Anda boleh memperoleh lencana dengan melakukan perkara seperti memberikan ulasan, menjadi ahli awal saluran, melengkapkan Kursus dan menyelesaikan kuiz pada YouTube. Lencana tersedia pada apl mudah alih YouTube dan YouTube Music.
Nota: Melainkan lencana dikongsi atau disiarkan, lencana yang anda peroleh adalah peribadi, maka hanya anda yang boleh melihat lencana tersebut.
Ketahui cara memperoleh lencana
Terdapat beberapa jenis lencana yang boleh anda dapatkan untuk memperoleh pelbagai pencapaian. Anda akan diberi lencana jika anda:
- Menjawab soalan kuiz dengan betul pada YouTube.
- Menerima hati pada satu daripada ulasan anda daripada kumpulan pencipta yang terpilih.
- Menjadi antara orang pertama yang menyertai program keahlian saluran Pencipta.
- Melengkapkan Kursus pada YouTube dengan menonton semua pelajaran video dalam Kursus.
- Tergolong dalam pendengar teratas untuk artis muzik yang terpilih. Ketahui cara memperoleh lencana dalam YouTube Music dengan lebih lanjut.
- Antara pengguna teratas yang menggembar-gemburkan video daripada saluran dalam bulan tertentu.
Lihat & urus lencana anda
Anda juga boleh menemukan lencana anda dengan mengakses bahagian Lencana pada tab Anda dalam apl YouTube.
- Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan apl YouTube.
- Ketik Lencana.
Anda boleh memilih Lagi bersebelahan lencana untuk memadamkan, berkongsi, menyiarkan atau mendapatkan maklumat lanjut tentang lencana tersebut.
Menarik diri daripada lencana
- Ketik Anda pada penjuru bawah sebelah kanan apl YouTube.
- Ketik Lencana.
- Ketik Lagi
pada penjuru atas sebelah kanan halaman.
- Ketik Tarik diri.
Anda boleh memilih Ikut serta melalui tetapan atau tab Lencana pada bila-bila masa jika anda mahu mendapatkan lencana itu semula.