Data anda dan penggunaan ciri AI pada YouTube

Penggunaan ciri AI YouTube anda, khususnya Dream Screen, Dream Track dalam YouTube Shorts, Posts atau Pelekat AI (“Ciri AI YouTube”) mestilah mematuhi Syarat Perkhidmatan dan Garis Panduan Komuniti YouTube serta tidak melanggar hak cipta atau hak privasi orang lain. Ketersediaan ciri mungkin berbeza-beza mengikut negara dan bahasa.

Anda bertanggungjawab terhadap kandungan yang anda gunakan, hasilkan dan terbitkan. Jika kandungan yang anda gunakan, hasilkan dan terbitkan melanggar Garis Panduan Komuniti, kandungan tersebut akan dialih keluar dan anda mungkin mendapat bantahan. Jangan sertakan maklumat sulit atau peribadi semasa menghasilkan atau menggunakan kandungan dengan Ciri AI YouTube dan jangan bergantung pada ciri tersebut untuk mendapatkan nasihat perubatan, kewangan, atau undang-undang.

Notis Privasi Ciri AI YouTube

Notis privasi ini dan Dasar Privasi Google memerihalkan cara Google mengendalikan data anda apabila anda menggunakan, menghasilkan dan menerbitkan kandungan pada Ciri AI YouTube.

Di Kawasan Ekonomi Eropah dan Switzerland, Ciri AI YouTube disediakan oleh Google Ireland Limited. Ciri AI YouTube disediakan oleh Google LLC di tempat lain. Kami merujuk Google Ireland Limited dan Google LLC di bawah sebagai Google.

Jenis data yang dikumpulkan dan cara data tersebut digunakan

Google boleh mengumpulkan gesaan dan output Ciri AI YouTube, perkara yang anda kongsi dengan Ciri AI YouTube (seperti imej dan video), kandungan yang berkaitan dan maklum balas anda untuk memberikan, meningkatkan serta membangunkan produk dan perkhidmatan Google serta teknologi pembelajaran mesin.

Anda boleh menyemak dan memadamkan gesaan dan output yang lalu, atau kandungan yang berkaitan dalam Aktiviti Saya. Bagi kandungan yang tidak dapat diurus melalui Aktiviti Saya, kandungan sedemikian akan dikendalikan menurut Dasar Privasi Google dan akan dipadamkan dalam tempoh maksimum 60 hari.

Aktiviti Ciri AI YouTube dihidupkan secara lalai. YouTube menyimpan gesaan dan output Ciri AI YouTube serta kandungan yang berkaitan dengan Akaun YouTube anda hingga maksimum 18 bulan. Gesaan dan output yang tidak disambungkan kepada Google Account anda akan disimpan sehingga maksimum 3 tahun.

Harap maklum bahawa untuk semua gesaan dan output Ciri AI YouTube serta kandungan berkaitan yang dikumpulkan oleh Google sebelum 8 Mei 2025, data sedemikian yang disambungkan dengan Google Account anda akan disimpan sehingga maksimum 60 hari. Output yang tidak disambungkan kepada Google Account anda akan disimpan sehingga maksimum 1 tahun.

Cara jurusemak meningkatkan Google AI

Untuk membantu kami meningkatkan kualiti dan produk kami (seperti model pembelajaran mesin yang menguasakan Ciri AI YouTube), jurusemak (termasuk pihak ketiga) membaca, menganotasi, dan memproses gesaan dan output, serta kandungan yang berkaitan untuk kawalan kualiti serta peningkatan produk. Kami mengambil langkah untuk melindungi privasi anda sebagai sebahagian daripada proses ini. Langkah ini termasuk memutuskan sambungan gesaan dan output daripada Google Account anda sebelum jurusemak melihat gesaan dan output ini. Walau bagaimanapun, jangan masukkan maklumat sulit (atau data lain yang tidak mahu dilihat oleh jurusemak) dalam gesaan.

Mengkonfigurasikan tetapan anda

Lawati Google Account anda untuk mengakses tetapan dan alatan yang membolehkan anda melindungi data anda serta melindungi privasi anda.

Apabila anda memadamkan gesaan dan output atau kandungan yang berkaitan daripada aktiviti Ciri AI YouTube anda, data sedemikian akan disimpan dengan akaun anda hingga maksimum 30 hari. Tindakan ini membolehkan Google menyediakan perkhidmatan dan memproses sebarang maklum balas. Selepas pemadaman, aktiviti ini tidak akan dipaparkan pada halaman Aktiviti Saya anda.

Cara Aktiviti Ciri AI YouTube berfungsi dengan perkhidmatan dan tetapan lain

Jika anda memadamkan Aktiviti Ciri AI YouTube, tetapan data Google lain tidak akan berubah. Tetapan tersebut, seperti Sejarah YouTube, Aktiviti Web & Apl atau Sejarah Lokasi, mungkin terus menyimpan lokasi dan data lain semasa anda menggunakan perkhidmatan Google lain bergantung pada cara anda mengkonfigurasikan tetapan anda.

Permintaan untuk mengalih keluar kandungan dan mengeksport maklumat anda

Anda boleh meminta pengalihan keluar jenis kandungan tertentu menurut dasar kami atau undang-undang yang bersesuaian. Anda juga boleh mengeksport maklumat anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
12921672765528372896
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false