai sebagai tidak diizinkan.
Selesaikan pembersihan

Untuk menyelesaikan pembersihan saluran anda:

Bersihkan saluran secara manual

Apabila saluran YouTube digodam, perubahan yang paling kerap dilakukan oleh penggodam boleh ditemukan dalam muat naik, kebenaran saluran dan maklumat saluran. Untuk membuat asal sebarang perubahan yang tidak dibenarkan:

Untuk memastikan saluran anda dan Google Account yang berkaitan disemak dengan teliti, anda juga perlu menyemak perubahan lain yang mungkin telah dibuat oleh penggodam.

Ambil tindakan pada muat naik tanpa izin
Alih keluar pengguna yang tidak dikenali
Pulihkan maklumat asas dan penjenamaan saluran anda

Jika mana-mana elemen ini telah diubah, anda perlu memulihkan elemen tersebut kepada keadaan asal dengan segera supaya saluran anda tidak digantung secara kekal disebabkan oleh pelanggaran tanda dagangan.

  • Nama saluran: Kemas kinikan nama saluran anda.
    • Nota: Jika anda tidak dapat mengemaskinikan nama saluran anda, pastikan sebarang terjemahan dipadamkan dahulu.
  • Nama pengguna: Kemas kinikan nama pengguna saluran anda.
  • Gambar profil: Kemas kinikan gambar profil saluran anda.
  • Imej sepanduk: Kemas kinikan imej sepanduk saluran anda.
Semak perubahan lain

Untuk memastikan saluran anda dan Google Account yang berkaitan disemak dengan teliti, anda perlu menyemak beberapa perkara lain yang berikut:

 

Petua: Untuk menghalang saluran anda daripada digodam pada masa hadapan, kami mengesyorkan anda mengambil langkah tambahan untuk melindungi saluran YouTube anda, seperti:

Get additional help from YouTube

If your channel is eligible (for example, if you’re in the YouTube Partner Program), once you recover your Google Account, you can get in touch with the YouTube Creator Support team for help.

If you’re not eligible for Creator Support, you can get help from @TeamYouTube on Twitter.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7129806877054533680
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false