Jika anda merupakan peserta Program Rakan Kongsi YouTube, kami akan meminta anda mengesahkan identiti dan alamat anda, apabila pendapatan anda mencapai ambang pengesahan. Sebelum anda mencapai ambang pengesahan, pastikan nama dan alamat pembayaran pada AdSense untuk akaun YouTube anda adalah betul.
Cara mengesahkan alamat anda
1. Masukkan alamat pembayaran anda
Apabila anda mengaktifkan AdSense untuk akaun YouTube anda, masukkan alamat pembayaran anda.
2. Capai ambang pengesahan dan sahkan identiti anda
Apabila pendapatan anda mencapai ambang pengesahan dan anda berjaya mengesahkan identiti anda, kami akan menghantar Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) 6 digit unik ke alamat pembayaran anda melalui mel standard antarabangsa. Kami tidak memberikan nombor penjejakan untuk mel PIN, maka pastikan alamat pembayaran anda boleh menerima mel standard.
3. Tunggu PIN anda
Biasanya mel PIN anda akan tiba selepas 3-4 minggu. Jika anda tidak mendapat mel PIN selepas 3-4 minggu, anda boleh meminta PIN gantian.
4. Sahkan alamat anda
Anda mempunyai masa selama 4 bulan dari tarikh PIN anda dijana untuk melengkapkan pengesahan alamat. Apabila anda mendapat mel PIN anda, sahkan alamat pembayaran anda dengan serta-merta:
- Log masuk ke AdSense untuk akaun YouTube anda.
- Klik Pembayaran
Semakan pengesahan.
- Masukkan PIN dengan tepat seperti yang tertera pada mel PIN anda. Jika anda tersilap memasukkan PIN anda sebanyak 3 kali, saluran anda akan dinyahwangkan. Jika anda perlu menetapkan semula had pengesahan PIN, anda boleh meminta PIN gantian.
- Klik Serah.
Kini alamat pembayaran anda telah disahkan! Anda akan dibayar apabila baki akaun anda mencapai ambang pembayaran, selagi penahanan tidak dikenakan pada akaun anda dan anda mematuhi Terma dan Syarat AdSense atau Terma dan Syarat AdSense untuk YouTube (mana-mana yang bersesuaian).
Soalan Lazim
Aktiviti penipuan telah dikaitkan dengan alamat saya dan saya tidak dapat mengesahkan alamat saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika alamat anda telah dikaitkan dengan aktiviti penipuan, anda perlu menukar alamat pembayaran anda kepada alamat pos baharu yang sah yang boleh menerima PIN anda. Alamat baharu anda mestilah berbeza daripada alamat anda yang terdahulu. Jika anda tidak dapat memberikan alamat pembayaran yang sah, saluran anda akan dinyahwangkan.
Selepas alamat baharu anda disahkan, anda boleh meminta PIN:
- Log masuk ke AdSense untuk akaun YouTube anda.
- Klik Pembayaran
Semakan pengesahan.
- Klik Hantar semula PIN.